Tuesday, March 12, 2013

AJK PIBG Sesi 2013/2014 Dan Cabutan Bertuah



Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua. Entry sebelum ini adalah pasal mesyuarat agung PIBG SKTPP untuk kali yang ke-11. Bila tiba mesyuarat agung, biasalah...ada pembentangan lapuran aktiviti, lapuran kewangan, pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembubaran AJK semasa dan juga pemilihan AJK yang baru.

Semasa pemilihan AJK Sesi 2013/2014 dibuat, kami, AJK Ibubapa bagi Sesi 2012/2013 telah dilantik semula sebagai AJK Ibubapa bagi Sesi 2013/2014 dengan penambahan seramai 3 orang AJK baru iaitu En Adam bin Basri, Puan Safizi binti Ghafar dan Puan Shamsiah binti Samad. Manakala YDP pula telah disandang oleh En. Harun. En. Jasman kekal sebagai Naib YDP setelah menang dengan undian sebanyak 67 berbanding dengan saya yang hanya emndapat 20 undian. Sebenarnya saya terkejut bila dicalonkan untuk menjawat jawatan Naib YDP. Belum pernah ada seorang wanita pun yang tercalon sebelum ini untuk jawatan YDP dan Naib YDP...

Majlis pagi itu dimulakan dengan Anugerah Cemerlang kepada pelajar2 cemerlang UPSR 2012. Diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Alhamdulillah, kami telah diberi sebuah buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru.



Semasa pendaftaran kehadiran, setiap ibubapa diberikan buku lapuran beserta nombor cabutan bertuah masing2 yang telah ditulis di sudut kanan buku tersebut. Alhamdulillah...nombor 8 turut tercabut untuk menerima hadiah cabutan tersebut. Dan hadiahnya ialah sebuah jam dinding dengan rekabentuk dalaman yang melambangkan logo sekolah dan PIBG SKTPP.
  

Alhamdulillah...!

Monday, March 11, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Dan Majlis Anugerah Cemerlang SKTPP



Alhamdulillah. Selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 dan juga Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTPP. Majlis tersebut telah dijalankan pagi semalam bermula seawal jam 7:15 pagi. Dan sebagai salah seorang AJK Ibubapa, saya turut hadir ke sekolah seawal jam 7:20 pagi. Pendaftaran murid2 dan juga ibubapa dijalankan dari jam 7:15 pagi hingga jam 8:00 pagi sebelum ketibaan tetamu jemputan khas. Pendaftaran dibahagikan kepada 3 bahagian - penerima anugerah UPSR 5A dan 4A, penerima anugerah kecemerlangan Pendidikan Khas, Tahun 1 ~ Tahun 6 dan juga pendaftaran kehadiran ibubapa. Semasa pendaftaran ibubapa, mereka diberikan buku lapuran mesyuarat yang turut disertakan nombor untuk cabutan bertuah.

Majlis pagi tadi sepatutnya dirasmikan oleh Puan Hajah Fatimah binti Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang tetapi beliau telah diwakilkan oleh Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman. Menurut kata Tuan Haji Mohd Shah, Puan Hajah Fatimah tidak dapat hadir kerana menguruskan majlis majlis perkahwinan anak beliau. Kedatangan Tuan Haji Mohd Shah telah disambut oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Rosyati binti Jani, YDP PIBG En. Suhaimi bin Suhir beserta AJK-AJK PIBG yang lain dengan paluan kompang yang dipimpin oleh Cikgu Nukman.


  

Kumpul;an kompang di bawah pimpinan Cikgu Nukman.

 Sebahagian daripada barisan AJK Ibubapa...


 Kehadiran ibubapa amatlah membanggakan kerana memenuhi segenap ruang Dewan Warisan, malah ada dianatara mereka yang terpaksa duduk di kaki lima dewan. Alhamdulillah.

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa...

 Ucapan aluan daripada YDP PIBG, En Suhaimi bin Suhir.

 Ucapan aluan daripada Puan Hajah Rosyati binti Jani, Guru Besar SKTPP.

Ucapan aluan dan perasamian oleh wakil PPD, Tuan Haji Mohd Shah bin Jasman.

Selesai majlis perasmian oleh wakil PPD, majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh pelajar2 Tahun 5.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar2 yang telah berjaya di dalam UPSR mereka pada tahun 2012 yang lalu. Seramai 49 orang telah mendapat keputusan 5A dan 36 orang telah mendapat 4A di dalam peperiksaan UPSR 2012 yang lalu. Pencapaian tertinggi di SKTPP... Alhamdulillah dan tahniah kepada anak2 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Di samping itu, diadakan juga mjlis penyampaian hadi kecemerlangan kepada pelajar2 bagi Pendidikan Khas dan Tahun 1 hingga Tahun 6. Bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 2012, pencapaian mereka diukur berasaskan pencapaian mereka di dalam setiap matapelajaran teras - mengikut pencapaian di dalam sistem KSSR. Manakala untuk pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 2012 pula, mereka dinilai berdasarkan kedudukan mereka di dalam kelas selepas peperiksaan akhir tahun - iaitu mengikut ranking 1, 2 dan 3. Seramai 163 orang pelajar Tahun 1 ~ Tahun 6 dan seramai 18 orang pelajar Pendidikan Khas telah menerima anugerah masing2 di majlis tersebut. Bukan sikit2 penerima anugerah kali ini. Lenguh jugak tangan nak pegang kamera untuk merakamkan detik2 kegembiraan mereka. 

Saya ni memang suka "tangkap gambar"...jurukamera yang tak bertauliah. Jom layan gambar2 penerima anugerah untuk UPSR 2012 - 5A dan 4A - yang telah disampikan oleh wakil PPD :









Selepas penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang UPSR, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Gambar diri sendiri sebagai penerima cenderhati ni tak ada sebab sendiri yang jadi jurukamera. Kalau ada pun, di dalam kamera cikgu lain....
 Puan Rosyati, En. Suhaimi, En. Jasman, Cikgu Saiful.
 Cikgu Dayang, Cikgu Nora, Cikgu Mustakim, Cikgu Firdaus.
En Jamnan, En Samsaidi, En Ungku Shaharudin, En Mukri, En Syed Zainal Abidin

Setelah itu tetamu kehormat bersama AJK PIBG dan guru2 yang berkaitan telah dibawa ke bilik rehat untuk menjamu selera - tapi saya tidak turut serta sebab sibuk snap sana snap sini.... Dalam masa yang sama, majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid2 prasekolah dibawah pimpinan CIkgu Mustakim.
Persembahan ini memang amat mengujakan dan menghiburkan. Comel2 sesangat anak2 kecil ni. Molek2 jer... Penuh ceria mereka membuat persembahan tersebut.

Tengoklah gelagat ibubapa yang mearkamkan persembahan anak2 mereka...macam2 pesen!

Majlis penyampaian anugerah kepada pelajar2 cemerlang yang lain bagi Tahun 2012 diteruskan dengan dimulai dengan Pendidikan Khas, Tahun 1 & 2, dan Tahun 3 hingga Tahun 6...










Untuk menggalakkan kehadiran ibubapa, cabutan bertuah juga turut diadakan. Banyak juga hadiah yang disediakan. Dan alhamdulillah...saya pun turut bertuah semalam sebab dapat juga hadiah cabutan bertuah tersebut. Ini adalah diantara penerima terawal cabutan bertuah tersebut :

Dan yang ini pula ialah 4 terakhir. Hadiah utama ialah sebuah basikal yang telah dimenangi oleh Puan Fadzilah...

Majlis berakhir sekitar jam 12:30 tengahari.

Thursday, March 7, 2013

Udang Goreng Kunyit Daun Kari



Aikkk...menu udang lagi? Hehehe...aritu di lemakkan, kali ini digorengkan aje pulak. Macam2 kita boleh buat dengan udang ni. Nak digulai ke, dikukus ke, dipanggang ke, digoreng ke, disaladkan ke...macam2 lagilah! Tepuk dada tanya selera nak makan apa...

Kali ini udang goreng kunyit dengan daun kari aje. Senang dan ringkas aje. Perap dalam 10 minit je, lepas tu terus goreng. Menggoreng pun tak sampai 5 minit dah siap. Janji diorang makan sampai habis. Yang paling suka makan udang ialah Adik. Abang Ngah tak boleh makan udang...gatal katanya. Hubby pun tak boleh makan sebab ada gout. So...memang rezeki Adiklah ni! Saya pulak...kalau ada saya makan, kalau tak ada tidaklah menjadi masalah... Makan pun setakat 3,4 ekor aje.


UDANG GORENG KUNYIT DAUN KARI

Bahan-bahan :

  • 500gm udang - dapat yang besar lagi best
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan, kecuali daun kari dan minyak masak, bersama dengan udang dan perap sekejap - dalam 10 minit.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan udang tadi dan goreng hingga warna udang bertukar ke warna kemerah-merahan sambil dikacau.
  4. Masukkan daun kari dan kacau rata. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Senang, ringkas dan sedap. Tak sampai 10 minit dah terhidang di atas meja makan. Selamat mencuba!

Wednesday, March 6, 2013

Udang Masak Lemak Cekur Dan Cili Kering



Sedap wooo udang masak lemak cili kering ni! Dengan kuahnya yang pekat dan memang secukup rasa!!! Perghhh...tak nampak dah kalau suami lalu kat belakang! Kena pulak dapat udang yang besar-besar...

Saya suka menggukan cili kering yang ditumbuk sendiri untuk membuat masak lemak begini. Resepi ini boleh kita pelbagaikan selain daripada untuk memasak udang. Ianya boleh juga digunakan untuk memasak kacang panjang ataupun kacang buncis dan dicampur dengan kerang ataupun udang. Emak saya kata, kuahnya ni "embe-embe" aje. Maksudnya, kuahnya pekat dan sedikit sahaja dan secukup rasa. Paling penting ialah penggunaan santan segar. Gerenti menjilat mangkuk ataupun pinggan!


UDANG MASAK LEMAK CEKUR DAN CILI KERING

Bahan-bahan :
  • 15 ekor udang yang agak besar - 
  • 7 batang cili kering - potong kecil2 dan rendam
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 inci isi cekur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji kelapa parut - campurkan dengan 1 cawan air dan dikisar, perah untuk dapatkan santannya
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • Perisa secukupnya
Cara-caranya :
  1. Tumbuk cili kering yang telah direndam bersama dengan garam hingga lumat.
  2. Masukkan bawang yang telah dihiris dan isi cekur dan tumbuk lagi. 
  3. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk ini ke dalam periuk. 
  4. Masukkan semua bahan2 lain kecuali udang dan masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Pastikan hingga tidak sampai pecah minyak. 
  5. Masaklah sehingga kuahnya memekat sambil dikacau. Perasakan masin manisnya secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata2. Selepas dimasukkan udang, jangan masak terlalu lama. Cukup sekadar dalam 2-3 minit sahaja.