Wednesday, August 19, 2009

Roti Oh Roti!

Masa belek2 resepi kat internet, saya terpaut dengan Super White and Soft Bread di rumah Ros aka Onigiri. Sebelum ni pernah juga mencuba buat roti sandwich dan roti putih tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Bukan salah resepi tapi salah saya yang tak ikut peraturan agaknya. Kali ini saya buat betul2...ikut satu2 bahan2 yang ditulis. Dan yang paling penting, semua bahan mesti berada dalam pada suhu bilik. Pagi tu saya dah ke kedai untuk membeli susu segar. Bila dah masukkan bahan2 mengikut aturan, bila tiba masa untuk masukkan yis segera @ mauripan, tengok stok yang ada yang ada dah expired! Berkejar (driving actually...) ke kedai lagi. Siap aci yang jaga kedai tu tanya, "Apa lagi yang lupa?." Dapat je mauripan, terus meneruskan projek. Siap masukkan semua bahan ke dalam BM, pilih program No.1 untuk white bread dan tekan butang "on". BM meneruskan segala2nya.... Selepas 3 jam setengah, baru siap! Dan hasilnya amat membanggakan!!!!


Inilah BM kesayanganku...



Sebuku roti yang telah siap dibakar oleh BMku...



Tengoklah hasilnya! Putih gebu.....

3 comments:

Kak Am said...

Ita..geramnya nengok roti tu! cam ni x lakulah kedai roti kat tmn psir putih tu ya! am memg gemar betul wat roti tau, tapi..?? tgh dok ngidam ni..nak BM!! lum dpt2 lagi ni..ni nak raya lak hai, kena tunda lagilah jawabnya!

Azita Zain said...

Am-flra :
lama gak x main ngan BM ni. dulu pernah buat gak tp tak gebu sbb suhu bahan2 x pd suhu bilik. kali ini buat betul2. alhamdulillah! makan cicah ngan kari san sambal ikan bilis...sedap! pagi tadi anak2 tanya roti mak semalam dah abis ke... gi lah cari BM tu am! senang kerja roti-meroti dan menguli doh!!! ni batu api ni...!!!

K.Nor said...

sama jer BM kita ita.. :)