Tuesday, April 13, 2010

Tak Jadi Makan Luar


Malam tadi bercadang untuk keluar makan sekeluarga. Alih2 tak jadi pulak. Sebab? Sebab Adik dah tidur awal2 lagi... Hubby balik pun dah agak lewat. Cadangnya nak ajak hubby dan anak2 makan kat luar untuk meraikan birthday Abang Ngah semalam. Semalam cuma makan kek saja, tak sempat nak keluar makan sebab projek mengecat siap selepas Maghrib. Badan pun dah penat masa tu. Dia potong kek semasa masih dalam kesibukan mengecat. Berhenti rehat sekejap sambil layan Abang Ngah dengan keknya.

Konon2nya malam tadi nak ler bawak dia makan ke Pizza Hut ke, Sedap Corner ke, Senibung ke.... Alih2 Adik pulak dah tidur seawal waktu Maghrib tadi dan hubby pun balik agak lewat. Akhirnya, setelah berkira2 dengan hubby, kami ambil keputusan untuk makan di rumah sahaja. Hubby keluar membeli sate and the gang. Kejutkan Adik untuk makan sate pun dia dah tak mau. Penat sangat kot...!

Inilah sate and the gang...sate ayam dan daging, nasi impit, mentimun dan kuah kacang...


And this is my portion...! I love sate daging more than sate ayam because my childrens love sate ayam more than sate daging! Tiap kali membeli sate, sate ayam mesti paling kurang 5x ganda dari sate daging. Saya belum sampai serulah nak buat sate sendiri. Setakat nasi impit dan kuah kacang tu, bila2 masa pun boleh buat...


No comments: