Friday, April 2, 2010

Musim Bunga



Subhanallah!!! Lihatlah pokok ni. Saya tak pasti apa nama pokok ini tapi untuk pengetahuan semua, di sekitar Pasir Gudang sekarang mengalami musim bunga. Jangan ingat kat luar negara je ada musim bunga, kat sini pun ada jugak! Kalau ronda2 sekitar Pasir Gudang sekarang, kebanyakan pokok2 di tepi jalan tu, semuanya tengah berbunga. Dah tak nampak daun dah!!!! Bunga je sekata..... Kalah bunga sakura kat Jepun nun...


Ha tengok ni! Close-up sikit...! Bunga sesaja dah....!


Inipun saya shot tadi selepas hantar Ayong ke stadium. Dah seminggu lebih saya mengidam nak shot bunga2 ni tapi tak kesampaian. Terdapat 2 warna sebenarnya - pink dan putih - tapi saya baru sempat shot yang pink ni saja. Itupun saya berhenti di bahu jalan. Pokok tu sebenarnya disebelah sana jalan. Dengan menggunakan DC saya tu je, gambar tak le cantik dan sharp sangat. Lagipun dari jauh jer. Masa tu pulak orang baru balik dari solat Jumaat. Banyak le kereta dan motorsikal yang lalu-lalang tapi saya buat muka tembok jer... Segan jugak sebenarnya...hehehe..


Kalau guna kamera canggih mesti cantik ni...!


Tapi lepas ni saya nak pergi pusing2 jugak. Nak gi shot pokok2 bunga yang ini lagi. Banyak sebenarnya pokok2 tu di sekitar sini. Cumanya kalau hari hujan, terbantutlah hajat saya ni.


Tanpa sehelai daun pun! Hanya bunga2 sahaja...!!!


Masyaallah...cantiknya!



Kalaulah pokok ini ada kat depan rumah saya...


Agak2 koranglah kan, kalaulah pokok tu ada di depan rumah saya, apa saya akan buat???



3 comments:

ita cutevirus said...

sudah tentu puan azita akan sentiasa berposing di samping pokok yg cantik itew..

cantiknyer ciptaan Allah...

fa10 said...

salam kenalan,
bunga tu dah sebijik mcm kat obersi, agaknya inilah yg duk heboh kat radio suatu ketika dahulu, saya lupa namanya

Azita Zain said...

ita cutevirus :
hehehe...agaknya ari2 asyik duk bwh poko tu jer. lps tu entry pn ari2 gambo bunga tu...!

fa10 :
salam kenalan juga. mmg mcm musim bunga. tambah2 kt area yg penuh dgn pokok bunga tu. memutih dan mengepink jer....!