Friday, February 27, 2015

Gotong-Royong Hari Keluarga SDAR 2015

 Kisah hari Sabtu lepas. 7hb Februari 2015. Ada majlis gotong-royong di SDAR. Gotong-royong mengemas dan mencantikkan dorm anak masing2. Sistem asrama di SDAR dibahagikan mengikut rumah sukan. Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Syahbandar. Setiap blok asrama juga diwarnakan mengikut warna rumah sukan. Temenggung merah, Laksamana hijau, Bendahara kuning dan Syahbandar biru. Azrai di rumah Temenggung.
Setiap blok asrama ada 18 buah dorm. Dalam setiap dorm ada 10 orang pelajar. 2 orang pelajar dari setiap tingkatan. Bemakna Form 1 ada 2 orang, Form 2 juga 2 orang dan seterusnya. Tapi ada juga dorm yang tidak sama rata bilangan ahli mengikut tingkatan. Dorm Azrai ialah C13. Ada 2 orang pelajar Form 5, Azrai seorang je Form 4. Form 3 pun seorang. Form 2 ada 3 orang dan Form 1 juga 2 orang.
Dua minggu sebelum tarikh gotong-royong, kami menubuhkan grup wassap sesama ibu untuk Dorm C13. Saya telah bertindak sebagai Admin. Mesti ada seorang sebagai tenaga penggerak...kan? Alhamdulillah...kerjasama daripada ibu2 lain dan guru mentor C13 amat proaktif. Masing2 menyumbangkan idea dan juga sponsor mana yang patut. Dan kami juga bersetuju untuk buat pot luck untuk jamuan makan2.
  Kami bertolak dari Pasir Gudang sekitar jam 3:15 pagi. Malam tu hubby kena night duty. Jam 1:00 pagi baru balik. Sempat dia lelap sekejap sebelum kami bergerak. Cuma kami berdua je. Kami sampai di SDAR sekitar jam 7:30 pagi. Majlis bermula jam 8:30 pagi di dewan besar.
Cikgu Zalita sebagai Ibu Temenggung, Puan Zuryana PA Ibu Temenggung merangkap S/U Permuafakatan Temenggung. Di sebelah kanan saya ialah Kak Rosiah yang mempunyai anak kembar di SDAR. Salah seorangnya berada di Dorm C13 bersama anak saya. Panggilan mesra kepada anak2 Kak Rose ialah Upin dan Ipin. :) 
Ibubapa mendengar taklimat.
Sebahagian daripada anak2 Tingkatan 4
Beginilah keadaan bilik mereka sebelum disolek oleh ibubapa. Paling sedih tengok loker pakaian mereka. Satu loker ada dua pintu - atas dan bawah. Seorang pelajar satu pintu loker sahaja...dengan keluasan yang sangat terhad. Lantai tu asalnya hanyalag simen biasa. Dalam gambar ni dah dialas dengan tikar getah pada malam sebelum projek menyolek oleh ibubapa.
Ini ialah guru mentor C13, Cikgu Izzati.
Azrai dan abahnya menyolek 2 buah kabinet yang digunakan untuk menyimpan toiletteries, baldi2 dan juga beg2 pakaian mereka. Satu pintu dah hilang. 
Alhamdulillah. Ibu2, anak2 dan bapa2 bekerjasama menyantikkan bilik untuk keselesaan anak2. Yang menggaru kepala tu sebenarnya dia pening nak pilih makanan apa yang dia nak makan sebab ibu2 perihatin membawa banyak bekalan makanan yang pelbagai...
Sesi menjamu selera selepas penat bekerja.
Ketua dorm tak ada pulak dalam gambar ni. Baju biru Form 1, baju kuning Form 2, baju merah tu Form 3, baju ungu Form 4 dan yang duduk kiri sekali tu Form 5.
Happening sungguh!