Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malam semalam hubby balik lewat sikit. Ingatkan ada machine breakdown lagi, rupa2nya hubby ke pasar. Balik dengan 4 beg plastik. Ada ikan2, ayam dan sayur2an. Hmmm...terpukul sikit rasanya sebab petiais tu memang dah lapang. Sayur2 tu masih ada sikit, lauk pulak cuma tinggal sotong sahaja. Itulah hubbyku...kadang2 balik kerja terus singgah ke pasar membeli lauk-pauk dan sayur2an. Biasanya, kalau stok dah habis, saya cuma beli sikit2 saja di kedai berhampiran. Memang tidak banyak pilihan tapi cukuplah untuk juadah hari itu.
Memandangkan hubby dah beli 2 ekor ikan kayu (ikan tongkol...) dan kelapa parut, makanya semalam saya masak Rendang Pedas Ikan Kayu sebagai lauk untuk makan tengahari dan makan malam. Alhamdulillah...rendang juga merupakan kegemaran anak2 dan hubby. So...selamat dah rendang saya tu...!
Rendang Pedas Ikan Kayu...
Tempahan cuppies ni pulak saya dah terima seminggu yang lepas. Tempahan dari teman di Selasih Pulau untuk hubbynya yang menyambut ulangtahun kelahiran semalam (14hb. April). Dia request tema hijau dan putih dengan deco yang ringkas. Sebelum ni beliau juga pernah tempah cuppies dan apam comel untuk birthday anaknya yang pertama. Thanks for repeating order ya...!
Cuppies : Chocolate
Qty : 16 pcs
Deco : Buttercream + gumpaste
No comments:
Post a Comment