Wednesday, August 6, 2014

Abang Ngah Dan Kembar2 Siamnya

 Hari Jumaat. 1hb Ogos. 5 Syawal 1435H. Pagi tu Abang Ngah pergi beray dengan kawan2nya. Dah 12:30 tengah hari baru dia balik. Kawan2nya ikut sama. Dua orang daripada mereka dah biasa ke sini. Dah tak kisah dah. Seorang lagi tu baru pertama kali datang. Setiap hari Jumaat hubby akan balik makan tengah hari dulu sebelum ke masjid untuk solat Jumaat. Kebetulan masa tu saya dah hidangkan lemang dan rendang di atas meja. Rendang tu baru je masak. Lemang tu pula baru je dikukus semula. Memang rezeki merekalah.
 Adik pulak masa tu sedang menonton cerita kartun kat Smart TV LG tu. Sudah2nya, kelima2 mereka yang di meja makan teleng je kepala menonton sama. Semuanya suka tengok cerita kartun tu. Leka makan sambil tengok tv, tak sedar dah nak masuk waktu Zohor. Saya pun offkan tv...hahaha. Suruh mereka cepat2 ke masjid untuk solat Jumaat pulak.
Inilah lemang jagung dan rendang pedas ayam tapi yang ini saya punya portion ya...hihihi.

Tuesday, August 5, 2014

Kunjungan Adik Di Raya Ke-4

 Hari Khamis. Hari raya ke-4. Menerima kunjungan adik saya yang tinggal di Putrajaya. Anak ke-5 daripada 8 orang adik-beradik kami. Tahun ini giliran dia beraya di kampung kami di Chemor bersama emak dan adik-beradik yang lain. Saya je yang tak balik tahun ni. Selepas beraya di Chemor, mereka balik beraya di Felda Penggeli Timur pula. Rumah mentua.
 Sepatutnya saya balik beraya di Chemor pada hari raya kedua. Hubby dah rancang sebelum raya hari tu. Tahun ni hubby dapat bercuti lama. Itu yang dia rancang nak balik ke Chemor juga. Lagipun kami tidak balik dalam bulan Ramadhan. So...sukanya saya sebab in shaa Allah dapat beraya dengan emak. Tapi perancangan DIA paling sempurna. Disebabkan kereta ada masalah, perancangan kami untuk balik ke Chemor terpaksa dibatalkan. Jadi, hari Rabu raya ke-3 kami balik ke Pasir Gudang. Pada mulanya kawam hubby kata bengkel kereta akan buka pada hari Khamis. Dah sampai Pasir Gudang, kawan hubby kata hari Isnin baru buka bengkel. Untuk perjalanan jarak dekat, in shaa Allah kereta tu boleh jalan lagi. Tapi untuk perjalanan jauh, tak berani. Itupun kena bekal ir banyak2 dan kena selalu topup air kat bahagian enjin. 
 Adik saya datang pada hari Khamis. Raya keempat. Saya masak Mee Kari dan Kek Cokelat Kukus Lapis Cheese aje. Itu je yang sempat. Yang lain2 tu cuma biskut raya tunjuk2 je.
 Adik saya datang bersama kiriman dari kampung. Sebenarnya saya dah tempah 6 batang lemang dan kuih semperit enak emak. Konon2nya balik kampung nanti nak menikmati sepenuhnya. Sebab tak jadi balik kampung, emak kirim pada adik je. Alhamdulillah, dapat makan kuih2 raya emak dan juga lemang jagung dan lemang biasa. Mula2 makan dengan gula je sebab belum masak rendang. Nest day baru masak rendang.
 Inilah adik saya, Rosrizal Mohd Zain dan isterinya, Maziah Sadik.
 Dua orang sebeleh kanan tu anak saudara saya, yang kiri tu sepupu mereka. 
Selepas makan, diorang main Saidina.
 Kata Maksu mereka ni GBR. GENG BUDAK RABUN. Sebab semuanya berkacamata. 
 Mee Kari Bonda
Kek Cokelat Kukus Lapis Cheese
Lemang Jagung dan Rendang

Friday, August 1, 2014

Mak Lah

 Ini Mak Lah. Kakak kepada emak mentuaku. Gigi dah tak ada. Tapi senyumannya tetap manis. Kami berkunjung ke rumah Mak Lah pada hari raya pertama hari tu. Mak Lah pun tak berapa sihat. Sekarang ni dah pakai lampin pakai buang je. Tapi Mak Lah masih boleh bergerak sendiri dan berjalan. Emak tinggal tiga beradik sahaja lagi. Seorang kakak dan seorang abang. Abang emak ialah Wak Amat. Tak ada pulak saya snap gambar Wak Amat aritu. Wak Amat pun dah uzur juga. Mata Wak Amat dah tak boleh nampak tapi masih boleh bergerak ke sana sini. Emak je yang tidak boleh bergerak. Pagi hari raya kedua, Abang More dan hubby pergi ke rumah Mak Lah sekali lagi. Mereka memujuk Mak Lah untuk datang ke rumah. Mereka cadang nak dukung je Mak Lah masuk kereta tapi Mak Lah tak nak. Katanya nanti dia datang dengan anaknya, Nor dan Mala.
 Alhamdulillah. Petang tu sampai juga Mak Lah ke rumah emak. Berbuallah mereka dua beradik. Seronok tengok emak sebab dapat jumpa kakaknya. Walaupun jarak rumah mereka tidak sampai satu kilometer tetapi disebabkan keuzuran masing2 membuatkan mereka tidak berjumpa. Allahhuakbar! Nampak emak bergurau senda dan happy2 dengan Mak Lah.
 Mak Lah ni dah bongkok sabut. Berdiri dalam keadaan bongkok 90 darjah. Berjalan terpaksa menggunakan sokongan. Masa nak turun tangga di rumah emak, Mak Lah tak nak dibantu. Hubby nak dukung je ke bawah tapi Mak Lah melarang keras. Abang More pun kena marah manja dek Mak Lah masa Abang More acah2 nak gendong Mak Lah turun tangga. Dan Mak Lah lebih selesa berjalan dengan bertongkatkan kerusi plastik. Laju je Mak Lah berjalan dengan bantuan kerusi plastik tu.
 Pandai Mak Lah posing depan kamera. Kerusi inilah jadi peneman Mak Lah. Ke mana pergi mesti bawa kerusi ni sebagai tongkat.
Kan? Laju je Mak Lah bergerak dengan bantuan kerusi plastik tu. Kata Mala, Mak Lah nak guna kerusi tu aje. Tak nak yang lain. Agaknya sebab dah selesa gunakan yang itu.

Kisah Ibu Mertuaku

Ini ialah emak mentua saya. Hajjah Misnah binti Haji Siraj. Nampak muka emak ceria aje...kan? Nampak macam rileks aje emak duduk di atas kerusi malas tu. Sebenarnya.........

Emak mentua saya dah tak boleh bergerak sendiri. Hari2 biasa, dia hanya terbaring sahaja. Kisahnya bermula tahun lepas...rasanya selepas hari raya haji...sekitar bulan September 2013. Waktu Maghrib. Emak ambil wuduk di dalam bilik air. Tiba2 emak jatuh sebab badannya tiba2 lemah. Bermula dari situlah emak tidak boleh bergerak. Seminggu selepas emak jatuh, kami balik kampung. Kami sampai dalam pukul 1:30 pagi Sabtu. Hubby memujuk emak untuk ke hospital. Emak tak nak. Sebelum ini pun dah jenuh abah dan adik2 ipar memujuk emak untuk ke hospital. Tapi emak tetap berdegil tak nak ke hospital. Kami terus memujuk. Kami kata, kalau ke hospital, doktor boleh tahu apa sakit sebenarnya. Paling kurang pun boleh masuk air untuk mendapatkan tenanga. Kalau di rumah, tak boleh buat apa2 pun. Cuma terlantar begitu aje. Tapi tiada kata putus dari emak pada dinihari tu.

21hb September 2013, Sabtu
Masa kami bangun untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan, emak dah siap2 nak mandi. Hubby tanya kenapa awal sangat nak mandinya. Kata emak, dia nak ke hospital. Alhamdulillah! Terbuka juga pintu hati emak untuk ke hospital. Sebenarnya, sebelum2 ini pun, hanya hubby sahaja yang berjaya memujuk emak untuk ke hospital. Masa kaki emak kena cakar dek kucing aritu, kami juga yang bawa emak ke Hospital Pakar Putra di Batu Pahat. Lepas dapatkan rawatan, barulah luka emak tu beransur sembuh.
Selepas bersiap2, kami menghubungi ambulan. Nak bawa sendiri ke hospital tak boleh sebab emak memang tak boleh bergerak. Memang kena angkat dengan stratcher. Nak masuk dalam kereta biasa memang tak boleh. Itu sebab kena panggil ambulan. Badan emak agak gempal juga. Jadinya kami beramai2 mengangkat emak dengan menggunakan selimut untuk diturunkan setingkat ke bawah sebelum diletakkan di atas stratcher. Lepas tu baru ditolak masuk ke dalam ambulan. Saya mengiringi emak di dalam ambulan untuk ke hospital. Hubby, abah, Abng Ngah dan Pak Andak naik kereta mengikuti kami dari belakang.
Rasanya itulah kali kedua saya menaiki ambulan. Kali pertama semasa nak bersalinkan Ayong di Perak 20 tahun lepas. Pening kepala duduk dalam ambulan tu. Cuma yang bestnya, ** best ke?** bila ambulan membunyikan siren dan semua kenderaan lain memberi laluan. Lampu isyarat merah pun semua dilanggar. Kami menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Sampai di hospital, saya daftarkan emak di wad kecemasan sebelum emak di tolak masuk ke Zon Kuning.
Lama juga emak diperiksa di dalam Zon Kuning ini. Dan kami juga dua tiga kali dipanggil masuk ke dalam oleh doktor yang memeriksa emak. Kata doktor, emak kena light stroke. Allahhuakbar! Tapi in shaa Allah boleh sembuh seperti sediakala. Selepas itu emak ditolak masuk ke Wad 9.
Di sini doktor masih membuat bermacam2 pemeriksaan. Sampai ke waktu melawat pun tak siap2 memeriksa lagi. Terpaksalah adik-beradik yang datang nak melawat emak berdiri di luar wad dulu. Abah pun resah menanti. Masa ni barulah saya terasa lapar dan dahaga. Dari awal pagi belum menjamah apa2 lagi. Saya lari sekejap ke kantin membeli air mineral dan roti krim sebagai alas perut.
 Selepas tamat waktu melawat, barulah emak dapat lelap. Masa ni kami lari sekejap ke rumah Abang More (abang hubby) yang dekat dengan hospital. Sempatlah kami makan tengah hari, berehat dan bersolat. Dah hampir waktu melawat sebelah petang, kami kembali semula ke hospital. Ramai yang datang meziarah emak. Adik-beradik emak abah, jiran2 terdekat, biras2 yang berhampiran serta adik-beradik dan anak2 saudara hubby. Allahhuakbar! Seharian saya di hospital, baru terasa kepenatannya. Dah tak larat nak berdiri rasanya. Lenguh kaki. Habis waktu melawat, kami singgah makan malam dahulu sebelum balik ke rumah. Tinggallah emak di hospital ditemani oleh Pak Teh yang baru sampai dari Pasir Gudang petang tadi. Sampai aje di rumah, saya membersihkan diri. Lepas tu terus bummmmm dan zzzzzzz.

22hb September 2013, Ahad
Dalam jam 10:00 pagi kami bergerak ke hospital lagi. Kali ini Abang Yang ikut sama sebab dia akan balik ke Seremban tengah hari ini. Kebetulan hari Jumaat tu dia balik ke P.Gudang tapi tak sempat sampai ke rumah pun. Kami jemput dia di Larkin Sentral dan terus balik ke Muar. Hari ini baru dia sempat melawat neneknya sebab semalam seharian kami di hospital. Jam 11:00 pagi kami beredar ke stesen bas Muar tu untuk mencari tiket ke Seremban. Nasib baik ada. Bas Maju, gerak jam 12:30 tengah hari. Sebelum tu kami ke Tanjung Emas dulu untuk menjamu selera. Selepas Abang Yang selamat menaiki bas, kami bergerak semula ke hospital. Alhamdulillah. Emak nampak bertambah sihat. Tak le tak bermaya macam semalam. Agaknya sebab masuk air tu dan ubat2 yang diberi. Dan selepas Isyak kami balik ke Pasir Gudang.

28hb Julai 2014, Isnin - 1 Syawal 1435H
 Beginilah keadaan emak. Terpaksa diangkat oleh anak2 unutk duduk dan turun dari kerusi malas. Emak tak boleh duduk lama2 sangat. Di atas tikar getah hijau inilah kawasan pembaringan emak. Biasanya ada tilam bujang di tepi langsir hijau tu...tempat emak baring. Dan di bahagian tikar hijau berjalur tu - yang diduduk oleh Pak Su, Mak Su dan Riyad berbaju biru tu - ialah tempat emak membersihkan diri.
 Kalau emak nak membuang air, emak akan mengesot secara berbaring ke sebelah kiri dan tikar getah tu akan diselak. Di bawah tikar getah tu adalah lantai papan yang boleh dibuka. Di situlah emak membersihkan diri...mandi, buang air, gosok gigi. Awal2 dulu, nak bergerak sedikit pun memerlukan bantuan anak2 dan menantu. Sekarang ni emak dah boleh bergerak sendiri walaupun secara berbaring aje. Makan minum pun dah boleh suap sendiri. Dulu kena disuapkan dan minum kena guna straw yang boleh dibengkokkan tu. Alhamdulillah...dah ada perubahan yang baik. Moga emak akan bertambah sihat dan diberikan kesihatan yang baik olehNYA. In shaa Allah.

Sambutan 1 Syawal 1435H

Tahun ini kami tidak bersiap sakan macam tahun2 yang lepas. Kalau dulu, paling kurang mesti berganti baju Melayu dan baju kurung / jubah baru. Tapi tahun ni hubby kata tak perlu tukar baju. Kita pakai baju tahun lepas je. Cumanya, untuk lelaki, pakai baju Melayu dengan seluar slack hitam dan sampin. Tak pakai baju Melayu sepasang. Ikut stail Sultan Johor katanya. Saya cuma beli sehelai jubah dan Ayong pula beli sepasang baju kurung. Tapi kedua2nya pun masih belum dipakai. Hari raya pertama kami cuma pakai jubah tahun lepas je yang berwarna hitam. Tudung je ada warna hijau...sebab nak matchingkan dengan baju Melayu hijau. Tudung saya pun tudung tahun lepas je.
Tahun ini bergambar di dalam rumah aje sebab emak mentua tidak sihat. Emak mentua tak boleh bergerak. Dalam gambar ni, emak duduk atas kerusi malas. Itupun diangkat oleh anak2 lanangnya. Emak tidak boleh bergerak sendiri. Nak duduk sendiri pun tak boleh. Biasanya emak akan terbaring sahaja. Makan, minum, mandi semuanya dibuat sambil berbaring. Cuma hari raya ni emak kuatkan diri untuk duduk lama sikit di atas kerusi malas tu. 
Itu sebab hubby malas nak bersiap macam2. Kuih raya pun saya buat sejenis aje. Lepas tu beli 3,4 jenis yang lain. Biasanya kalau tiba hari memasak tu, emaklah yang sibuk mengarahkan itu ini di dapur. Kali ini emak sibuk juga tapi cuma dari tempat emak baring aje la. Kesian emak. Dah hampir setahun emak menderita. Moga Allah berikan kesembuhan kepada emak. Walau bagaimanapun, alhamdulillah sebab memang ada perubahan berbanding dengan awal2 emak sakit dulu. Dan orang yang paling banyak berjasa kepada emak ialah Pak Andak dan Mak Andak. Merekalah yang menjaga emak. Mak Andak berhenti kerja sebab nak jaga emak. 
Ini gambar kami masa raya tahun lepas - 2013 - di Perak. Ayong dan saya memakai tudung yang sama tahun ni. Anak2 dan hubby pun memakai baju Melayu yang sama.