Thursday, April 29, 2010

Ayam Dan Crust



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sihat semua? Alhamdulillah....! Moga kita semua sentiasa berada di dalam lindunganNya. InsyaAllah....!

Kali ini pun tak nak bercerita dan berceloteh panjang2. Sekadar nak tayangkan menu kami semalam. Tidaklah secanggih mana pun. Biasa2 aje. Sekadar Ayam Masak Madu saja. Masa hubby pergi hantar anak2 ke sekolah pagi semalam, saya berpesan kepadanya supaya beli ayam seekor. Stok lauk dah abis dalam petiais tu. Tak kan le nak makan lauk telur atau sadin lagi. Kesian pulak anak2. Proses memasak pun cepat je. Awal2 pagi lagi dah siap msak nasi. Sementara menunggu Adik untuk ke sekolah, saya goreng ayam dulu. Selepas Adik ke sekolah, terus masak lauk ni. Siap!


Adik suka lauk ini sebab ada rasa manis2 sikit. Kalau pedas2 tu, dia tak berapa nak berkenan. Kalau nak makan pun, terpaksa "dibersihkan" ayam tu dulu. Dan macam biasalah...Adik mesti cari bahagian paha ayam.

Selepas menjemput 2 hero dari sekolah, saya merajinkan diri untuk mencuba kemahiran membuat kulit tat. Dah pergi belajar hari tu, rugi kalau tidak dipraktiskan. Saya buat satu adunan kulit tat. Sambil duduk depan tv, sambil tangan menempa kulit tat ke dalam acuannya. Abang Ngah pulak ringan tangan jugak untuk mencuba. Dialah yang menolong hingga selelsai. Tak banyak pun, satu bancuhan tu dapatlah dalam 42 biji kulit tat bersaiz 1".  Pandai pulak Abang Ngah menempa kulit tat tu. Sekali ajar je dah boleh buat.


Siap disusun ke dalam dulang sebelum dibakar...


Dah siap dibakar dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan di salam petiais. Hari ini baru bercadang nak buat intinya. Pilihan kami ialah Blueberry Cheese Tart...!


7 comments:

Mr. Asada said...

pehhh... nampak cam sedap je ayam tu. xnk kongsi2 resepi ke? heee :P

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nyum2.. sedapnya ayam tu..


blueberry cheese tart lagi yummy!

Yatie said...

Salam Kak Ita, rajinnya buat shell cheese tart tu....kalau dekat nak tempah je...tak sabar nak tngk yg dah siap letak cream cheese....

izahdaut said...

salam kak..teruja tengok shell tart tuh..sama kemass je..wah..bila la nak pandai mcm tu

Mama Nazhan said...

salam kak ita..mana resepi shell...? menarik dan kemas hasil shell tu...

Azita Zain said...

asada :
resepinya ada di Azita Kitchen (http://rossitamz-kitchen.blogspot.com). cari2lah kat situ ye...

sari :
mmg hantu cistat skrg ni. dh pandai ni, buat sendiri je. x pandai ari tu, asik membeli jer...

yatie :
balik malaysia nanti leh ler order ngan k.ita ya...hehehe. dah siap bakar blueberry cheese tart dah, nti nak tayang yg dh siap plak....!

Azita Zain said...

izah :
masa buat sendiri dulu, x cantik rupanya. dah gi belajar ari tu, dah tau camana nak bagi cantik jer rupanya. izah pun boleh buat cam gitu gak...

mama nazhan :
resepinya belum diuploadkan lagi. nanti akan keluar bersama dgn resepi penuhnya...