Minta maaf pada semua ya! Hari ini saya tayang lagi Blueberry Finger Bun ini. Tapi kali ini saya buat 3 versi yang berlainan. Kali ini juga saya ulang uli doh roti sebanyak 2 kali. Nasib baik doh ni tak merajuk sebab selepas selesai uli yang pertama, saya rehat dalam 20 minit. Masa tu doh dah naik tinggi dalam BM. Selepas 20 minit baru saya uli sekali lagi...guna BM jugak. Kali ini saya ikut arahan tuan punya resepi...bahagikan doh kepada 20 bahagian kecil2. Wah...jenuh jugak nak menggulung 20 jejari ni! Tapi disebabkan oleh sambutan hangat oleh anak2 dan hubby, rasa bersemangat untuk menggulungnya.
Tiba2 datang idea nak letak filling blueberry didalam gulungan tersebut. Selepas saya tepek nipis2 (canai guna tangan je...), saya picitkan blueberry ke atas doh tu sebelum digulung. Hasilnya....seperti yang anda lihat di atas tu!!! SEDAPPPPPP........!!!!!
Yang ini versi bulat2 jer dengan topping bercorak spiral...
Yang ini pulak kosong aje di dalamnya, macam versi original dari tuan resepi...
Tapi anda semua perasan tak perbezaan finger bun hari ini dengan semalam punya? Tak perasan? Cuba tengok elok2....perhatikan betul2. Kalau tak nampak juga, cuba pakai cermin mata. Kali ini anda mesti nampak. Haaa....dah nampak dah? Betulll...!!!! Semalam punya jari versi GAJAH, hari ini punya versi PUTERI GUNUNG LEDANG (sebab duduk kat Johor kan...)!!! Hehehehe....
No comments:
Post a Comment