Monday, August 10, 2009

Kenduri Tahlil

Kami sampai ke kampung MIL Sabtu lepas dalam pukul 12:00 tengah malam. Kiranya dah masuk hari Ahad la.... Masa tu Pak Ngah + Mak Ngah dan Pak Long + Mak Long dah sampai awal dah. Ada yang tengah membuat karipap, ada yang tengah mengupas kentang. Saya setakat menolong mana yang patut je. Pak Teh + Mak Teh tak sampai lagi sebab Pak Teh ada show lagi malam tadi. Pukul 12:00 tengah malam mereka baru bertolak dari Pasir Gudang. Setelah satu petang kami kepenatan dengan "kerenah" kereta, lebih kurang jam 1:30 pagi kami terlelap...zzzzzz..... Pak Teh + Mak Teh sampai jam 2:30 pagi kami tak sedar langsung!

Awal2 pagi semalam, kami dah mula memulakan tugas masing2. Mula2 tu memang le sediakan sarapan dulu dan bersarapan beramai2! Selepas tu masing2 dengan tugasnya sebelum jiran2 dan sedara2 terdekat sampai untuk sama2 rewang. Itulah bestnya duduk kat kampung ni...semuanya masih dijalankan secara bergotong-royong.

Tak payah le cerita panjang2 apa kami buat ye. Layan je gambar2 yang menceritakan tentang kenduri semalam....!



Di antara kuih2 yang tersedia untuk dihidangkan... Agar2 Santan Mak Nab, Pulut Panggang MIL, Koci Kacang Hijau Wak Ru, Pau Kelapa Wak Kamsah, Puding Roti Marble (Cokelat & Pandan) Azita, Karipap MIL...



Pajeri nenas, ayam masak kicap, begedil kentang, tempe goreng, serunding kelapa, sambal tauhu, sambal goreng, mee goreng....dah disatukan di dalam pinggan...


Suasana gotong-royong dan menjamu selera waktu tengah hari...


Hidangan2 untuk Nasi Ambeng....



Majlis Tahlil dan membungkus nasi ambeng...



No comments: