Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Ini kerja tangan saya petang semalam. Teruja tengok roti ini kat rumah Kak Ummi. BM saya tu pun dah lama cuti tanpa gaji, so petang semalam BM saya tu dah memulakan tugas semula. Inilah pertama kali saya buat roti menggunakan water roax. Macam yang Kak Ummi kata, leceh sikit nak buat Blueberry Finger Bun ni sebab kena canai nipis2 dan gulungkan. Tapi hasilnya amat membanggakan, cukup lembut dan gebu. Lepas tu kalau dikoyakkan, nampaklah rongga2nya dengan alur2 gulungan tadi. Siapa yang belum mencuba, silahlah cuba. Tidak menghampakan dan amat berbaloi!!! Terima kasih untuk Kak Ummi dan Nor Secubit Garam sebab resepi ini Kak Ummi ambil dari rumah Nor katanya. Masa picit blueberry tu, satu loyang saya ikut cara Kak Ummi dan Nor, lurus2 jer. Lagi satu loyang, saya buat corak zig-zag. Dan saya picitkan banyak blueberry tu sebab makin banyak tentulah makin sedap...
Ini rupa roti tu sebelum dibakar dengan corak zig-zag...
Ini pulak roti yang belum dibakar dengan corak lurus2...
Dalam proses pembakaran...
Baru keluar dari oven...panas lagi ni...!
Ni dah disapu dengan mentega. Berkilat sikit kan....
Yang ini pun dah disapu dengan sedikit mentega...
Ikutkan Kak Ummi dan Nor, adunan ini boleh dapat 20 jari tapi saya cuma dapat 12 jari sahaja. Sebabnya...masa dah disusun dalan loyang tu, jari-jemari tu nampak macam kecil je. Jadinya, untuk menyedapkan hati dan menghilangkan keraguan, saya ambil 2 biji doh untuk dijadikan satu jari. Bila doh dah naik, baru saya tahu kenapa tuan empunya resepi ini buat 20 jari-jemari.
Akhirnya, saya dapat jar-jemari bersaiz gajah...dah macam roti cooney d** pulak. Tapi tak kisahlah kan sebab roti itu memang lembut dan gebu dan sedap. Bila anak2 balik dari sekolah petang semalam, semua kata roti tu sedap. Sekali hadap jer dah habis. Dan mereka suruh saya buat lagi. Amboi...tak cukup 2 jari tiap sorang!!!
2 comments:
Salam Ita, nak finger bun...bravoooo..tu diaaa..rajin pun menggulung..hahaa..leceh tp berbaloi2 kan...uiiihh byknya Ita letak blueberry tu..best nih! Puashati la kaannn...
kak ummi :
yg itu semalam punya. hari ini ada lagi tp blum upload lg. mmg leceh sikit tapi berbaloi. lg byk blueberry lg sedap!!! thanks kak ummi sbb share resepi ni...
Post a Comment