Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Sabtu lepas merupakan hari yang amat sibuk untuk diri saya dan juga keluarga. Mana tidaknya...sudahlah badan saya tidak sihat tapi jadual untuk hari tu penuh. Kalau tidak dipenuhi, sayang pulak. Saya kuatkan hati dan tekad untuk memenuhi semuanya...
Pagi Sabtu lepas, anak2 semuanya ada aktiviti masing2. Ayong ada kelas tambahan di sekolah di sebelah pagi, sebelah petang pulak ada latihan pancaragam di stadium. Abang Ngah pulak ada Kursus Ketua dan Penolong Kelas di sekolah. Sebelah petang dia tak ada program apa2. Abang Yang....orang yang paling sibuk. Pagi ada latihan kkompang hingga jam 10.00 pagi, disambung dengan "group study" di rumah kawan di Nusa Damai. Dia pergi bersama kawannya yang dihantar oleh ayahnya. Terima kasih ya kerana menumpang anak saya... Jam 2:00 petang pulak ada latihan kawad kaki di sekolah hingga jam 6:00 petang.
Saya pulak.... Sebelah pagi saya ke kelas agama di Masjid An-Nur Pusat Bandar hingga jam 11:00 pagi. Selepas tu ke rumah jiran, ada gotong-royong memasak untuk majlis pada sebelah petangnya. Jam 1:00 tengahari baru balik. Nasib baik hubby tidak bekerja. Walaupun tidak bekerja, telefon tidak berhenti2 berbunyi. Ada sahaja panggilan dari tempat kerja. Ikutkan hubby, dia kena pergi kerja jugak sebab ada masalah pada thermopac di kilang tu. Tapi demi tanggungjawab kepada keluarga juga, hubby tidak jadi nak pergi. Since hubby tidak dapat pergi, dia cuma monitor dan tolong dari segi mengagihkan kerja2 kepada mereka2 yang berkaitan termasuk para pembekal (suppliers).
Pagi2 hubby dah pergi menghantar Abang Ngah dan Ayong ke sekolah. Abang Yang pergi ke sekolah dengan basikal sebab nanti senang dia nak balik. Jam 8:30 pagi pulak hantar saya ke Pusat Bandar. Tinggallah hubby dan Adik sahaja di rumah. Alhamdulillah...hubby memang ringan tulang. Semasa di rumah, hubby tidak duduk diam sahaja. Semua kerja2 rumah hubby yang buat - membasuh dan ampai baju, mengemas dan lain2. Syukur kepadaNya kerana mendapat hubby sebegitu!
Jam 2:00 petang, saya ada Majlis Akhwatul Muslimah di rumah jiran berdekatan (yang saya tolong memasak pagi tu..!). Majlis bermula jam 2:15 petang dan berakhir jam 4:30 petang. Sampai sahaja ke rumah, saya sedikit terkejut sebab rumah senyap sunyi sahaja. Bila saya beri salam dan buka pintu, saya lihat hubby sedang MENGECAT...!!! Ya Allah...rajinnya hubby ku ini! Masa tu Adik dan Abang Ngah ada di bilik atas. Patutlah senyap jer... Selepas tu saya pun meringankan tulang untuk mengecat bersama2 hubby. Kami sama2 mengecat siling dahulu. Warna cat pilihan hubby ialah PUTIH. Sebelum ini warna siling kami ialah OREN. Jauh lari, kan??? Katanya nak melapangkan minda dengan warna putih tu... Mana2lah....asalkan kami bahagia!
Warna asal siling ialah oren, ditukar ke putih...dalam proses mengecat ni...!
Yang ni siling yang dah siap dicat putih. Yang kuning ialah bahagian dinding...projek untuk hari Ahad...!
Sebahagian dinding diwarnakan dengan purple dan kuning. Pagi Ahad projek menukar warna dinding ni pulak... Saja hubby tulis dengan cat putih nama dia di dinding. Adik turun je terkejut tengok dinding kena conteng. Selalunya dia yang jadi tukang conteng tapi kali ini abahnya pulak yang mennyonteng..
Jam 5:00 petang, saya pergi menjemput Ayong balik dari latihan pancaragam di stadium. Lepas tu sambung lagi mengecat hinggalah ke waktu Maghrib. Alhamdulillah...selesai mengecat siling. Tapi rumah kami biarkan dalam keadaan tidak tersusun lagi sebab pagi Ahad akan sambung kerja cat-mengecat di bahagian dinding pulak. Sekadar kemaskan di bahagain depan tv sahaja. Penatnya....!
No comments:
Post a Comment