Salam sejahtera untuk semua. Tak nak cerita panjang2 kali ni. Ringkas2 jer. Hujung minggu yang lepas, hubby balik kampung bersama dua orang hero kami - Adik dan Abang Ngah. Petang Sabtu balik ke sana, hari Ahad malam balik ke sini. Hari Isnin nak kerja dan anak2 nak bersekolah. Banyak ole2 yang hubby bawak balik dari kampung. Jom kita tengok...!
Sebemban pucuk ubi...!
2 biji nenas...!
5 biji keledek ungu...!
Sebiji labu...!
6 sisir pisang...!
Semalam, hari Selasa, saya gulaikan kesemua pucuk ubi tu. Dapat seperiuk besar. Anak2 memang suka meratah Gulai Lemak Pucuk Ubi ni...emaknya pun sama! Semangkuk besar saya hantar ke rumah jiran yang berpenghuni. Ada juga jiran lain yang dekat tapi rumah mereka tidak berpenghuni sebab masing2 pergi kerja.
Gulai Lemak Pucuk Ubi...
3 comments:
salam k.ita..banyakkkkknya jajan dr kg!tang keledek unggu tue ssh nk jumpa!!
atie : hehehe...menantunya x balik, mentua bekalkan macam2. ada makna tu...!
salam,tak payah cakap ta....akak dah tahu, maknanya ita ni menantu yg disayang...he he...macam tulah kalau wanita ni solehah...semua yg dilangit dan di bumi mendoakan kebaikan untuknya.
Post a Comment