Monday, August 3, 2009

Muffin dan Apam Mekar

Hari Isnin...bermulanya minggu baru lagi! Biasalah...permulaan minggu mesti sibuk dari hari2 biasa. Sarapan pagi tadi saya cuma sediakan nasi goreng simple bersama teh-o aje. Hubby lak puasa setiap Isnin dan Khamis, so hubby tak sarapan tadi. Lepas hubby gi kerja, saya meneruskan kerja2 harian...membasuh, menyidai, menyapu, mengemop. Lepas tu mengadap Adik kejap sebab kerja sekolah dia ada yang belum siap...alif, ba, ta tak siap lagi. Sikit aje... Lepas Adik ke sekolah, saya menggosok baju2 sekolah dan baju2 kerja hubby. Tup...tup...dah 12:00 tengahari. Anak2 semua dah ke sekolah, tinggallah saya sorang2.

Lepas tu saya buatkan muffin yang Ayong mintak. Muffin cokelat chip, oren dan blueberry. Sepatutnya dia bawak pagi tadi tapi semalam tak sempat nak buat muffin sebab saya gi kelas membuat cokelat. Lepas tu pulak, hubby bersama Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang pergi ke TGVC di Jusco Tebrau City...menonton Harry Potter. Melayankan permintaan Ayong sejak minggu lepas lagi... Tinggal saya dan Adik kat rumah. Saya pun layan le Adik yang nak tengok CD Monster House. Entah dah berapa kali dia tengok cerita tu...tak puas2!

3:30 petang Adik balik dari sekolah. Lepas tu pergi jemput Ayong kat sekolah sebab dia ada study group selepas waktu persekolahan tadi. Selepas Asar, saya membuat Apam Mekar pulak. Semasa saya sibuk di dapur, Adik tertidur di depan tv dengan buku Bacalah Anakku 7 berada dalam dakapan.

Untuk makan malam, saya cuma gorengkan ikan selayang dan Ayam Goreng Rempah bersama sup sayur. Hubby balik agak lewat, sempat meneguk air kosong aje di dalam kereta untuk berbuka puasa. Sampai rumah barulah makan seadanya....


Muffin blueberry mini dan apam mekar...


Lagi apam mekarku...

Selain memasak, saya juga sempat menggubah 2 jambangan bunga ini. Simple jer.... OK tak??



3 comments:

CatlinaFly said...

wow gebunya muffin & apam tu...

K.Nor said...

ita, nor dah pernah 2x buat apam mekar ita, tp tak mekar la... frust sungguh.. apa tip utk kasi merekah mekar berjambak2 gitu? :)

Azita Zain said...

CatlinaFly :
mmg gebussss...dan sedap!

Nor :
yer ke x jadi? alhamdulillah saya buat tiap kali pun mekar aje. tak ada petua apa2 pun cuma kena pastikan masa kita pukul telur dan gula tu hingga betul2 kembang dan kental, dan lepas masukkan tepung, bila kita kaup dan tuangkan, adunan tu jatuhnya mcm kain berlipat2. dan masa mengukus, pastikan kukus dgn api yg kuat dan isikan adunan dlm papercup tu agak2 nak penuh. insyaallah...