Sunday, March 30, 2014

Program Bersama Novelis EMP Di Pustaka Arris Pasir Gudang

 Assalamualaikum. Pagi semalam saya ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Memang dah rancang nak pergi selepas tahu ada program ni. Saya pergi jam 10:45 pagi. Sampai je di PB saya terus ke Pustaka Arris. Masuk ke dalam dan beli 3 buah novel. Suami Terhangat - Rafina Mimi Abdullah, Mungkinkah - Hanni Ramsul dan Hati Yang Kau Sentuh - Siti Hanisah. Beli sebab nak dapatkan tandatangan diorang nanti. Lagipun di Pustaka Arris hari ini ada tawaran 15% dan 20% untuk novel. Memang ramailah yang datang membeli...termasuklah saya! Keluar dari Pustaka Arris, saya nampak dah Kak Elee Mardiana dan Rafina (itu yang saya kenal). Bersama mereka ada 5 orang lagi yang kurang saya kenali. Maaf ya sebab kurang mengenali yang lain. Saya terus tuju kepada Kak Elee. Maka sesi "bersoreh" pun bermula. Bukan main mesra lagi Kak Elee dan Rafina. Kak Elee orang Perak, Rafina orang Terengganu. Hahaha...saya pun orang Perak jugak Kak Elee!!! Kita sekapal!
Selepas mereka mengambil tempat duduk masing2, saya pun terus ke meja Rafina sebab saya dah beli buku Suami Terhangat hasil nukilannya. Saya tahu Rafina datang ada bawak cenderamat yang best2...terutamanya si Penyu yang saya tunggu. Dengan selambanya saya mintak penyu2 tu. Maaf ya Rafina, akak dengan selambanya minta penyu2 tu daripada Rafina. Macam2 yang Rafina bagi tadi. Ada penanda buku, stiker dan goodies bag yang ada 3 ekor penyu comel dan kiut.
 Kemudian saya menuju kepada Siti Hanisah pula. Bukunya bertajuk Hati Yang Kau Sentuh. Siti Hanisah ni ialah pelajar Tahun 3 dalam bidang Kejuteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang.
Selepas tu ada sesi beramah-mesra dengan penulis pulak. Kami duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan barisan novelis. Boleh bertanya apa saja kepada novelis pilihan. Jadinya saya pun ambil kesempatan untuk bertanya kepad Kak Elee pasal novelnya yang bertajuk Di Sebalik Wajah.
Panjang lebar Kak Elee bercerita. Saya memang suka cerita ni sebab...macam siri penyiasatan sikit. Misi menyelongkar siapakah sebenarnya mereka2 dalam watak2 tersebut. Haaaaa....dan sebab saya dah bertanyakan solan, maka saya telah diberikan sebuah novel secara percuma. Novel bertajuk Kerdipan Bintang Cinta, hasil karya Yumi Zunita. Dan dapat juga cenderahati lagi.
Dannnnnn...lepas tu ada sesi kuiz cepumas. Hadiahnya juga ialah sebuah novel beserta ole2. Jangan marah ya sebab saya berjaya menjawab solan tersebut (dengan bantuan seseorang..hihi). Memandangkan saya pun dah beli sebuah sebelum sesi menandatangani tadi, jadinya saya dapat sebuah lagi novel yang sama.
Ok. Habis sesi pagi. Dan saya telah berjanji dengan Kak Elee akan datang lagi pada sesi petang sebab nak bagi sesuatu kepada Kak Elee dan novelis2 yang lain. Apa agak2nya yang saya nak bagi ye? Tunggu dulu.
Ok. Dari PB kami berlima - hubyy dan anak2 - terus ke Taman Megah Ria untuk menghadiri satau majlis perkahwinan anak kepada pekerja hubby. Dah balik ke rumah barulah saya menyediakan benda ni :
 Bluberi cistat...
Jam 4:00 petang saya ke Pustaka Arris sekali lagi. Kali ini bersama hubby pulak. Dan kali ini saya bawak DSLR...baru puashati untuk bergambar. Bergambar pagi tadi dengan digital camera je.
Sampai je ke Pustaka Arris, saya duduk dulu kat kerusi sebab masa tu sesi soal jawab rasanya. Selepas tu barulah saya menghampiri Kak Elee sekali lagi. Dan saya hulurkan beg kertas yang berisi 7 pek cistat.
Hahaha...tengok reaksi Kak Elee!!! Apa yang terkejut bebeno tu entah le...hahaha.
Ok. Sekarang time saya bergambar sekali lagi dengan mereka...seorang demi seorang. Jangan jeles ya.
 Kak Elee Mardiana. Juga tuanpunya Elee Mardiana Publication (EMP).
 Zara Aluwi / Katrina Adam
 Monalita Mansor
 Rafina Abdullah / Rafina Mimi Abdullah
 Siti Hanisah
 Nana Rumaysa
 Pekerja di EMP - Bahagian Marketing (lupa nak tanya siapa namanya) yang menjadi MC semalam. 
 Laga2 pipi dengan Kak Elee...
 Beli 3 buah dan dapat percuma 2 buah...untung kan!!
 Kerdiapan Bintang Cinta - dapat percuma
 Suami Terhangat bersama Si Penyu Comel Dan Kiut! 
 HatiYang Kau Sentuh - satu dibeli...satu lagi dapat percuma juga.
Lima buah buku bersama cenderahati2 yang diterima. Terima kasih  kepada semua novelis yang memang peramah dan baik hati. Walaupun baru pertama kali bersua, ramahnya mereka bagai kita dah kenal lama. In shaa Allah...jumpa lagi di lain masa. Selamat maju jaya untuk semua!!!

Thursday, March 27, 2014

Hasil Tragedi Keembong

 Inilah hasil tragedi keembong dulu. Keembong ni dah berbunga. Cantik. Kaler merah. Keembong yang ini adalah keembong yang hubby beli di nursery depan Kipmart Masai tu. Yang dah "hidup segan mati tak mahu" tu. ALhamdulillah. Gemuk pokoknya sekarang.
 Kudup bunga keembong...
 Sedahan yang penuh dengan kudup yang bakal mekar tak lama lagi.
Manakala yang bawah ni ialah anak2 pokok bunga keembong yang kami ambil biji benihnya di rumah mertua adik di Felda Penggeli Timur tu. Alhamdulillah. Subur tumbuhnya. Tak tahu yang ni bunganya warna apa. Kalau tak silap hari tu ada 2 atau 3 warna yang berbeza. Tunggu dan lihat ajelah dulu. Dah berbunga nanti baru tahu bunganya warna apa.

Friday, March 21, 2014

Keputusan SPM 2013

Alhamdulillah. Keputusan SPM 2013 dah pun selamat diumumkan pagi semalam di sekolah masing2. Malam sebelum tu Abang Ngah ada cakap, dia nak ke sekolah bersama kawan2 dia. Biasalah tu...budak lelaki. Kalau Ayong dulu, dia nak pergi dengan mak dan abahnya. Sebenarnya Abang Ngah tu rasa gementar. Dia tak boleh nak agak apa keputusan yang akan dia dapat. Dan kami juga tidaklah mengharapkan keputusan yang cemerlang sangat daripada dia...sebab kami sedar akan tahap pencapaian dia semasa di Tingkatan 4 dan 5. Apa2pun...kami tetap menerima apa juga keputusan yang dia dapat.
Pagi sebelum ke sekolah tu, dia dah menyatakan rasa gementar dan takutnya. Sebelum ni dia selamba je. Semasa exam hari tu, 3 subjek terakhir tu memang betul2 mencabar untuk dia sebab dia menjawab soalan2 di dalam sick bay. Kimia, Fizik dan Biologi. Dia ke sekolah jam 9:00 pagi. Nak bergabung dengan geng2 dulu katanya. Saya pulak menyusul jam 10:00 pagi. Tapi pintu pagar sekolah masih ditutup. Pelajar2 tidak dibernarkan masuk ke kawasan sekolah lagi. Kata pengawal tu, jam 10:30 baru dibenarkan masuk. Saya menanti di dalam kereta je. Melihat dan memerhatikan gelagat anak2 yang datang untuk mengambil keputusan masing2. Apa yang pasti, masing2 datang dengan muka yang ceria dan gembira. Gembira sebab dapat berjumpa dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Sama macam Abang Ngah juga. Bergelak ketawa dengan kawan2nya.
Jom tengok suasana di dalam dewan sebelum keputusan diumumkan...
Dah lebih pukul 11:00 pagi barulah guru2 kelas berkumpul dengan membawa slip keputusan untuk kelas masing2.

 Yang dapat keputusan 5A - 10 orang
Pelajar yang dapat 6A - 3 orang
Seorang je dapat 7A
Inilah dua orang pelajar yang dapat 10A. Pelajar terbaik ialah pelajar Melayu tu...tak tau siapa nama dia. Dia adalah anak kepada salah seorang guru di sekolah yang sama.
Inilah barisan pelajar2 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Ada seorang pelajar Melayu lelaki yang dapat 5A tapi dia tidak hadir hari tu.
Pelajar2 yang datang bersama ibu masing2 bergambar bersama2.

Apa2 pun, mak dan abah tetap bangga dengan keputusan yang Abang Ngah dapat. Memang kami tidak mengharapkan keputusan yang amat cemerlang daripada dia. Kami tahu tahap pelajarannya di mana. Syukur alhamdulillah atas apa yang dia dapat, Keputusan ini bukanlah penamat segala2nya. Tetap ada ruang dan peluang untuk pergi lebih jauh. Yang penting ialah kemahuan. Abang Ngah cenderung kepada bidang permotoran. Kalau pasal motor dan kereta, ceritalah dengan dia. Memang masuk punya! Ok...lepas ni kita isi UPU pulak ya Abang Ngah!!!

Monday, March 17, 2014

Lawatan Ke Politeknik Ibrahim Sultan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi semalam, 16hb Mac 2014, kami, AJK PIBG SKTPP (wakil guru dan ibubapa) telah mengadakan lawatan ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Tiga orang wakil guru dan tujuh orang wakil ibubapa telah turut serta, diketuai oleh Puan Guru Besar SKTPP. Lawatan ini adalah susulan daripada kesudian Tuan Pengarah PIS, Datuk Dr Arshad Kassim, menerima jemputan pihak SKTPP dan PIBG untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada 1hb Mac lepas. Dalam ucapan perasmian mesyuarat tersebut, Tuan Pengarah telah mengumumkan untuk menjadikan SKTPP sebagai anak angkat PIS. Jadinya, kami ke sana hari ini adalah untuk membuat lawatan kunjung hormat...sebagai ucapan salam untuk ukhuwah yang lebih berpanjangan. In shaa Allah. 
Kami sampai ke PSI sedikit awal daripada masa yang dijanjikan. Jadinya kami duduk minum2 dulu di cafe berhampiran. Saya tak minum pun...sebab tak rasa nak minum. Yang lain2 ada yang minum kopi-o, nescafe tarik dan air jagung. Alhamdulillah...pada masa yang sama juga hujan membasahi bumi Pasir Gudang.
Kredit kepada En Syed Zainal Abidin untuk gambar di atas
 Pun Norlina, Puan Hajah Rosyati (GB), En Jasman (YDP), Tn Haji Adam (NYDP)
 Cikgu Hafizan (S/U), Cikgu Rosli (GPK Koko), En Syed Zainal Abidin, En Ungku Shaharudin
 Pn Shafizei

 Sekitar jam 11:00 pagi, kami dibawa masuk ke bilik mesyuarat di Aras 1 Bangunan Pentadbiran. Masa tu Tuan Pengarah baru je habis meeting dengan kumpulan yang lain. Beliau disertai oleh Ketua Jabatan Hospitaliti, En Syed Shikh bin Syed A. Kadir dan juga Ketua Jabatan Pengajian Am, En Noor Azmi bin Hj Asmawi.
 Inilah En Noor Azmi. Mukanya ada iras2 TMJ...kan?
 Tuan Pengarah bersama En Syed Shikh

 Tuan Pengarah PIS, Datuk Dr Arshad bin Kassim
YDP PIBG, En Jasman Ehsan
Secara umumnya, persetujuan telahpun kami capai untuk menggunakan fasiliti, tenaga serta kemudahan yang ada di PSI untuk membangunkan bukan sahaja nilai insan untuk pelajar2 tetapi juga lain aktiviti yang melibatkan guru2 dan ibubapa. Banyak program yang boleh dijalankan dan diadakan dengan usahasama PIS, SKTPP dan PIBG. In shaa Alla, kami akan gunakan segala kemudahan dan fasiliti tersebut untuk pembangunan anak2 dan sekolah.

  Penyampaian cenderahati kepada kami oleh En Syed Shikh dan En Noor Azmi
Apa isi kandungan beg? Inilah barang2nya...ada buku lapuran tahunan 2012, diari 2014, buku nota, pen dan rantai kunci.
Selepas itu kami dijamu makan tengah hari berupa nasi minyak (kot...). Tapi saya tak makan pun...minum air sirap sahaja untuk membasahkan tekak. Selesai makan tengah hari, kami dibawa melawat sekitar PSI oleh En Syed Shikh. Tapi kami tak larat dah nak jelajah segala pelusuk PSI. Kami pergi ke perpustakaan dan melawat Jabatan Hospitaliti aje. En Syed Shikh bawa kami masuk ke bahagian dapur dan restoran mereka. 

Sampai di situ sahaja lawatan kami. Terima kasih kepada pihak PSI terutamanya kepada Tuan Pengarah yang sudi menerima kedatangan kami. In shaa Allah, kita jumpa lagi di lain masa. Moga ukhuwah SKTPP, PIBG dan PSI akan berpanjangan.