Tak habis lagi cerita hari Sabtu ni. Memang semalam amat sibuk. Penat badan. Dari cerita Adik ke Tropical Village, kemudian pertandingan kompang dan selawat, sekarang ni cerita pasal F1 ni pulak. Teruja tak korang semua nak mencuba memandu kereta ni? Kereta ini ada tersadai di ruang legar Pusat Bandar Pasir Gudang sekarang ni. Sapa2 yang nak tengok ke, nak pegang2 ker, nak posing2 dengan kereta ni ke... datanglah ke Pusat Bandar Ahad ni (pagi ni la...sebab sekarang pun dah masuk hari Ahad). Saya shoot (ye bebeno jer bunyinya...) kereta ni masa sibuk2 kat pertandingan kompang selawat tu.
Cuaca hari ini memang amat cerah. Tapi...air yang tenang jangan disangka tak ada buaya ya! Apa kaitan buaya pulak dengan gambar awan kat atas tu? Fenin??? Yalah...jangan sangka langit terang-benderang, hujan tidak akan turun! Sebabnya, hujan lebat turun pada sebelah petang tu...! Memang lebat... Dan masa itulah saya pun ter-zzzzzzzzzzzzzzzzzz..... Penat oiiiii...!
Kain rentang yang ada di depan PB sekarang. Cantik pulak kain rentang ni...!
Belon ni pulak sebenarnya di depan pintu masuk stesen Petronas yang baru dibuka di Jalan Bandar (sebelah Shell, depan SMKPG1). Balik dari ambil Adik petang tadi, singgah Petronas ni untuk isi minyak. Adik dapat ole2 - 3 bungkusan gula2. Lepas tu suruh hubby berhenti betul2 depan pinta masuk Kedai Mesra ni, nak amik gambar belon ni.
McDonald's ni pulak bersebelahan dengan Kedai Mesra. Dah berhenti depan tu tadi, snap sekali belon kat McD ni...
Ini pulak ialah Kek Lapis Pandan Chocberry. Sedap!!! Harga yang ditawarkan kepada saya pun amat memuaskan hati. Saya minta Ima (http://mawarmerah7.blogspot.com/ @ Iklima Yusoff di FB) untuk buatkan, saja2 nak makan2 sendiri. Lepas jemput Abang Yang dari sekolah tadi, saya terus memandu ke Taman Mawar (Jalan Mawar 60) menuju ke rumah Ima. Tapi tak sempat nak berborak lama sebabnya Abang Yang ada latihan kawad pada jam 2:30 petang. Masa tu dah jam 2:00 petang. Kecil molek aje si Ima ni. Inilah baru pertama kali bersua muka dengan Ima. Selama hari ini setakat sembang2 kat dunia siber aje... Sempat juga saya merisik macamana Ina buat kek lapis ni. Menambahkan ilmu pengetahuan....! Terima kasih daun keladi Ima.....!!!!
Ini pulak cerita pasal cheese tart ni. Blueberry Cheese Tart ni special delivery dari Seroja Kitchen. Saya order dengan Am sebanyak 60 biji. Amboi...banyaknya ye!!! Itupun tak cukup nanti. Tunggulah siang nanti, mesti berebut2. Janji nak jumpa Am siang2 tadi tapi ada pulak aral yang melintang. Pertemuan dan penghantaran telah ditunda hingga selepas Isyak malam tadi. Penghantaran hingga ke dalam rumah tau! Bukan setakat depan pintu jer... Am datang ke Taman Pasir Putih ni untuk ke rumah sepupunya di Jalan Asli. Itu yang dia hantar sekali cistat ni. Bukan setakat cistat saja yang saya dapat tau...!!! Saya dapat yang bawah ni jugak.....
Am kata yang ini untuk jamah-jamah. Mana boleh jamah2 jer Am...mesti makan terus!!! Ni panggil apa ya Am? Talam kacang merah kan? Belum jamah lagi sebab malam tadi mengadap cistat dan kek lapis sambil menghirup kopi tangkat ali dan kopi kacip fatimah...! Aku bersama suamiku....
Ini pun pertemuan yang pertama saya dan Am. Sama macam Ima jugak, sebelum asyik berbual dan berceloteh di alam siber jer. Am datang bersama anak2 dan suaminya. Hubby Am sempat jugaklah bersalaman dengan hubby saya. Dua orang puteri Am pun sempat jugaklah menjejakkan kaki ke dalam rumah saya. Tap itak sempat nak duduk2 pun...berbual dengan Am pun sambil berdiri je. Isshhhh....tak patutnya saya ni ye. Tapi Am sebenarnya mengejar masa. Lepas ke rumah sepupu dia, kalau sempat nak balik ke kampung hubbynya di Muar. Kalau sempatlah! Hubby Am orang Muar...hubby saya pun Muar jugak! Walaupun baru pertama kali bertemu tapi rasa macam dah kenal lama sebab kami bercakap tak henti2. Kalau ada banyak masa, mesti lagi panjang celoteh kami.
Terima kasih Am sebab hantar cistat tu sampai dalam rumah!!! Hehehehe...
1 comment:
salam kak ita...
ni promosi nak dapatkan diskaun ke...hahaha
sedap ekk,alhamdulillah...risau gak takut tak sedap,maklumlah kak ita ni kan pakar masakan hehehe...
Post a Comment