Sunday, August 2, 2009

Kelas Cokelat

Pagi tadi saya telah menghadiri kelas membuat coleklat yang diadakan oleh Cikgu Nina kat rumahnya. Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar saja, saya dan Lia. Kelas sepatutnya bermula jam 10:00 pagi tapi sebab Cikgu pergi cari barng2 kat kedai, kelas dimulakan agak lewat sikit. Sementara tunggu Cikgu balik dari kedai, saya pun berbual2 dengan Lia, pertama kali kami bersua muka tapi berborak macam dah kenal lama. Lia merupakan ibu kepada 3 orang anak yang berusia antara 5 dan 1 tahun...seorang puteri dan 2 orang putera.

Saya tak perasan pukul berapa kelas kami bermula. Bukan tak ada jam tapi tak tengok jam. Tak lama selepas itu pulak, Cikgu Nina menerima kunjungan tetamu seramai 10 orang yang merupakan pelajar2 dari Kursus Kejuruteraan, UTM Skudai. Mereka nak menemuramah Nina sebagai seorang usahawan kecil - salah satu assignment mereka. Ingatkan students Engineering pun kena belajar memasak!!!


Peralatan penting dalam pembuatan cokelat "hand-made" ini ialah "warmer" tu (yang 2 biji tu...) yang digunakan untuk mencairkan cokelat. 3 orang anak dara tu ialah students UTM tersebut. Yang berbaju oren dan purple tu ialah orang Perak...Taiping dan Tg. Rambutan. Jumpa pulak orang "sekampung" kat sini....



Inilah diantara proses2 membuat dan menempa cokelat dengan mould yg berbeza2.....



Hasil usaha kami tadi....


Yang ni dah dipacking cantik2...Siapa nak beli??? Murah...murah.... !




No comments: