Thursday, April 29, 2010

Blueberry Cheese Tart



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...syukur kita kepadaNya kerana diberi peluang untuk melihat dunia lagi hari ini. Dan dengan pelung ini jugalah maka terpaparlah seperti apa yang semua pengunjung dapat lihat. Saya masih berpeluang untuk menghasilkan tat yang telah saya pelajari minggu lepas. Alhamdulillah...menjadi juga hasil kerja tangan saya.



Kulit tat tu saya dah buat semalam bersama Abang Ngah. Hari ini pulak, selepas Adik ke sekolah, saya menyediakan pulak adunan kejunya. Saya juga pempraktikkan apa yang telah diajar oleh sifu ari tu. Alhamdulillah...menjadi!!!


Unutk kulit tat ini, saya menggunakan teknik untuk kulit yang "selamat", yang tidak terlalu rapuh. Menurut kata sifu, ada 2 teknik untuk membuat kulit tat ini. Samada nak hasil kulit yang rapuh ataupun nak kulit yang lebih selamat dipegang. Mestilah saya pilih yang lebih selamat...kan?


Untuk membuat coraknya pula, saya ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan sedikit pewarna. Kalau buat tat blueberi, gunalah warna ungu, kalau tat strawberi, gunalah pewarna merah jambu, dan seterusnya... Dengan cara ini, senanglah untuk kita melukis coraknya. Lepas tu, adunan keju ni tidak perlu dibakar terlalu lama. Kalau terlebih bakar, rupanya tidak berkilat2 cam gini.
Errr...agak2nya boleh tak lukis gambar ULTRAMAN kat atas tat ni???



Lihatlah limpahan blueberry di dasar kulit tat tu...! Itu yang sedap tu selain daripada rasa adunan keju di atasnya. Kuantiti filling tu terpulanglah kepada citarasa masing2. Filling tu pun boleh ditukar kepada lain2 filling mengikut kegemaran masing2.

Ada sesiapa yang nak rasa??? Atau nak order???


13 comments:

NJ said...

salam kak..
mesti la nak rasa...lepas tu mesti la kena order kan ke..hehehe

nakkkk jugakkk..yum yum

Unknown said...

waowww cedapnya..resepi ada tak?

Ramla Ismail said...

salam. ita, belajar kat mana tat tu ?Boleh bgtau x, sy nak belajar juga la ?

mummyseri said...

Salam kak ita..
mmg terpikat la tgk tat ni n berguna tips yg akak bgtau ni..

Azita Zain said...

NJ :
waalaikumsalam. nk rasa meh dtg umah. utk rasa, tak ada delivery ye. dah order nti baru ada delivery...hehehe

kak ina :
mmg sedap cistat ni. mkn x cukup2. tu yg gi blajo tu. leh buat sendiri. resepinya nti sya masukkan kat dapur saya tu...

ramla :
akak blaja dgn sifu kt p.gudang ni je... cari di Nina Bake House(http://sweetlillykitchen.blogspot.com)

mummyseri :
tu semua dapat ilmu dr sifu masa gi blaja ngan dia ahad lepas...

Anonymous said...

salam kak ita...memang sedap cistat ni...ima pun suka,terima kasihlah sudi berkongsi tips2 yang berguna tu...ima pernah cuba buat,tapi cheesenya tak meninggi cam kak ita punya..

Yatie said...

Salam K.Ita, cantik...menarik...tertarik.. tart akak memang DeBoom....sedapnya kak kalau dapt rasa...yatie tenung je ni..kalau betul2 depan mata, tak payah tnggu akak pelawa...Bismillah dan ngap terus...hi3...

Ramla Ismail said...

hahaha x dpt belaja la gayenye..Sy duk kat Shah Alam.Apa pun thx for info.

Anonymous said...

uwawawa my fav.....
nk jugakkk...huhu...
cantek n mengoda tol cistat kak ita nih....klau nk order rm bpe??

Azita Zain said...

ima :
k.ita pun mmg hantu blueberry cistat ni. slalu cari kt pasar tani. kdg2 ada, kdg2 x de. pernah gak order ngan kawan blogger. mmg sedap. tu yg gi blaja tu...

yatie :
siannya dia....! balik mesia nti dtg umah k.ita ya! k.ita buau spesel utk yatie...

ramla :
duk kt s.alam rupanya... carilah k area sana. mesti ada gak kelas ni kut...

leeyana :
my peberet cistat ni! nk order? calling2 ler...

ibundo said...

wow... sedapnya.. nak sikit

Azita Zain said...

kak pah nk sikit? cukup ke sikit? saya makan x cukup2...

noorlie said...

wah seleranya tengok cheese tart boleh kongsi resipi/

tq