Sunday, April 18, 2010

Educational Trip


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Aduiii....hari ini penatnya badan! Mana tidaknya...dari pagi sampai ke petang ada saja aktiviti. Aktiviti pertama, jam 7:00 pagi saya pergi menghantar Adik ke tadikanya sebab hari ini murid2 6 tahun ada lawatan ke Tropical Village di Air Hitam. Kena berkumpul di tadika jam 7:30 pagi tapi Adik tak sabar2 nak pergi awal2. Ikutkan saja la....!

Masa sampai kat sekolah, Adik adalah murid lelaki pertama yang sampai. Masa tu adalah 5 ke 6 orang budak perempuan yang dah sampai. Bila sampai aje, cikgu pengiring terus tempatkan Adik di dalam barisan dia. Masa tu dia sorang2 aje sebab kumpulan dia belum sampai. Satu kumpulan 5 orang murid dengan seorang guru pengiring. Di pergelangan tangan mereka diikat dengan reben dan diberikan satu beg sandang belakang. Kumpulan Adik dapat beg sandang berwarna hijau. Sarapan dan makan tengahari disediakan oleh pihak sekolah. Anak2 cuma perlu bawa air masak sahaja.


Anak2 berada dalam kumpulan masing2...

Daya ingatan Adik memang kuat sebab balik sahaja balik dari sekolah petang Jumaat tu, saya tanyalah Adik samada cikgu ada bagi apa2 surat ataupun tidak. Adik kata tak ada. Hmmm...tertanya2 pasal lawatan tu. Pukul berapa kena berkumpul, apa yang nak dibawa dan macam2 lagi. Tapi Adik kata, cikgu kata, pakai baju merah (bukan penyokong Thaksin tau...!), pakai topi, pakai kasut raya, lepas tu bawak air masak. Nak percaya tak percaya jer...betul ke? Akhirnya saya dapatkan kepastian daripada guru kelas dia. Alhamdulillah...semua maklumat yang Adik bagi tu memang betul.


Masing2 dengan topi yang pelbagai warna dan bentuk...

Semasa menanti kedatangan murid2 yang lain, saya sempat berbual dengan beberapa orang ibu dan juga guru2. Sempat juga berbual dengan Cikgu Zainon (Pengetua TPB), bertanyakan pasal tempat lawatan mereka. Apa yang ada kat sana? Menurut Cikgu Zainon, di Tropical Village tu ada monemen2 antarabangsa, ada kawasan main2, ada tram dinasor dan macam lagi...dan tempat tersebut memang sesuai untuk anak2.

Sebanyak 5 buah bas disediakan untuk lawatan ini. Dari Taman Mawar (TM1 dan TM2) seramai 60 orang murid (tidak termasuk guru2). Dari cawangan2 lain tak pasti berapa orang murid tapi kalau dah sampai 5 buah bas....ramai tu! Satu bas boleh memuatkan 44 orang, darab dengan 5... Hmmm...44 x 5 = ?. Tapi katakanlah purata satu bas tu 40 orang... 40 x 5 = 200 orang!!! Cawangan TPB memang banyak...di Taman Mawar aje ada 2, di Taman Scientex ada 2 cawangan, Kota Masai pun ada 2 cawangan dan satu di Taman Rinting.


Si ibu betulkan topi si anak, guru pengiring sibuk dengan anak2 murid mereka...


Suka tengok dua orang murid perempuan comel ni dengan topi mereka yang agak unik...!


Tak sabar2 mereka nak naik bas...!


Tengok! Anak2 kecil beratur je masa nak naik bas. Orang dewasa...?



Cikgu Zainon, Pengetua TPB (yg bertudung labuh tu...) sedang rancak bercerita dengan salah seorang ibu yang datang menghantar anaknya. Ini adalah sebahagian daripada ibubapa yang  datang pagi tadi. Ada yang melambai2 pada anak mereka tak henti2. Saya pun lambai jugak...siap ketuk2 cermin tingkap bas tu lagi sebab bila panggil, Adik tak dengar. Nak juga lambai2. Maklumlah...tak pernah dia pergi jauh2 cam gini tanpa emak dan abahnya. Ibubapa2 yang datang tu macam berat aje nak melepaskan anak2 mereka pergi tapi anak2 pulak teruja tak terhingga. Biasalah...budak2!


Adik tengah panjat tangga bas...yang bertopi merah tu!


Tersenyum je Adik kat dalam bas...!

Ikutkan jadual sementara, mereka dijangka akan sampai semula ke sekolah dalam jam 3:00 petang. Masa balik dari Taman Mawar petang tadi, saya telefon guru pengiring kumpulan Adik, Cikgu Siti Rugayah, bertanyakan mereka dah sampai di mana. Cikgu Siti kata dah sampai area Kulai. Masa tu lebih kuran pukul 2:15 petang. Dalam jam 3:00 petang baru saya dan hubby ke sekolah. Masa sampai tu saya nampak banyak kereta dah beratur di sekitar kawasan sekolah dan bas yang membawa mereka baru aje berlalu.


Ini saja murid yang tinggal yang belum dijemput oleh ibubapa mereka. Adik dah nak berdiri masa dia nampak saya dah sampai... Mukanya penuh ceria dan kepenatan tapi mulutnya tak henti2 bercerita macam2.


2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.ita..cerianya anak k.ita tue dpt g rombongan yer..biasa la bdk2 teruja nk g melawat..tanpa ditemani oleh ibubapa...

Azita Zain said...

salam zatie. mmg teruja sgt dia. tak abis2 bercerita kisah mereka masa di sana....