Saturday, January 30, 2010

Selamat Melahirkan Putera LOKMAN


Saya telah selamat melahirkan seorang putera pada 28hb Januari yang lepas pada jam 11:50 pagi. Putera ini diberi nama LOKMAN. Dilahirkan seberat 3.8kg di Hospital Pakar Muar. Alhamdulillah...!!! Moga LOKMAN akan menjadi seorang anak yang soleh...InsyaAllah!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Bukan saya yang bersalinlah!!!! Tak mengandung macamana nak bersalin? Bersalin baju adalah! Ini sebenarnya anak sedara saya... Anak Pak Andak yang kahwin bulan Mac 2009 lepas. Pak Andak ni adik hubby... OK???? Anak sulung Pak Andak. Mesti Pak Andak happy sakan sebab umur Pak Andak dah 39 baru dapat seorang baby. Mak Andak pulak muda 20 tahun dari Pak Andak. Tak percaya??? Percayalahhhhhhh............!!!!!


Ini gambar masa hari persandingan Pak Andak danMak Andak hampir setahun yang lalu...

 

Cerita Pasal Makan Lagi...

Salam petang Sabtu. Kejap je dah sampai hari Sabtu. Hari Sabtu pun dah tinggal 1/4 jer lagi. Esok dah hari Ahad. Esok ada jemputan ke rumah kawan Ayong, ada majlis makan2 sempena kawannya dapat tawaran ke SBP. Emak kawan Ayong tu juga adalah kenalan saya, seorang pendidik. Dulu mengajar di SMK Pasir Putih tapi dah berpindah ke SMK Kota Masai.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu. Saja jer nak cerita pasal pankek kat bawah ni. Pankek ni sebenarnya petang semalam punya. Entah mimpi apalah Abang Ngah semalam. Dia ke dapur masa saya tengah mengadap lappy. Adik pulak tidur. Saya tercium bau macam kuali panas. Tanya dia buat apa kat dapur. Katanya masak pankek. Ikut resepi dalam buku katanya. Tak lama lepas tu dia bawak keluar satu pinggan yang berisi 2 keping pankek macam kat bawah ni. Siap hias dengan nenas potong dan madu lagi! Hmmm...sedap juga! Bila tanya apa bahannya, katanya cuma tepung + susu segar + gula sikit.

OK tak pankek hias nenas ni...?


Pagi tadi awal2 lagi saya dah ke Pasar Tani dengan hubby dan Adik. Bercadang nak mencari lauk dan sayur sebab stok dah abis. Hubby pulak kena pergi kerja lepas tu sebab ada mesin paling penting kat kilang tu breakdown pulak. Ikutkan Sabtu ni turn hubby tak kerja. Tapi demi tanggungjawab, pergi jugalah. Sampai sekarang ni belum balik lagi. Esok pun hubby kena kerja juga sebab schedule untuk siapkan mesin tu ialah 4 hari. Sedangkan esok ada Family Day di Taman Bukit Layang-Layang tu.

Pasal Putu Bambu ni pulak... Dah 3 minggu saya mencari putu bambu ni pasar malam kat taman ni tapi tak jumpa2. Akak yang jual putu bambu ni bercuti panjang sangat! ALhamdulillah...kat Pasar Tani tadi saya jumpa putu ni. Apa lagi....saya belilah RM2 untuk 8 ketul. Molek2 jer putunya. Hmmm...tertunailah sudah hajat dan keinginan dihati. Macam orang mengidam je...kan?

Putu Bambu Pasar Tani...


Yang kat bawah ni pulak ialah ubikayu goreng kunyit. Goreng petang tadi untuk minum petang dikawankan dengan nescafe gold tarik. Jemput makan dan minum!!!

Ubikayu Goreng Kunyit...

Nescafe Gold Tarik...

Friday, January 29, 2010

Hidangan Tengahari

Tengahari tadi kan....saya tak masak sebenarnya. Lauk2 ni saya beli kat Kebayan tu aje. Stok lauk2 dah abis kat dalam esbok tu. Itu yang saya beli je lauk2 untuk tengahari tadi. Ayam 4 ketul, sayur lemak pucuk manis dan pecal tu semua harganya RM15. Ok ker?


Ayam Masak Kicap...


Masak Lemak pucuk Manis + Labu...


Sayur2 Pecal...


Kuah Kacang untuk pecal...


Yang ini bahagian saya. Saya tambah nenas sikit...nenas dalam tin je...

Cucur Jagung



Sarapan pagi tadi untuk anak2 dan hubby. Cucur Jagung ringkas je. Hiris setongkol jagung, tumbuk ikan bilis sikit, potong daun bawang dan daun sup, cincang bawang besar sikit, letak perasa secukupnya dan bancuh dengan air tapisan jer. Campur dengan susu cair @ susu segar lagi sedap!!



Thursday, January 28, 2010

Urap Kacang Botol




Masa masak inti cucur badak tadi, saya tak masak sampai kering2 sangat...biarkan inti tu basah2 sikit. Ada sebabnya!!! Selain daripada beli keledek kat pasar malam semalam, saya juga beli kacang botol. Haa...inilah hasilnya. Lebihan inti cucur badak tu saya tambah dengan hirisan daun cekur dan gaulkan dengan kacang botol yang dihiris nipis. Jadilah Urap Kacang Botol.....! Inilah yang saya makan malam tadi...ratah cam gitu je. Kalau dah minat...tak cukup sepiring!!! Errkkkk...alhamdulillah!





Cucur Badak Pulak...



Malam semalam saya ke pasar malam kat taman ni. Singgah ke gerai jual sayur2 tu sebab nak beli sayurlah...tak kan nak beli basikal pulak...kan? Nampak ubi keledek kat situ cantik2 jer. Kulitnya bersih jer macam dah dibasuh, tak ada tanah melekat sikit pun. Saya ambil 3 buku je. Isinya kaler oren2 gitu. Aritu dah beli gak tapi buat goreng2 jer. Elok je empuknya ubi tu. So petang tadi saya cucurkan ubi tu menjadi Cucur Badak...buat minum petang. Jom....menjamu selera sambil pekena cucur ni dengan kopi-o!!!!!





Telur Masak Merah




Selamat tengahari! Annyonghaseyo!!!! Siksa hessemnika (dah makan ke - dalam bahasa Korea)??? Saya masak Telur Masak Merah jer...7 biji. Banyak ker? Telur saiz M jer. Selalu tu saya suka beli telur yang dijual di pasar malam, ada saiz yg besar2. Semalam pergi ke pasar malam tapi apek penjual telur tu tak ada pulak. Pergi aje ke kedai runcit berdekatan. Kat kedai tu memang tak ada jual telur bersaiz A, AA, AAA....yang ada cuma M jer. Tak kisah le saiz apa pun asalkan TELUR. Layan jer la telur masak merah ni....!






Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Salam sejahtera. Saya selalu jalan2 ke rumah ChikMin dan dah nampak entry pasal cabutan bertuah ni tapi masa tu macam tak terbukak hati nak turut serta. Baru hari ni pulak terbuka hati nak mencuba nasib. Manalah tau...kot2 bernasib baik kali ni. Boleh dapat hadiah....

Senang jer nak menyertainya. Buat macam kat bawah ni aje...(saya copy dari blog penganjur...) :

1. Apa yang perlu korang buat hanyalah copy paste ayat di bawah dan buat satu entry baru dengan memasukkan ayat dibawah sebagai entry korang dan publish Entry macam biasa.

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di


2. Entry korang mestilah menggunakan tajuk Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com.
3. Untuk referrer pulak jagan lupa nyatakan darimana korang tau tentang pertandingan nie. Contohnye ” Saya tahu pertandingan ini dari blog si A”..
4. Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan ini, agar mudah untuk Yan spotcek ok!
5. Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm
6. Cabutan akan dibuat oleh Putera kesayangan kami Aiman, bukti cabutan akan dikemukakan pada hari cabutan nama pemenang.

 
Senang jer kan!! Jom kita cuba2 nasib...!!! Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!

Wednesday, January 27, 2010

Dah Pindah!!!!

Salam sejahtera untuk semua. Tak ada cerita yang menarik sangat untuk dikongsi. Sekadar nak cerita pasal pergi membayar bil2 tadi. Tengahari tadi hubby balik rumah, ajak saya pergi membayar bil2 yang belum berbayar - bil elekterik, air, telefon, streamyx dan juga cukai harta. Mula2 kami ke TMPoint untuk bayar bil elektrik, air, telefon dan streamyx. Dah tertunggak bil2 tu sebab bulan lepas tak pergi bayar. Berapa jumlah 4 bil tertunggak tadi? RM592.65.

Selepas tu kami ke Pusat Bandar pulak untuk ke PBT bagi membayar cukai harta. Kereta kami parking kat tingkat bawah berhampiran dengan UO tu. Kami pun menapak le ke tingkat paling atas, tingkat 4 rasanya, dan terus menuju ke pejabat PBT tu. Nampak gelap je. Bila kami menghampiri pintu masuk yang jenis berpusing tu, kami nampak satu notis ditampal disitu.

"MULAI 25HB JANUARI, SEMUA URUSAN BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN DI KAUNTER TELAH DIPINDAHKAN KE ARAS SATU, MENARA AQABAH"

Lebih kurang macam gitulah bunyi notis tu. Aduiiiii....penat memanjat tangga belum habis, kenu turun semula!!! Nak buat macamana...kami ke Menara Aqabah juga akhirnya. Nasib baik kaunter2 tu cuma di tingkat paling bawah. Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat juga saya snap gambar kat area kaunter tu menggunakan telefon bimbit je. Takut2 juga nak snap, takut kena marah...



Kaunter 1 hingga 3...


Kaunter 4 hingga 7...


Kerusi2 di ruang menunggu...empuk!!!!


Tuesday, January 26, 2010

Jemput2 Bertanduk



Sarapan pagi tadi saya buat Jemput2 Berangan Comel tapi kali ini semuanya "bertanduk". Apasal ya?? Memang saja buat supaya dia bertanduk. Bila nak makan, Adik suka pegang kat tanduknya tu. Dan bila tiba masa nak ngap, tang tanduknya tu rangup je....!





Monday, January 25, 2010

Puding Roti Lagi...

Salam sejahtera untuk semua. Alkisahnya pasal berkabung ni. Malam semalam hubby sibuk2 suruh saya jahitkan @ letakkan kain @ reben putih pada songkok anak2. Saya tak pasti ukurannya berapa inci, jadinya saya pun bertanya pada hubby. Katanya 3". Saya pun keluarkanlah kain putih dan jahitkan pada kedua2 tepinya. Lepas tu gosokkan dan potong ikut panjang ukurlilit setiap songkok. Ada 4 biji songkok termasuk hubby punya. Dah siap temukan kedua2 hujung danjahitkan, serahkan pada hubby untuk dimasukkan ke songkok. Siap....! Pagi tadi anak2 ke sekolah memakai songkok dengan lilitan putih. Mula2 tu mereka rasa cuak juga, malu kalau2 murid2 lain tak pakai cam gitu. Tiba kat sekolah barulah masing2 senang hati sebab majoriti murid memakai songkok berlilit putih sebagai tanda berkabung di atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan Johor...


Ok. Berbalik kepada tajuk entry untuk hari ini. Selepas Adik ke tadika, saya pergi ke kedai runcit berhampiran. Tujuan untuk membeli beras yang dah kehabisan stok disamping barang2 sampingan yang lain. Bawak RM60 je dalam dompet. Kira punya kira, jumlah yang kena bayar ialah RM59.00. Hmmm...adalah baki singgit lagi. Nasib baik cukup RM!!!

Sampai rumah, saya menyediakan bahan2 untuk dibuat Puding Roti. Saya suka buat Puding Roti ni sebab senang dan ringkas. Kalau ada apa2 majlis, selalu juga saya bawa Puding Roti ni...ramai peminat tau! Satu sebab saya masak Puding Roti ni hari ni ialah sebab nak memulangkan mangkuk jiran. Takkan le nak pulangkan kosong aje kan! Siap masukkan dalam oven untuk dibakar, barulah saya menyediakan menu untuk makan tengahari pulak. Sekadar nasi putih dan Daging Black Pepper je. Daging Black Pepper ni memang menjadi kegemaran anak2. Ratah macam tu je...



Puding Roti...


Daging Black Pepper...


Sunday, January 24, 2010

Roti Bakar Teh Tarik

Layan gambar ajelah ya. Roti Bakar Berkeju untuk sarapan pagi tadi disediakan oleh Abang Ngah. Yang simple2 cam gini boleh juga dia buat. Saya sediakan teh tarik je...


Roti Bakar Berkeju...


Teh Tarik...

Haaa...yang di bawah ni tak ada kaitan dengan sarapan tadi tapi berkaitan dengan makan malam pulak. Issshhhh...peliknya! Makan malam dengan nangka, kuih ketayap dan masalodeh? Tak percaya? Percaayyyyaaaallllaaaahhhhhhh.......!!!!! Saya dan hubby ke pasar malam Pasir Gudang lewat petang tadi. Nak cari putu bambu tapi tak dapat. Dah 2 kali pasar malam di Taman Pasir Putih saya mencari putu bambu tapi masih hampa. Putu bambu tak dapat, dapat benda lain pulak. Layan jer lah....!


Nangka...sebekas RM2. Saya beli RM6...


Kuih Ketayap...3 RM1...


Masalodeh 3 RM1...


Rojak Pulak

Rojak campur2...ada buah pelam telur, ada timun, ada epal hijau, ada tauhu goreng. Campur dengan kuah rojak, madu dan kacang goreng tumbuk. Tak buat banyak, semangkuk nasi jer....


Ini versi yang baru ditabur dengan kuah rojak dan kacang tumbuk, belum gaul lagi...



Ni siap sedia untuk dimakan...my portion...

Apam Dan Puding

Hari Jumaat lepas, saya terlebih Vitamin R rasanya. Mana tidaknya, asyik memasak aje dari pagi hingga ke petang. Memang Jumaat tu amat memenatkan. Awal2 pagi sediakan mee goreng sebagai sarapan untuk anak2 sebelum ke sekolah dan hubby sebelum ke tempat kerja.


Mee Goreng...


Selepas Adik ke tadika dalam jam 10:40 pagi, saya bersiap2 untuk memasak untuk makan tengahari pulak. Tengahari Jumaat memang hubby akan balik ke rumah unutk makan sebelum ke masjid bersama anak2. Dan untuk tengahari Jumaat, saya cuma masakkan meehon sup aje. Ringkas....celur2 dan rebus2 aje.


Meehon Sup...


Dalam masa yang sama, saya juga menyediakan sedikit pencuci mulut. Kali ini Puding Permata. Sebelum tengahari, puding ni dah siap masuk petiais untuk dibeku dan disejukkan. Dan pada masa yang sama juga, saya mentiapkan adunan untuk Kek Gula Hangus. Kek ni saya nak hantar ke rumah Kak Nyah di Selayang 18 sebab ada majlis yassin, tahlil dan doa selamat bersempena keberangkatan Kak Nyah dan suami untuk menunaikan umrah pad hujung Januari nanti. Tapi gambarnya lupa pulak saya snap. Ada yang saya snap guna handphone je tapi kualiti amat mengecewakan. Itu yang saya tak uploadkan di sini.


Puding Permata...


Jam 1:50 petang, saya bergegas pulak menghantar Ayong ke stadium. Ada latihan pancaragam petang tu hingga pukul 5:00 petang. Sebelah malam tu juga ada jamuan perpisahan dan kesyukuran di rumah Cikgu Masrawati di Kg Kopok Baru. Cikgu buat jamuan perpisahan untuk murid2 yang dapat tawaran ke SBP dan kesyukuran untuk murid2 yang berjaya dalam PMR yang lepas. Cikgu Masrawati ialah guru yang menjaga kelas KRK. Jamuan kali ini diadakan secara potluck. Jadinya saya sediakan Apam Comel Berinti Blueberry dan Orange untuk dibawa oleh Ayong malam tu.



Apam Comel Berinti Blueberry...



Dah siap packing dalam kotak, adalah dalam 150 biji...

Selepas solat Maghrib, hubby dah pergi ke majlis yassin tu. Saya pulak sejak dari pagi lagi dah asyik bersin sahaja. Selesema dah datang le tu! Sebelah petang tu, selepas jemput Ayong dari stadium, saya terus ke rumah Kak Nyah. Sekadar menghulur sedikit juadah dan mohon kemaafan sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis beliau malam nanti. Selepas tu saya telan ubat selesema sebiji. Ubat selesema ni memang "power"...mesti mengantuk. Tapi saya gagahkan diri untuk hantar Ayong juga. Balik dari hantar Ayong, saya terus merebahkan diri. Jam 10:00 malam saya dah tertidur depan tv bersama Adik. Nasib baik masa hubby balik dari majlis tu saya sedar hubby ketuk pintu. Jam 11:30 malam hubby pergi jemput Ayong dari rumah Cikgu Masra (panggilan manja untuk Cikgu Masrawati....).

Apa jadi lepas tu? Saya dah tak sedar apa yang terjadi sebab lepas aje hubby balik dari majlis tu, saya terus menyambung zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........!!!!


Wednesday, January 20, 2010

Kalaulah...

Tengahari tadi saya pergi menjemput 2 orang hero saya balik dari sekolah. Abang Yang abis jam 1:00 tengahari dan Abang Ngah pulak jam 1:05 tengahari. Jam 1:00 tengahari saya dah sampai kat depan sekolah tu. Sebenarnya memang bukan rutin saya untuk menjemput mereka. Selalunya mereka balik berjalan kaki sahaja sebab jarak antara rumah dan sekolah tidaklah sejauh mana...dekat je. Tapi memandangkan hari ni cuaca agak terik tadi, saya pun pergilah menjemput mereka. Biasalah anak2 ni, bukannya mereka terus menaiki van ataupun kenderaan ibubapa mereka yang menanti, sebaliknya entah ke mana2 dulu. Sementara menunggu mereka menampakkan batang hidung, mata ni melilau ke sekeliling memerhatikan gelagat2 murid2, ibubapa dan juga pemandu2 van.

Dalam lagut2 melihat sekeliling, terpandangkan bangunan Tadika Kemas ni. Keseluruhan dinding luar telah dilukis dengan karektor2 kartun dan dicat dengan berbagai warna. Bangunannya jadi berseri2 dari jauh. Yalah...nak bagi murid2 ceria bila ke tadika. Persoalannya sekarang ialah.... KALAULAH rumah kita, kita cat dan lukiskan dengan sedemikian rupa, adakah orang akan mengatakan bahawa rumah kita itu merupakan sebuah tadika juga????


Bangunan Tadika Kemas


Diantara aksi2 dan gelagat2 murid yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit saya (sebab tak bawak DC...) :


Ada Sang Kancil sedang terbuka bonetnya sambil mempamerkan isi perutnya (hehehe...akak tu buat part time berniaga jajan untuk budak2 tu...).



Satu lagi Sang Kancil..... (yang pakai baju pengakap yang tak bertopi tu ialah anak saya...issshhhh... dia pun melanggan jugak rupanya!).



Dan ini seekor lagi Sang Kancil.....



Ini pulak situasi di pintu keluar sekolah menengah bersebelahan...



Pening kepala memerhati setiap murid yang keluar...mana satu Muhammad Azhari ni?

Tuesday, January 19, 2010

Bubur Nasi Je...

Juadah makan tengahari tadi untuk anak2 ialah bubur nasi bersama kawan2nya. Walaupun "kawan2nya" ramai, Adik tetap makan dengan kicap je! Layannnnn...!!


Bubur nasi perisa ayam...


Kacang goreng...


Ikan bilis goreng...


Bawang goreng bersalut tepung...


Telur dadar hiris nipis2...


Ayam goreng kunyit...