Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Rasanya tentu semua pengunjung boring bila datang ke rumah saya sebab tak ada entry terkini. Rasanya entry terakhir saya ialah pada 7hb (Rabu) lepas. Sebenarnya badan ni tak berapa sihat, sampai hari ini pun masih belum pulih sepenuhnya.
Jadinya, hari ini saya nak kemaskini semua cerita2 yang belum sempat saya muatnaikkan selama masa saya tidak bersiaran. Jangan boring ya...! Bermula dengan gambar di atas. Itu ialah menu makan tengahari dan malam kami pada hari Selasa lepas. Cuma daging sahaja yang masih ada stok dalam petiais masa tu. Anak2 pulak memang suka dengan lada hitam jadinya saya masak Daging Black Pepper semuanya. Sedap dimakan dengan nasi putih panas2....! Anak2 balik dari sekolah, tak tunggu lagi. Terus mengadap meja makan... Alhamdulillah! Berselera mereka menjamu selera....
No comments:
Post a Comment