Monday, April 19, 2010

Birthday Cuppies


Salam malam Ahad untuk semua pengunjung. Malam2 cam gini, mesti ramai yang dah nak beradu sebab esok masing2 dah nak kerja dan anak2 pula dah nak bersekolah. Cuti Sabtu Ahad macam tak terasa. Semalam dah satu hari sibuk. Hari ini pun agak sibuk juga. Selepas siap bersarapan dan membasuh pakaian, saya ke dapur semula. Tadi ada jiran selang sebuah rumah ni, buat birthday party untuk 2 orang anaknya. Jadinya saya bercadang untuk bagi cuppies. Saya buat carrot cuppies. Saja buat lebih sebab ingatkan yang lebih tu nak makan sendiri. Saya buat 30 biji. Tapi apa kaitan telur kat atas tu dengan cuppies saya? Ohh...telur tu sebenarnya half-boiled, makan dengan roti sebagai sarapan kami pagi tadi. 2 biji setiap orang...


Cuppies dalam proses pembakaran...


Ini dah keluar dari oven, dalam proses penyejukan pulak...


Inilah cuppies tu, smple deco aje...


Yang ini birthday cake mereka...


Inilah birthday girl and birthday boy yang diraikan...

Ikutkan jadual asal, majlis sepatutnya bermula jam 3:00 petang tapi dah jam 3:00 petang masih belum ramai yang datang. Adalah kawan anak2nya 4,5 orang. Saya jenguk2 jugak dari pintu rumah, kalau dah ramai yang datang baru bercadang nak pergi. Tapi kalau kita tak pergi, bila masa pulak nak tunggu ramai...kan? Jadinya saya pun pergi jugalah bersama Adik dan Abang Yang.

Abang Ngah baru balik dari camping jam 12:00 tengahari tadi. Sampai2 aje, dia komplen tidur tidak lena dan selesa. Lepas tu dia terus tidur. Macam mana dia balik, macam itulah dia tidur. Tapi kesian bebeno tengok dia sebab masa dia tidur tu, nampak sangat yang dia amat penat. Dalam pada bercamping tu, cikgu squash dia suruh juga dia pergi latihan di Tanjung Puteri Golf Resort pagi tadi. Siap cikgu tu hantar dan jemput sendiri ke sana. Sehingga saya balik dari majlis tu, Abang Ngah masih tidur dalam posisi yang sama.


 

Sebelum majlis bermula, ayah kepada birthday boy dan birthday girl membacakan doa selamat dulu. Moga majlis tersebut diberkati olehNya....Amin!!!


Tetamu2 yang hadir mengaminkan doa...


Birthday girl dan birthday boy sedang memotong kek...


Ibu mereka sedang memotongkan kek untuk diagihkan kepada tetamu yang hadir...


"Siapa nak makan kek meh dekat sini. Cik Ani bagi kek ni sikit sorang ye! Adik nak buat ceri ni ke?"


Antara menu yang disediakan, macam2 ada! Nasi lemak kukus dan rakan2, pulut kuning kukus dan kari daging kerisik, ayam goreng, donut, kentang goreng, nuget, betik dan tembikai. Pilihlah yang mana rasa nak cuba...


No comments: