Saturday, April 25, 2020

1 Ramadhan 1441H - 24.04.2020

 


24.04.2020 | 1 Ramadhan 1441H.
Alhamdulillah. Menyambut Awal Ramadhan dalam suasana baru. Dalam suasana PKP. Tak ada bazaar Ramadhan. Tak ada solat terawih mahupun solat fardhu di masjid. Semuanya dilakukan di rumah masing2, bersama keluarga masing2. Sesuatu yang baru yang punya kelebihan tersendiri. Solat berjemaah bersama hali keluarga. YaAllah, terima kasih dan syukur atas nikmat yang Engkau kurniakan.
Menu berbuka puasa di hari pertama Ramadhan ialah nasi goreng sardin, kuih cucur badak dan donut gebu. Menu ringkas sahaja untuk kami berlima. AbangYang masih terperangkap di Sunway.

Rezeki untuk berbuka puasa juga ni. Buah pelam Harumanis yang diorder sampai dah. Alhamdulillah.

Monday, April 20, 2020

Santai PKP Hari Ke-33

 

19.04.2020. Hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Sepanajng masa kami sentiasa berada di dalam rumah je. Ada perasaan takut untuk keluar ke kawasan awam. Hanya keluar kalau terpaksa dan perlu sahaja. Bila semua berada di rumah, perkara yang utama untuk disediakan ialah makanan. Asyik lapar je mereka. Kena sentiasa ada kudapan.
Kali ini buat donut gebu pula. Resepi yang ringkas, senang dan cepat untuk disediakan. Memang akan guna resepi ini kalau buat donut.


Sarapan pagi dengan nasi goreng sempoi dan kuib cucur badak frozen.

Saturday, April 11, 2020

11.04.2020 - Birthday AbangNgah

 

11.04.2020 genap umur anak kedua ni 24 tahun. Sekejap je rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah 24 tahun berlalu. Semoga AbangNgah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin...

Sambut birthday dalam musim PKP ni, memang sempoi je la. Dengan rambutnya yang dah panjang tak gunting2. Hahaha :) 
Order pizza je...
AbangNgah memang suka cheese cake. Jadi kita belikanlah cheese cake.
Pizza  yang ni, ada special delivery by somebody

Friday, April 3, 2020

Roti Puri


Alhamdulillah. Ini kali kedua buat roti puri. Kali pertama ialah lima hari lepas. Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda. Kali pertama buat tuari, buat comel-comel je. Hari ini buat tak dicetak. Leperkan ikut saiz adunan yang dibulatkan. Jadinya saiz kepingan tak sama besar. Hehehee...
Hari ini ada empat jenis cicah. Kuah kari, kuah asam pedas, kuah kacang dan kuah kurma. Ini semua ada baki hari-hari yang terdahulu. Dipanaskan semula je. Musim berjimat-cermat sekarang ni.

ROTI PURI

Resepi asal : Kak Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar (rata) mauripan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil (rata) garam
  • 1 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan - kecuali air panas - ke dalam mangkuk besar.
  2. Gaul dengan hujung jari supaya jadi macam serbuk roti.
  3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
  4. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  5. Leperkan seperti nak buat karipap.
  6. Goreng dalam minyak panas sambil disimbah-simbahkan minyak ke atas kepingan semasa menggoreng. Goreng hingga kekuningan.
Dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong
Dileperkan seperti nak buat karipap
Dah siap digoreng
Simbah-simbahkan minyak panas ke atas kepingan semasa menggoreng