Tuesday, September 6, 2016

UPSR 2016 - Hari Kedua - Bahasa Inggeris

 Hari ini merupakan hari kedua peperiksaan UPSR 2016. 6hb September 2016, hari Selasa. Hari ini subjek Bahasa Inggeris - Pemahaman dan Penulisan. Seperti semalam, seawal jam 7:00 pagi kami dah sampai ke sekolah. Terus berkumpul di Dewan Warisan. Murid2 diberikan sarapan air teh dan roti. Ada juga murid2 yang menerima bantuan susu kotak. Dan guru2 amat menyantuni anak2 didik mereka. Anak2 yang kurang sihat diberikan perhatian yang sepatutnya. Hari ini ada seorang anak yang tidak sihat. Dia telah diasingkan di bilik berasingan semasa peperiksaan dijalankan dan dijaga oleh seorang pengawas peperiksaan.
 Di saat2 akhir untuk menghadapi peperiksaan ini, guru2 hanya mengingatkan anak2 murid perkara2 penting yang perlu dibuat semasa menjawab soalan2 peperiksaan. Juga kata2 peransang daripada mereka akan memberikan impak kepada anak2 murid ini. Lebih2 lagi kepada anak2 murid dari kelas bawah. Mereka amat memerlukan sokongan daripada guru2 dan ibubapa. 
 Taklimat pagi ini disampaikan oleh Madam Mumtaz. Beliau merupakan seorang guru yang amat tegas dan juga digeruni oleh sesetengah anak murid. Tapi pagi ini beliau bertutur dalam nada yang amat menyentuh hati. Semoga anak2 yang mendengarnya turut terkesan dengan segala ucapan, kata2 sokongan serta tips2 terakhir daripada beliau sebelum anak2 ini masuk ke dalam dewan peperiksaan.
 Seperti semalam, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Zainal. Anak2, guru2 serta ibubapa sama2 menadah tangan dan mengaminkan doa2 yang dipanjatkan oleh Ustaz Zainal. Lailahaillaanta subhanaka innikuntuminazzolimin...
 Jam 7:55 pagi, amak2 digerakkan untuk masuk ke dalam dewan2 peperiksaan. Dimulakan dengan anak2 di Bilik 3 kerana bilik peperiksaan mereka berada di tingkat 3. Tuan Guru Besar turut sama2 mengiringi mereka. Pergerakan ke dewan2 peperiksaan dijalankan serentak melalui 3 arah yang berbeza. 
Adik berada dalam kumpulan Bilik 3 yang dijalankan di kelas 6 Bijak.

Monday, September 5, 2016

UPSR 2016 - Hari Pertama

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah penuh sawang ye rumah saya ni. Al-maklumlah...dah lama tak menjenguk ke rumah ni. Nak mengadap komputer ni perlukan masa juga. Kadang2 sibuk, kadang2 menyibukkan diri. Nak buat satu entry juga memerlukan idea juga. Kadang2 idea tu ada je tapi masa pulak yang mencemburui kita...ewahhh!
Hari ini 5hb September 2016. Bermulalah peperiksaan UPSR 2016 untuk anak2 Tahun 6 di seluruh Malaysia. Anak saya merupakan salah seorang daripada calon UPSR tahun ini. Peperiksaan ini akan menentukan hala tuju mereka di Tingkatan 1 nanti. Adik berminat nak masuk sekolah agama...Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. In shaa Allah, jika dapat result bagus nanti, Adik boleh masuk SMKA ya...
 Hari ni sebelum jam 7:00 pagi kami (Adik dan saya) dah sampai ke sekolah. Adik selamba je tapi saya punyalah berdebar2. Kami terus ke Dewan Warisan. Ramai anak2 Tahun 6 dah berkumpul di situ. Cikgu2 juga dah ramai. Ada yang sedang mengagihkan roti dan teh-o sebagai sarapan anak2. Tiba2 terasa sebak sangat dada saya. Tak tau kenapa tapi bila bersalam dengan guru2 yang ada di situ menambahkan kesebakan di dada saya hingga bergenang airmata. Sebak dengan komitmen guru2, kerja keras mereka mendidik anak2 bangsa. Apa yang tidak mereka lakukan? Makan minum anak2 dijaga, kesihatan anak2 dititikberatkan, masalah anak2 dikongsi bersama. Hari2 cuti mereka dipenuhi dengan membimbing anak2 ini. Allahhuakbar! Besarnya jasamu guru...
 Selepas itu, anak2 digerakkan ke padang serbaguna. Mereka beratur mengikut angka2 giliran dan dewan dan bilik peperiksaan yang telah ditetapkan. Sebelum ni mereka juga telah menjalani raptai bagaimana nak berkumpul dan bergerak ke dewan2 dan bilik2 peperiksaan. 2 buah dewan dan 6 buah bilik darjah digunakan sebagai tempat peperiksaan. Adik berada dalam kumpulan Bilik 3. Mereka telah diberikan taklimat akhir oleh guru2 bertugas serta kata2 peransang daripada Guru Besar. Ustaz Ismail juga telah membacakan doa agar dipermudahkan segala urusan anak2 untuk menjawab soalan2 peperiksaan. Slip pengesahan calon juga diserahkan kepada mereka. Alat tulis dipastikan cukup oleh guru2. Guru2 juga membekalkan alat tulis kepada anak2 yang kekurangan / tiada alat tulis.
 Dalam sekitar jam 8:00 pagi, anak2 bergerak dalam barisan untuk ke dewan2 dan bilik2 peperiksaan. Allahhuakbar! Berdebar2nya saya ketika itu. Dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi tu, saya dah berpesan dengan Adik :
- Jangan "over confident"
- Berhati2 semasa menjawab soalan2 - jangan cuai
- Baca soalan betul2 dan fahamkan kehendak soalan
- Ikut cara yang cikgu ajar bagaimana nak memilih jawapan yang betul - untuk soalan objektif
- Dah habis menjawab, buat semakan semula
- Pastikan jawapan yang dihitamkan sama dengan jawapan di kertas soalan
- Kalau rasa tak pasti, pegang belakang leher, pejam mata dan baca selawat ke atas Nabi
- Masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan langkah kanan
 Dari kejauhan kami memandang anak2 beratur di luar dewan sebelum dibenarkan masuk oleh pengawas2 peperiksaan. 
 Tamat dah hari pertama peperiksaan UPSR 2016. Esok subjek Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan. Semoga anak2 Tahun 6 SKTPP dapat menjawab dengan baik dan lancar. In shaa Allah. Aamiin.