Tuesday, April 13, 2010

Pankek Lapis Blueberry



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah hampir jam 12:00 tengahari. Nasi dah masak. Lepas ni nak masak lauk dan sayur pulak. Masak yang ringkas2 sahaja untuk juadah anak2 yang akan balik dari sekolah dalam jam 1:30 tengahari nanti.

Sarapan pagi tadi saya cuma masak nasi goreng simple untuk anak2 yang nak ke sekolah dan hubby yang hendak ke tempat kerja. Selepas anak2 ke sekolah dan hubby ke tempat kerja, saya menyediakan Pankek Lapis Blueberry ini sebagai juadah saya dan Adik. Adik makan yang plain aje. Malam tadi saya jalan2 ke rumah Yatie (yatiememories), nampak pankek dia gebu jer. Itu yang terbuka hati (ewah...ewah...!) nak buat pankek jugak. Hasrat dah tercapai...perut pun masih kenyang. Saya buat 4 keping jer, separuh adunan dari resepi Yatie. Dua keping saya lapiskan dan potong 4. Dua keping yang plain, Adik yang makan. Blurrrppp...alhamdulillah!!!! Tak perlu lagi makan tengahari ni....




4 comments:

Yatie said...

Salam Kak Ita, wow nmpk sedaplah pancake tu...cantikkan bersarang...nak rasa sikit...ada lagi ke...mesti dah abes ni...

Azita Zain said...

yatie, tepat sekali tekaanmu...memang dah abis!!! buat pun separuh adunan dari yatie punya tu. dapat le 4 keping jer..

Unknown said...

salam Azita...happy birthday buat abang ngah..semuga beliau berjaya di dunia dan di akhirat.

pancake ni memang nampak gebus

Azita Zain said...

terima kasih kak ina...

pankek tu mmg gebu. saya ambik resepi dari rumah yatie (yatiememories)...