Monday, August 10, 2009

Sabtu Yang Agak Malang...

Selepas menghantar cuppies dan kek cokelat ke kedai Norma, dia mintak saya buatkan muffin pulak. Nak bagi pada ...... pada siapa ya? Lupa pulak saya tapi orang tu ialah saudara dia jugak, katanya orang tu nak buat kenduri petang Sabtu lepas. Since Jumaat malam tu saya dah "pengsan" selepas balik dari operasi mencari gula, pagi Sabtu baru saya buat muffin tu. 40 biji, 20 biji blueberry, 20 biji pandan, saiz S complete dengan bekas bertutup dome setiap satu. Lepas bakar muffin, kelam-kabut pulak saya menyediakan Puding Roti Marble, resepi milik Hana Jepun. Saya buat dua loyang, satu perisa cokelat dan satu lagi perisa pandan. Dalam amsa yang sama, saya juga membakar seloyang Puding Roti. Puding Roti ni teramat digemari oleh BILs yang ada kat kampung nun. Tu yang buat jugak tu. Masa hubby balik dari kerja, Puding Roti tu masih lagi di dalam oven. Dan saya minta tolong hubby untuk hantarkan muffin2 tersebut ke kedai Norma.


Muffin pandan, blueberry, puding roti marble (cokelat dan pandan)....


Selepas siap berkemas2, kami bertolak dalam lebih kurang pukul 4:00 petang. Sampai aje di lampu isyarat berhampiran sekolah Ayong, kami ternampak banyak bas2 berhenti di hadapan sekolah Ayong. Sebahagian daripada sekolah2 yang menyertai Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan sedang mengadakan latihan di dewan terbuka di sekolah tersebut. Terus kami pun singgah jugak di hadapan sekolah. Ayong masuk ke dalam kawasan sekolah sebab dia nampak kawan2 sekumpulan pancaragamnya ada turut sama sedang menyaksikan Sekolah Sultanah Asma, Kedah sedang membuat latihan. Teruja sangat Ayong sebab pancaragam SSA memang best katanya.



SSA sedang membuat latihan...dan 2 diantara bas2 yang berhenti di hadapan sekolah tersebut...

Selepas 5 minit, saya SMS Ayong ajak berangkat ke kampung segera. Ayong pun akur dengan beratnya. Masa inilah "malang" menimpa....! Tiba2 enjin kereta termati. Bila hubby cuba hidupkan semula, dah tak boleh. Alamak...kenapa pulak ni? Kebetulan kawan sepancaragam Ayong baru sampai bersama bapanya. Hubby mintak tolong bapa kawan Ayong tu untuk jumper bateri kereta dia. Alhamdulillah...enjin hidup semula. Tapi cerita ni tak berakhir di sini saja...ada lagi! Masa kereta mula bergerak, perjalanannya tidak lancar...tersenggut2...macam enjin nak mati je. Semua fungsi lain kami matikan...aircond, radio, dll. Menurut kata hubby, seolah2 baterinya tak boleh nak di'charge'kan...mungkin 'alternator" katanya. Saya pun bukannya tau apa ke bendanya alternator tu... Hubby pun buat keputusan untuk memandu kereta kami ke bengkel yang selalu hubby pergi di Masai. Dalam hati saya teramat risau kalau2 kereta terberhenti di tengah2 jalan. Dalam tersenggut2 tu hubby tetap meneruskan perjalanan dengan perlahan2 sambil mencari jalan2 yang tidak memerlukan kami berhenti. Kalau nampak je lampu isyarat merah, kami belok mencari jalan yang lain.

Akhirnya......!!! Kami tersangkut juga di depan KipMart berhadapan dengan kedai tayar. Hingga ke situ sahaja yang sempat kami sampai...tak sempat untuk sampai ke bengkel. Dah le aircond tak idup, tingkap dah tak boleh bukak sebab semuanya gunakan suis.... Anak2 semuanya bermandi peluh...lenjun kepala dan baju mereka. Kesiannya! Nasib baik dalam beg tangan saya ada kipas tangan satu. Lepas le untuk saya dan Adik.... Hubby called kawan dia tu, Koli, (tuan empunya bengkel tu...namanya Ramli tapi nama glamernya Koli....), ceritakan apa yang berlaku dan minta pertolongan dia. Punyalah lama rasanya kami menunggu dia sampai, padahal lebih kurang 10 ke 15 minit aje! Penantian sememangnya satu penyeksaan...!!!! Koli tu datang bersama dengan seorang pekerja dia. Lepas tu mereka bukak bateri kereta dan bawak balik ke bengkel , nak cas dulu sebelum dipasang semula. Setidak2nya, sempat le kereta kami nanti dipandu hingga ke bengkel. Sekali lagi.....penantian satu penyeksaan! Tunggu dia datang semula bawak bateri kereta, Ayong, Adik, Abang Ngah dan saya sempat masuk ke KipMart dulu. Bukannya nak cari apa2 pun...tapi Adik nak ke toilet.

Kami sampai ke bengkel dalam lebih kurang jam 6:00 petang. Adui....penatnya! Selepas mereka membuat pemeriksaan, memang pasti bahawa sistem untuk mengecas bateri tu tak berfungsi. Itulah "alternator" tadi tu.... Mereka pun bukak alternator tersebut dan Koli bawak pergi ke kedai spare part untuk mencari yang sama ataupun yang sewaktu dengannya. Alternator tu mesti diganti... Adik pulak tak maunya duduk diam2...berlari ke sana sini. Dah le bengkel tu betul2 di tepi jalan dan kebetulan pulak ada jalan yang sedang diperbaiki dan memerlukan semua kenderaan melalui jalan di depan bengkel tersebut. Bayangkan segala bas, kereta, lori, motosikal dan lain2 kenderaan lalu-lalang kat jalan tu. Adik pulak berlari kat tepi jalan tu. Apalagi...mulut emaknya mulalah bising. Selepas kena marah akhirnya Adik tertidur di riba Ayong. Hmmm...baru aman sikit!!!

Akhirnya selepas Maghrib baru segalanya selesai! Dan kami meruskan perjalanan balik ke kampung. Terbang gak RMXXX!!

Yang sebijik tu le alternator... Adik yang ketiduran... Mereka sedang berusaha gigih mengganti alat ganti... Jam dah lebih 7:00 pm tapi masih belum selesai...!




No comments: