Monday, April 12, 2010

Masak2 Dan Makan2 Hari Ahad



Lagi entry untuk hari ini. Banyak beno pulak entry hari ni ya! Bukannya apa, sebab dah lama tak mengemaskinikan rumah ni. Itu yang banyak benda nak dicelotehkan ni. Tapi entry yang ini hanya kepada juadah2 yang saya masak dan juga yang kami makan.

Pagi2, saya tak sediakan sarapan sebab hubby merajinkan diri untuk membeli Roti Canai - telur dan kosong. Adik makan banyak roti telur tapi dia pilih yang banyak telur aje. Yang kosongnya dia tolak ke tepi. Tak aci betullah Adik ni!


Ini pulak ialah Apam Comel berintikan blueberry dan strawberry. Ini order dari rakan setaman sebanyak 100biji. Thanks Shidah! Nak dibawa ke majlis sambutan harilahir anak kawan kami (Sue) di taman ni jugak. Purple + kuning = blueberry. Pink + hijau = strawberry. Saya siapkan apam ini sebelum kerja mengecat bermula pagi Ahad tu.


Ini pulak ialah Kek Cokelat Kukus Lembab Comel. Semasa mengukus apam tu, saya teringin pulak nak makan kek cokelat comel2 ni. Kalau nak beli kat pasar tani tu, boleh tahan jugak harganya. Selepas mengukus apam, saya sambung dengan mengukus kek comel2 ni. Dah sejuk, saya curahkan sirap cokelat dan tabur dengan cekelat cip dan color balls. Teruja sungguh Adik nak menjamahnya sebab warnanya yang ceria tu...


Yang ini sudah tentunyalah Kek Keju untuk Abang Ngah...


Ini pulak ialah juadah makan tengahari kami semalam (Ahad). Ada lemak pucuk ubi, lemak siput, ayam bakar madu, iwak lele sambal dan telur puyuh sambal. Opppsss...yang ini bukan masakan saya tapi hubby yang beli di warung berdekatan. Mana sempat nak memasak semalam sebab projek mengecat tu la. Makan pun lebih kurang aje. Yang penting, anak2 mesti kenyang... Saya pun cuma makan nasi putih dan lemak pucuk ubi sahaja. Adik paling suka dengan siput masak lemak tu. Pandai pulak dia menyedut siput tu. Kalau disedut2 tak jugak keluar, baru dia minta tolong dengan abang2nya.

No comments: