Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke rumah. Alhamdulillah...!
Ini cerita makan2 semalam. Semalam hari Khamis. Hari ni dah hari Jumaat. Sekejap je seminggu berlalu. Tiga orang anak dah ke sekolah, seorang akan menyusul jam 10:30 pagi nanti. Hubby pun dah lama pergi kerja. Lepas ni nanti tinggallah saya seorang diri sementara menantikan kepulangan anak2 tengahari nanti. Memandangkan hari ini hari Jumaat, anak2 akan balik lebih awal daripada biasa.
Oh...lupa pulak. Ini adalah juadah sarapan saya dan Adik pagi semalam. Jemput-jemput keledek. Ada baki 3 biji keledek yang sedang2. Saya rebus, lecek, tambah tepung dan sedikit gula dan jemput2kan lalu digoreng. Inilah jadinya....
Jemput2 ni terdapat dalam berbagai bentuk dan rupa. Bulat2, bersegi2 dan ada juga berbenjol2. Sebabnya, saya cuma sudukan kecil2 sahaja tanpa dibentuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Dan inilah juga bekalan Adik ke sekolah semalam. Masa masukkan ke dalam bekas bekalan dia, Adik siap kira sebiji2....1, 2, 3, 4, ........ 15. Bila balik, dah kosong bekas dia. Alhamdulillah....!
Itu tadi cerita sebelah pagi. Sekarang ni cerita sebelah tengahari pulak. Hmmm...setelah ditolak, ditambah, dibahagi dan didarab secukupnya, akhirnya saya masak Paprik sebagai lauk untuk makan tengahari. Disamping itu ada juga sayur goreng campur. Tapi anak2 ni payah sangat nak makan sayur. Kalau makan pun, memilih sayur2 yang tertentu sahaja.
Tapi dalam Paprik ini sendiri dah ada berbagai jenis sayur. Ikutkan tidak perlu lagi sayur tambahan. Dalam Paprik ini saya masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis, tomato cherry sebagai sayur2annya. Saya masak banyak juga sebab nak simpan sampai ke malam. Masak sekali harung kan ker senang. Masak tengahari untuk makan malam sekali. Jimat masa dan tenaga. Kecuali kalau lauk tengahari habis, then kenalah masak lagi di sebelah petang. Tapi tak apa, demi anak2 dan hubby... Sayang semua!!!
2 comments:
Salam, ziarah.
1st time masuk dapur Azita hr ni, ada pulak jemput2 ngan msk paprik ya... Nyum2...
samalah ank kita, suka pilih2 sayur. Kalau msk paprik mcm tu, kompom syur dcampknya kat pinggan kita..
salam sari...
1st time masuk ye! thanks sbb sudi ziarah umah akak. anak2 akak pn sama, sayur tolak ke tepi. pilih ayamnya jer...
Post a Comment