Lagi cerita hari Sabtu. Kali ini pasal Pertandingan Kompang Selawat Dan Nasyid Peringkat Daerah Pasir Gudang yang dilangsungkan di ruang legar Pusat Bandar. Pertandingan tersebut dijadualkan bermula jam 9:00 pagi. Saya ke tempat pertandingan selepas bas Adik berlepas ke destinasi lawatan. Tapi saya tidak dapat menanti hingga pertandingan bermula sebab saya menyertai kelas agama yang berlangsung di Masjid An-Nur, juga di Pusat Bandar.
Keadaan masih lengang, peserta2 masih ada yang belum sampai. Masa tu saya berbual2 dengan guru pengiring SK Taman Pasir Putih ni. Mula2 guru pengiring tu ingatkan saya ni salah seorang guru pengiring dari sekolah lain tapi bila saya nyatakan yang saya ni ialah ibu Muhammad Azrai, gelak besar guru tu. Whatever...!
Ini pasukan kompang dan selawat SK Taman Pasir Putih. Ketua kumpulannya ialah Abang Yang. Itu sebab dia seorang sahaja yang berselepang warna kuning, yang lain2 memakai selepang berwarna pink. Guru pengiring yang juga guru yang mengajar mereka ialah Cikgu Lokman (yang berbaju merah tu...).
Pada awalnya, kumpulan SKTPP kena giliran yang terakhir, yang ke-8. Tapi selepas Cikgu Lokman berurusan dengan pihak pengurusan, dapat tukar ke giliran ke-2. Sebenarnya Cikgu Lokman tu tak nak anak2 murid dia tension sebab dapat giliran terakhir. Pada hakikatnya, budak2 tu tak rasa apa2 pun, cuma Cikgu Lokman sahaja yang tension. Maklumlah...cikgu mesti lebih berdebar2 dari anak2 murid!
Demi untuk melegakan debaran di dada, Cikgu Lokman bawak anak2 muridnya jauh dari pentas pertandingan. Mereka lepak2 kat situ hinggalah pertandingan nasyid selesai. Dah release tension Cikgu Lokman kot!!!
Masa kumpulan pertama mempersembahkan persembahan kompang selawat mereka, kumpulan SKTPP duduk beratur di tepi UO.
Sebahagian daripada kumpulan nasyid dan juga kumpulan kompang selawat yang mengambil bahagian...
Kumpulan SKTPP mempersembahkan persembahan mereka. Menakjubkan!!!
Lagi persembahan dari mereka, bermacam2 gaya dan formasi...
Hadiah2 dan juri2 pertandingan...
Abang Yang memperlihatkan kebolehannya dalam bermain kompang...
Dan selesai semua persembahan, tibalah masa untuk mengumumkan siapakah pemenang pertandingan. Masa tu dah 12:30 tengahari. Hadiah disampaikan oleh PPD Bahagian Agama.
Dimulakan dengan pertandingan nasyid sekolah rendah dan menengah. Tapi saya tak berapa nak ingat sekolah mana yang menang, cumanya juara nasyid sekolah menengah dimenangi oleh SMKA Johor Jaya (yang pakai baju purple tu).
Kemudian barulah kategori kompang dan selawat. Johan dimenangi oleh SK Kg. Pasir Putih. SK Taman Pasir Putih dapat tempat kedua dan tempat ketiga pulak dimenangi oleh SK ??? (tak ingatlah!!).
Inilah tropi yang telah mereka menangi...
Menanti van sampai untuk kembali ke sekolah...
Bergambar beramai2 sebelum bertolak balik ke sekolah setelah tamat majlis. Jumlah ahli ialah 18 orang, yang bermain 15 orang, 3 lagi sebagai simpanan.
"Ok...ok. Dema dah naik van. Kejap lagi dema sampai ke sekolah ya! Tunggu ler kejap...", itu agaknya yang diperkatakan oleh Cikgu Yusri tu...
No comments:
Post a Comment