Tuesday, August 18, 2009

Udang Lagi

Udang Pepper...


Ayam Kuah Ketam Lemak Cili Padi....

Makan apa dinner semalam ya? Ayong berpuasa semalam. Terfikir nak masak apa untuk dia berbuka nanti. Buka petiais, ada la udang dan ayam. Hmmm...baki kuah lemak cili padi ketam semalam ada lagi. Baki kuahnya memang tak dibuang...sayang! Ketam tak ada, boleh ganti dengan telur, ikan ataupun ayam. Rasanya lagi kawwwww sebab selain manis2 ketam ditambah dengan rasa telur, ikan @ ayam. Akhirnya, saya tambahkan ayam ke dalam kuah lemak dan tambah sedikit lagi santan untuk menambahkan kesedapannya. Udang pulak saya masak Udang Pepper lagi. Masuk aje waktu Maghrib, Ayong terus makan dulu. Masa tu Abang Yang mandi ngan Adik. Abang Ngah dan hubby dah ke masjid. Lepas mandi Adik dan Abang Yang join Ayong makan. Saya cuma tolong Adik kupaskan kulit udang dan kopekkan ayam tu kecil2. Hubby dan Abang Ngah makan selepas balik dari masjid. Senang kan? Tak payah nak susah-payah masak, main campak2 jer.... Tapi itulah baki terakhir... dah abis dah kuah tu!

2 comments:

geraugebang said...

masakan apa ni, macam best aje. ayam lemak ketam?

Azita Zain said...

geraugebang, sebenarnya kuah tu lebihan masak ketam lemak cili padi. baki kuahnya saya masukkan ayam pulak...sayang nak buang sebab kuahnya sedap! konpius ya..?