Monday, April 26, 2010

Kelas Aneka Tat

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Alhamdulillah...selesai sudah lagi satu kelas masakan yang saya hadiri. Tapi ini sebenarnya ialah cerita semalam...cerita hari Ahad. Hari ini dah hari Isnin. Dah terlewat sehari. Tapi tak apa, nak cerita jugak!

Cerita pasal kelas aneka tat yang saya hadiri semalam. Siapa lagi gurunya kalau bukan si Nina comel tu! Masuk kali ini dah tiga kali saya berguru dengan dia. Kelas sepatutnya bermula jam 12:00 tengahari tapi jam 12:00 tengahari, saya baru bertolak ke rumah Nina. Memandangkan saya dah tahu rumahnya di mana, tidaklah menjadi satu kepayahan untuk saya mencari rumahnya. Cumanya...nak parking kereta kat area tu payah sikit sebab jalannya sempit. Terpaksa curi2 parking kat depan rumah orang.

Masa saya sampai tu, Nina baru selesai kelas steam buttercream bersama dua orang pelajarnya. Masa tu mereka tengah adakan sesi bergambar. Habis merah2 tangan mereka kerana bermain dengan pewarna.

Apa yang kami pelajari dalam kelas aneka tat semalam? Macam-macam...! Bertambah ilmu pengetahuan saya tentang selok belok tat ni. Sebelum ni pernah juga mencuba sendiri, ikut resepi kat internet tu. Tapi hasilnya kurang memberangsangkan sebab main cuba2 jer. Dah belajar sendiri ni, dengan hands-on lagi, rasanya macam kacang jer...! Empat jenis tat yang kami buat semalam. Dan sudah tentulah kami pun belajar membuat crustnya sekali.



Ini ialah Tart Crust. Yang besar tu untuk Tat Telur dan yang kecil2 tu untuk tat yang lain2 (Cheese Tart, Choc Tart ataupun Fruit Tartlet). Untuk Tat Telur, kulitnya kena tebal sikit, kalau tak...bancuhan telurnya nanti akan meresap hingga ke luar kulit. Untuk tat lain, nak buat nipis sikit pun tak apa. Ada 2 kaedah untuk membuat kulit tat ini, samada menggunakan kaedah gaul dan ramas ataupun dengan cara pukul (samada guna mixer, whisk ataupun senduk kayu). Kalau guna kaedah gaul dan ramas, kulitnya akan menjadi sedikit rapuh...senang pecah. Selepas doh dah siap, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan. Masa ini kena ikut naluri masing2 untuk menentukan ketebalan kulit tat tu. Kalau rajin...bolehlah dicanai doh tersebut mengikut ketebalan yang diingini dan dipotong dengan acuan berbentuk bulat sebelum dimasukkan ke dalam acuan tar. Selepas tu bolehlah dibakar sehingga masak & kekuning2an. Dah masak, sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuannya. Kulit tat ni boleh dibuat "in advanced"...simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam petiais. Nak guna nanti barulah dikeluarkan semula.


Ini ialah Blueberry Cheese Tart. Tengok tu...Cik Adik tu tengah mencorakkan tat tersebut. Bahan yang digunakan untuk mencorakkan tat ini pun ada rahsia tersendiri juga yang tidak saya ketahui sebelum ini.


Adik2 sedang mencedukkan adunan telur untuk Tat Telur. Cuba tengok Cikgu Nina tu...berdiri pun dah tak berapa nak larat, kena berpaut pada petiais...!

Yang bertudung hitam berbaju merah tu ialah Shima. Asal dari Johor, orang Permas Jaya je tapi menetap di Kulim, Kedah. Dia sedang bercuti, kira balik kampung laaaa...! Esok (Selasa) dah nak balik semula ke Kulim, Kedah. Jaaaaauuuuuuhhhhh ttttuuuuuu....! Dan hari ini (Isnin) dia belajar buat cupcake pulak dengan Nina. Rajinnya dia...!

Yang bertudung hijau tu pulak ialah Norsaadah, orang Kempas jer... Masih solo. Tinggal dengan keluarga. Ada sapa2 nak berkenalan? Dia dah pandai buat macam2 jenis tat, nanti boleh rasa air tangan dia...hehehe!


Tat Telur yang dah siap untuk dibakar...!


Dah masukkan Tat Telur ke dalam oven, buat Tat Buah pulak.

Ini buah2an yang kami gunakan. Strawberi, kiwi dan anggur hitam rangup...!


Saadah tengah mengacau adunan kastad untuk dikawankan dengan Tat Buah nanti. Kacau rata2 tau! Jangan sampai berketul2 pulak kastad tu nanti...!


Bila dah masukkan kastad ke dalam kulit tat, susun ler buah2 tadi mengikut kreativiti sendiri. Lepas tu dah boleh terus di-ngap...!


Akhir sekali ialah Tat Cokelat. Kepada penggemar cokelat, mesti akan menyukai tat ini sebab memang dipenuhi dengan adunan cokelat sahaja...


Kelas Nina sekarang ada CLASS gitu...sebab dah ada sijil. Kami bersama hasil tangan dan sijil masing2. Segan pulak saya sebab saya sorang je yang MUDA kat sini...hehehe! 


Abis sememeh Tat Cokelat saya. Cokelatnya belum berapa elok keras...tu yang mengalir keluar tu. Tempat letaknya masa dalam kereta tu tak rata pulak. Abis terkeluar cokelatnya...

Saya dah terror buat tat ni. Ada sapa2 nak order? Atau nak rasa air tangan saya??


1 comment:

Unknown said...

Sis...acuan tart tu kat hypermarket ada jual x...teringin nk bt sndri nie...hehehhhhe

https://imanvitahouse.blogspot.com