Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua tetamu. Kenapa juadah semalam? Kenapa bukan juadah hari ini? Sebab....ini semua adalah juadah semalam. Juadah hari ini belum lagi. Sekarang ni...waktu ini dan ketika ini, dah masuk hari baru. Hari Sabtu. Dah hampir jam 1:00 pagi. Juadah2 di bawah ini adalah juadah hari Jumaat. Itu sebabnya Juadah Semalam...
Apam Beras ataupun Apam Tepung Beras ataupun Apam Nasi. Ketiga2 adalah sama. Ketiga2nya menggunakan nasi sebagai salah satu bahan dalam adunannya. Bahan2nya mudah sangat. Nak buatnya pun senang aje. Malas ataupun rajin je persoalannya. Kalau rajin, menjadilah apam ni. Kalau kurang rajin, tengok2 ajelah kat blog orang lain...hehehe. Saya ni pun dah lama teringin nak buat apam ni tapi baru hari ini sampai angin rajinnya. Sebelum ni pun terjenguk2 kat blog orang2 yang rajin mengapam... Saya buat dengan pilihan 3 warna yang saya celorengkan serba sikit. Saja2 jer nak tunjuk terror yang tak seberapa ni....
Ini pulak ada cerita tragis disebaliknya. Semalam kan ker hari Jumaat. Jadinya segala persiapan untuk memasak perlu dilakukan cepat dari hari2 biasa. Selepas aje Adik ke sekolah, saya terus ke dapur. Menyinsing lengan baju semestinya...sebab lengan baju panjang hari ni! Kalau tak disingsing, payah pulak nak buat kerja, kan! Saya pun capai telur ayam gred B 6 biji lalu saya masukkan ke dalam periuk dan diisi dengan air secukupnya. Kemudian saya tenggekkan di atas dapur. At the same time (speaking ler pulak...!), saya menyediakan segala bahan2 lain yang perlu seperti bawang2, lada, ikan bilis, rempah-ratus. Dalam kepala ni memang dah BERNIAT nak masak KURMA TELUR. Dan terbayang2 pun! Lama dah tak pekena kurma rasanya. Jadinya segala mcam persiapan (macam ler susah sangat ye...!) dah saya sediakan. Tibalah masa untuk membancuh pes kurma.
Geledah punya geledah, cari punya carik, selongkar punya selongkar.... mana laaaaa perginya rempah kurma ni??? Aduiiiii yaiiii...tak ada stok ler pulak!! Yang ada ialah rempah sup, rempah kari ikan dan rempah kari ayam. Telur dah dah siap direbus tadi dah saya kupas dan dah digoreng bulat2. Tak kan ler nak diSUPkan telur bulat2 tu? Macam tak pernah dibuat orang jerrrr! Akhirnya....jadilah KARI TELUR BULAT2 (sebarang jer bagi nama ya...!).
Kobis goreng ikan bilis sebagai kawan kepada kari telur tadi...
3 comments:
salam kak ita, lauk mcm ni pun sedap...yatie kalau masak campur bahan itu dan ini gak...sedap juga...kecur pulak tngk kari telur tu...
yatie, sebenarnya tengah "darurat" tu. stok lauk dlm esbok dah tak ada...hehehe
darurat pun sedap...telur dan sardinlah penyelamat masa darurat...makin bertambah2 nasi di buatnya...
Post a Comment