Wednesday, December 9, 2009

Makan2 Hari Jumaat

Makan lagi!!!! Ini pulak menu untuk Jumaat lepas. Pagi2 saya masak Nasi Goreng Kicap aje. Senang sangat nak buatnya...main campak2 aje. Selalu tu buat nasi goreng kosong aje, baru kali ini mencuba yang berkicap. Sedap pulak kata anak2. Mana taknya...tak pernah buat sebelum ni. Itulah anak2....setiap menu tu tak boleh buat selalu. Kena buat jarang2...barulah laku dan abis!!!




Daging korban masih ada 2kg lagi. Jadinya untuk makan tengahari Jumaat lepas, saya masak Kari Daging Kerisik. Selalunya, emak saya suka masak macam gini masa hari raya. Sedap dimakan dengan lemang selain dengan rendang. Ini pun senang jugak nak membuatnya. Sama juga macam nak masak kari biasa tu. Bezanya cuma kita campurkan kerisik bersama rempah kari dan kuahnya mesti pekat2. Baru sedap!!!!




Yang ini pulak saya yang teringin! Tapi sebab tak sabar punya pasal, jadilah Puteri Ayu yang tidak ayu ni. Apa2pun, rasanya tetap mabeles...! Abis gak makan dengan anak2. Setiap kali siap mengukus, mesti abis dek anak2. Sudah2nya, saya ngap je masa mengeluarkannya daripada acuan. Kalau tak buat macam tu, kempunan jugaklah saya!!!




Dan lagi2 Kuih Bakar. Pagi2 lagi saya dah membakar kuih ni. Teringin jugak lagi! Isshhhh...asyik teringin je semenjak dua menjak ni. Ikutkan baru beberapa hari sebelumnya saya dah bakar kuih ni juga. Macam2 menu bermain dikepala, menunggu masa je! Puteri Ayu dan Kuih Bakar ni sebagai juadah minum petang kami.



Makan2 Hari Khamis

Apa nak jadi dengan rumah saya ni???? Asyik tayang gambar makanan jer!!! Pulak tu, semuanya yang dah basi...! Dah le rumah ni dekat2 nak bersawang... tiba2 tayang pulak gambar makan2! Ishhkkk...biar betul! Betul3x...! Tak salah pandang wahai pengunjung sekalian. Memang saya sedang menayangkan menu2 saya yang lepas2. Dah tak online hari2 sebab anak2 tengah bercuti...sibuknya lain macam sikit....heheehe!


Mula2 nak tayang menu sarapan Khamis lepas (bukan Khamis akan datang ye...!). Sandwich telur campur mayonis, lepas tu bakar guna sandwich toaster.



Lepas tu ada jugak Ubikayu Lenyek. Ada sapa2 yang tau nama resepi ni tak? Alaaa.....macam nak buat Ubi Getuk tu (menu orang Johor @ orang Jawa....) cumanya versi tak digoreng. Potong2 ubikayu tu, lepas tu direbus hingga empuk. Toskan airnya dan lenyekkan dengan garfu ke, senduk ke...hingga lenyek. Lepas tu campurkan gula secukup rasa dan juga kelapa parut. Kacau hingga gula hancur. Gula tu senang nak hancur kalau kita lenyek masa tengah panas lagi. Cam gitu je nak buatnya...
   



Kalau dua hari sebelum tu, makan tengahari dengan Laksa Penang, kali ini dengan KFC pulak. Saya beli yang set ayam 9 ketul tu je. Nasib baik ada bahagian paha. Adik kalau makan ayam, dia mesti nak KEPAK. Tapi kalau bagi kepak ayam, dia tak nak makan. Dia kata nak bahagian yang boleh pegang cam gini tu (dia tunjukkanlah aksinya...). Rupa2 bukan kepak tapi PAHA..!!! Isshhhh...sapa yang ngajo dia ni???




Sebelah petang pulak, baki Ubikayu Lenyek pagi tu, saya bola2kan pulak. Lepas tu celup dalam bancuhan tepung dan goreng. Maka, jadilah Ubikayu Balls!!! Ada jugak keropok bawang warna-warni. Saya goreng sekali. Abis...!!!




Laksa Penang, Ubikayu Dan Bingka



Hari Selasa minggu lepas punya menu ni! Adui...baru sekarang nak cerita ke?? Tak apa la...walaupun dan menjadi 'darah daging', tetap nak tayang kat sini jugak. Hmmm...hari2 makan nasi, jemu jugak. Anak2 pun memang suka makan laksa ni terutamanya hero2 tu. Slurppp...slurppp...menghirup kuah laksa! Adik pulak sekadar makan laksa dengan telur gaul dengan kicap. Dah suruh hubby belikan ikan kembung 2 hari sebelumnya, adalah dalam 5 ekor. Saya suka gunakan ikan kembung untuk buat kuahnya tapi ada jugak orang yang suka gunakan ikan selayang dan ikan sadin. Terpulanglah kepada selera masaing2. Nak gunakan ikan jerung pun boleh!!!

Malam sebelumnya tu pulak, saya macam TERINGIN nak makan Kuih Bakar ni. Memang kegemaran saya sebab rasanya yang lemak2, lembut je dikunyah. Nak buatnya bukanlah payah mana pun. Pergi je ke dapur, masakkan semua bahan ke dalam mangkuk dan mix sekejap. Nak gunakan blender pun boleh! Lepas tu panaskan loyang yang disapu dengan sikit mentega @ minyak @ marjerin, lepas tu tuang kan adunan dan bakar. Kalau suka bolehlah tabur bijan sebelum dibakar. Bakarlah hingga garing ke, hangus ke...terpulang kepada selera masing2. Saya suka yang garing2 gitu!




Ari tu, Kak Intan "menunjuk2kan" hasil2 yang dibawa balik dari kampung. Diantarnya ialah ubikayu. Lepas tu saya pun sibuk jugak mencari ubikayu. Saya beli ubikayu ni masa pergi Econsave membeli barang dapur ari tu. Saya beli tak banyak pun, sekadar 3 ketul jer. Itu yang saya goreng seketul pada sebelah petang tu. Sekadar goreng kunyit aje....potong2 ubikayu tu, gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng. Siap!


Cream Puff Jagung



Permintaan Adik bila dia nampak gambar ni masa tengok belek2 gambar kat komputer. Saya memang ada kumpul beberapa resepi cream puff ni. Kali ini saya gunakan resepi Zaliana. Saya mbil resepi ni dari MyResipi. Pernah juga buat cream puff ni gunakan resepi Yani, juga dari MyResipi. Kalau buat puff ni, memang tak cukup2 sebab anak2 suka makan. Nasib baik sempat simpan sikit untuk hubby, kalau tidak tentu hubby tak merasa puff ni. Dah habis dimakan, Adik siap tanya lagi samada ada lagi ataupun tidak. Kesian Adik! Tak cukup le tu...! Intinya saya masukkan ke dalam piping bag sebelum dipicitkan ke dalam puff tu. Jadinya, anak2 teruna saya tu masing2 berebut nak picitkan. Selalu tu saya gunakan sudu kecil je. Guna piping bag lagi senang... Errr....ini sebenarnya adalah juadah minum petang kami minggu lepas. Dah tinggal kenangan jer...!



Tuesday, December 1, 2009

Ngeteh Di Petang Ahad

Hari Ahad lepas Ayong ada latihan pancaragam lagi. Sebenarnya latihan tu dalam 3 hari bermula dari Sabtu hingga Isnin, dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Ahad lepas hubby kena pergi kerja sebab ada machine problem dan boss hubby pulak suruh dia compile report investment for next year. Chairman is coming on 2nd December so they have to present that report.

Hubby balik dalam pukul 3:00 petang. Mula2 kami rancang nak pergi ke majlis perkahwinan rakan sekerja hubby di Pagoh. Kedua2 mempelai adalah kakitangan tempat kerja hubby, pengantin perempuan di HR Department manakala pengantin lelaki pulak kat GA (General Affair) Department. Mintak maaflah pada kedua2 pengantin (Nurul dan Farissan) sebab tak dapat nak menghadiri majlis tersebut.

Semasa hubby nak pergi jemput Ayong, kami semua ikut sekali. Alang2 dah semua ada, saya ajak hubby gi minum kat mana2. Mula2 hubby pusing di Taman Mawar tapi kedai yang dia target tu tutup pulak. Then kami menghala ke Taman Bukit Dahlia pulak. Kat situ ada sebuah restoran tapi saya ingat2 lupa pulak namanya. Kalau tak silap, Restoran Tirmizi....kalau tak silaplah! Kami singgah kat situ....kali pertama ke situ. Masing2 mengorder roti canai dan teh tarik. Adik dan Abang Yang order roti telur dan  yang lain2 sekadar roti kosong TAPI 2 keping sorang!!!!



Roti kosong saya punya...!



Teh tarik...



Roti telur Adik punya...!



Ayong, Abang Yang dan Abang Ngah kat meja sebelah...



Portion hubby dah abis...!



Adik...!

Monday, November 30, 2009

Gambar Kelas Adik

Gambar kelas Adik di Tadika Pintar Bistari, Kelas 5 Berjaya. Mana Adik? Berdiri di kanan sekali...!

Karipap Tak Pusing


Kalau sebelum ni saya buat entry pasal karipap pusing, kali ini pulak cerita pasal karipap tak pusing. Kenapa tak pusing? Sebab karipap tu memang tak boleh berpusing kecuali kita yang pusingkan. Isshhh..berpusing2 pulak kenyataan ni...pening! Memandangkan anak2 berebut dengan karipap pusing Cikgu Shikin ari tu, keeseokan harinya saya buat karipap tak pusing ni pulak. Intinya ialah kentang manakala dohnya pulak saya ikut cara biras saya kat Muar tu. Tepung gandum digaul bersama dengan minyak hingga boleh dikepal sebelum diuli dengan air bercampur garam hingga tidak melekat di tangan. Lepas tu bulat2kan kecil2 sebelum dicanai dan dibentuk. Lepas tu digoreng dengan api yang perlahan untuk elakkan kulitnya dari mengelembung. Khas untuk Adik, saya buatkan karipap yang tidak berinti.

Bihun ni ialah juadah sarapan kami pada hari yang sama...


Dan tumis sadin sebagai lauk untuk makan tengahari...

Karipap Pusing


Sedap pulak karipap ni...! Rangup je kulitnya! Adik cukup suka tapi yang menjadi masalahnya ialah saya kena keluarkan "isi perut" karipap tu dulu sebelum dimakan oleh Adik. Sebenarnya karipap ni diberi oleh Cikgu Shikin, jiran sebelah rumah saya. Biasalah...kalau bendanya sikit, mesti berebut2. Kalau banyak tu, buat derk jer.... Itulah anak2...!

Kereta Berasap!


Selepas je kami minum petang tu, tiba2 terdengar bunyi pembesar suara di jalan. Ingatkan lori "suratkhabar lamaaaa, komputer, besi buruk, bla...bla...bla.." ataupun lori "tilam...tilam...! tilam lama tukar baruuuu!!!!" Tapi rupa2nya pengumuman tentang proses penyemburan asap untuk menghalau @ membunuh nyamuk. Katanya semua penghuni diminta untuk keluar dari rumah, tutup semua tingkap dan makanan dan biarkan pintu terbuka. Waktu tu dah jam 6:50 petang. Dah nak masuk waktu maghrib... Malas le kami nak keluar rumah maghrib2 ni. Saya dan anak2 pun berkurung je kat dalam rumah. Masa tu hubby belum balik kerja lagi. Bila dengar je orang tu menyembur asap kat depan rumah, anak2 sibuk nak mengintai. Saya larang sebab nanti penuh lak asap dalam rumah dan mereka pulak yang menghidu asap tu nanti. Tapi sempat gak saya curi2 snap gambar "kereta berasap" ni....!

Masih Mood Raya Kot!

Agaknya masih ada mood raya haji le ni! Itu sebab masih lagi memasak dengan hidangan ala2 raya gitu.... Ye ke? Tak de lah! Saja je nak masak rendang dengan daging korban yang masih segar ni. Tak perlu nak duduk atas api lama2.... Maklumlah....daging fresh! Lepas tu ada pulak baki pulut masa masak pulut kuning hari tu. Saya kukuskan juga. Dapat le semangkuk kecil je... Lepas tu ada pulak cream cheese yang dah nak expired! Resepi paling senang ialah Cheese Cake ni. Campurkan semua bahan dan pukul je sampai kembang. Lepas tu bakar....siap! Tapi disebabkan guna loyang yang agak besar, dapat nipis je keknya.