Saturday, August 15, 2009

Sabtu Yang Mendung...

Hari ni dah hari Sabtu lagi. Baru aje Sabtu lepas berlalu dengan 1001 macam kerenah dan masalah, dah timbul Sabtu lagi. Dan Sabtu minggu depan pulak dah mula berpuasa...InsyaAllah!

Hari ini hubby tak kerja, kena turn off-day. Tapi anak2 pulak bersekolah ganti sempena Deepavali nanti. Sekolah menengah dan sekolah kebangsaan aje yang sekolah, sekolah agama dan tadika tak sekolah. Selepas Ayong ke sekolah jam 6:30 pagi tadi, saya sambung golek2 atas katil. Biasalah, kalau kena turn hubby tak kerja hari Sabtu, 'susah' sikit nak bangun awal. Bukannya sambung tidur tapi saja baring2 je sambil berbual2 dengan hubby. Tapi tadi jam 8:00 pagi kami ke Pasar Tani di Pusat Bandar. Bukannya nak cari lauk-pauk ataupun sayur2an tapi sekadar nak cari kuih2 tradisional. Macam2 jenis kuih ada kat Pasar Tani tu. Tapi tadi pilihannya kurang dari selalu. Saya cuma beli serimuka dan putu bambu aje. Yang lain2 macam tak berselera di tekak saya. Lepas tu Adik nak sate pulak. Kami beli 30 cucuk je...campur2. Lepas tu masa kami pusing2 kat kawasan yang menjual lauk-pauk, ternampak pulak ketam besar2. Hubby beli dalam 6-7 ekor. Spare untuk masak tengahari esok. Kenapa esok? Kenapa tak hari ini??? Adala...........! Jom tengok apa yang kami makan pagi tadi...

Serimuka 4 potong, pizza, sate, nasi goreng udang kongfu fighting hubby, putu bambu dan sambal tempe...


Kenapa "Sabtu Yang Mendung"??? Sebab pagi tadi hujan dan langit mendung je. Kain- baju pun sekadar diampai di bawah bumbung / awning je. Tak kena cahaya matahari...


No comments: