Hari ni dah 7 hari kita berpuasa. Bagi ibu2 dan surirumah mesti pening kepala memikirkan apa menu untuk berbuka dan bersahur. Samalah juga macam saya. Waktu berbuka kami lebih suka makan nasi (kecuali saya yang suka berbuka dengan kuih-muih je). Waktu bersahur pulak, anak2 lebih suka koko crunch ataupun milo crunch (ada ke??). Hubby tetap dengan nasinya. Lauknya hubby tak kisah. Telur dadar pun cukup...
Tapi berbuka hari ini tanpa hubby sebab hubby berbuka puasa bersama stafnya di Tanjung Puteri sempena meraikan seorang engineer yang berhenti kerja. Berhenti kerja pun ada orang raikan...best ye! Jadinya menu berbuka kami petang tadi ialah nasi putih dan kawan2nya. Ikan Lemak Cili Padi Bunga Kantan tu sebenarnya lebih bersahur semalam. Sama juga dengan Kuih Limas tu...extra berbuka semalam. Simpan dalam peti sejuk, petang tadi kukus semula. Jadinya saya cuma masak Ikan Masak Cuka je dan bancuh air Grape Smoothie. Ada lebihan anggur dalam petiais yang tak dimakan oleh anak2. Daripada duduk diam kat situ, baik saya olahkan menjadi sesuatu. Maka jadilah Grape Smoothie ni...
Bercakap pasal Kuih Limas ni, ramai gak yang bertanya, kuih ni sama ke dengan Tepung Pelita? Jawapannya....TAK SAMA! Mungkin cara membancuhnya sama. Warna bahagian bawah dan atasnya pun sama tapi bahan2nya lain sikit. Kuih Limas gunakan tepung gandum dan tepung ubi tapi Tepung Pelita gunakan tepung beras dan tepung jagung. Lagipun Kuih Limas ni ada gula di bahagian bawahnya. Sebelum kita tuang adunan untuk bahagian bawah tu, kita sudukan dulu gula pasir ke dalam bekasnya. Itulah perbezaan diantara kedua2 kuih ni. Jangan keliru ya! Jom layan....!
3 comments:
Salam. Sedapnya ikan masak cuka tu. Baru semalam ajor kawan kat tempat kerja masak. he he he.
salam kak ita,sihat ke?sedapnya ikan masak cuka tu ,dedulu mak selalu masak ,
geraugebang , ChikMi :
ikan masak cuka tu pun kak ita dapat kat blog kengkawan ni jugak. nampak cam sedap, tu yang mencuba tu. dan hasilnya! memang sedap!
Post a Comment