Wednesday, August 12, 2009

Sakit...

Balik dari kenduri di Muar Ahad lepas, kami 4 beranak mengalami masalah kesihatan. Sejak dari Muar lagi, Adik memang dah berak2 cair aka cirit-birit tengahari Ahad tu. Tak tau penyebabnya. Nak kata pasal makanan, kami makan makanan yang sama samada dalam perjalanan balik dari P.Gudang hari Sabtu lepas mahupun semasa di kampung. Sebelah petang Ahad pulak, Abang Ngah mengadu badan tak berapa sihat, ada selesema sikit dan badan mula panas. Hubby belikan ubat kat farmasi aje. Kami bertolak balik dari Muar lebih kurang jam 9:30 malam. Saya terpaksa pinjam lampin pakai-buang anak saudara yang berusia 2 tahun 9 bulan untuk dipakaikan pada Adik. Dalam perjalanan, semua anak2 tidur. Selepas melepasi Hentian Sebelah Kulai, Adik muntah pulak. Nasib baik tak kena karpet kereta. Selepas salinkan baju dan lap mana yang patut, kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah...kami selamat sampai ke rumah jam 12:00 tengah malam. Malam2 pun Adik terbangun untuk buang2 air jugak.

Pagi Isnin, badan Abang Ngah dah mula panas lagi. Selepas makan ubat yang hubby beli tu, dah kebah panas badannya. Abang Yang pulak, balik aje dari sekolah agama mengadu pening2. Adik pun tak ke sekolah sebab cirit-biritnya teruk jugak. Abang Yang tetap pergi ke sekolah kebangsaan tapi Abang Ngah tak pergi. Waktu makan tengahari, hubby balik dan bawak kami ke klinik. Mula2 nak pergi ke klinik yang kami selalu pergi tapi punyalah ramai oran kat situ. Pergi pulak ke klinik lagi satu. Waktu tu dah 12:30 tengahari. Jururawat tu kata mereka tak terima pesakit lagi sebab yang menunggu dah ramai dan klinik akan tutup jam 1:00 tengahari sebab rehat. Allahhuakbar! Akhirnya kami ke Kota Masai...kot2 klinik kat sana tak ramai orang. Disebabkan kami tak pernah ke klinik di kawasan itu, terpaksa telefon kawan untuk tanya kat mana letaknya klinik2 kat kawasan tu. Akhirnya kami jumpa satu klinik ni, pun ramainya orang jugak yang sedang menunggu! Kami pergi pulak ke klinik satu lagi yang berhampiran. Alhamdulillah! Ada le 2,3 orang yang menunggu.

Tak lama pun kami menunggu, terus dipanggil masuk ke bilik doktor. Biasalah...doktor tanya sakit apa... nasihatkan minum air kosong banyak2, jangan makan itu, jangan makan ini, dan macam2 lagi. Selepas kedua2nya diperiksa, kami pun keluar dari bilik doktor. Adik dapat cuti sakit selama 3 hari dan Abang Ngah pulak 5 hari. Lumayan!

Ini surat cuti Adik....


Susut badan Adik! Walaupun dapat cuti sehingga 12hb Ogos (Rabu) tapi Adik dah pergi sekolah jugak tadi (12hb Ogos, Rabu). Tapi saya tetap pakaikan pampers. Manalah tau kot2 dia ter........ pulak nanti. Harum satu kelas! Tapi bila balik tadi pampersnya dah hilang. Katanya dia buang dalam tong sampah sebab dia nak buang air kecil!



Ini pulak surat cuti Abang Ngah. Tapi esok dah nak ke sekolah sebab minggu depan ada peperiksaan. Takut cikgu ada pesan apa2....


Saya pulak.... Malam semalam (Isnin malam Selasa) perut dah rasa tak sihat. Rasa loya pun ada, rasa nak buang air pun ada. Tapi satu pun tak menjadi. Sapu je minyak Yuyi...macam budak2 le pulak! Malam tu memang tak lena langsung tidur. Perut rasa bergelodak...kruk krak kruk krak...! Tapi muntah pun tidak, buang2 air pun tidak. Pagi Selasa tu barulah segala2nya keluar....ikut atas dan ikut bawah! Adui...lembik badan! Call hubby, suruh balik lunch hour nanti sebab nak gi klinik. Pergi klinik yang sama semalam tapi tak dapat pulak MC. Issshhhhh...kalau dapat MC kan ker best! Boleh baring2 jer kat rumah, tak payah buat kerja apa2.

Semalam pun Abang Yang tak ke sekolah sebab petang Isnin tu dia dah muntah2 kat sekolah. Tapi masa ajak ke klinik sama2 saya tu, tak nak pulak dia. Selepas saya balik dari klinik tu, kami 4 beranak makan ubat selepas makan tengahari. Juadah makan tengahari pun kami belia je dalam perjalanan balik dari klinik tu. Lepas makan ubat, masing2 merebahkan diri selepas hubby pergi kerja semula dan Ayong pun dah balik dari sekolah. Ayong dan hubby aje yang masih bertahan...

Hari ini, Rabu, alhamdulillah. Saya dah rasa sihat sikit walaupun perut ni tetap bergelodak jugak. Adik pun dah nak pergi sekolah tadi. Abang Yang pun dah ke sekolah kebangsaan tengahari tadi. Esok Abang Ngah pun nak ke sekolah. Alhamdulillah...!!!!

5 comments:

Cikmin said...

salam kak ita...alhamdulillah sume dah recover ye kak ita...memana skg org sume sakit..risau kan...nak2 nye kena kt org tersayang...minta la dijauhkan penyakit tu ye kak ita...

Azita Zain said...

ye la cikmin. mana ada org yg nak kena sakit, kan? tp Allah bg ujian, so kena redha... kami dah beransur pulih dan cikgu pesan supaya anka2 x ke skola kalau blum betul2 sihat. kalau hubby ckp ngan k.ita jgn buat kerja umah sblm betul2 pulih, kan ker best...!!! perut masih bergelodak lagi la..

ibundo said...

salam pagi. Sekarang ni kalau sakit cepat2 pegi doktor. Alhamdulillah cuma ceret beret. Sekarang dah shat?

Kak Am said...

salam ita, minggu sakit rupanya ya? hari tu family am tau.. semuanya demam, batok & selsema. tapi yg besar2 1, 2 hari je dah ok tapi sikecik tu, ain(8 thn) demamnya ulang2 pulak, naik risau juga dibuatnya. 1 minggu x gi skolah. merengek je.. last2 bagi minum air yassin, alhamdullilah! sihat dah. tapi sebelum tu macam2 bagi, air kelapalah, macam2 lagilah.

Azita Zain said...

kakpah :
ya lah kakpah. kat mana2 skrg ni semua org sakit je. alhamdulillah...skrg dah ok sikit wpun perut masih x brapa sihat. anak2 pun dah mula ke sekolah sbb next week ada exam.

am :
waalaikumsalam am. bkn setakat minggu sakit tp rasanya bulan2 sakit kot...
jiran saya dua2 buah rumah sdg berpenyakit yg sama. yg sebelah rumah ni, anaknya yg bongsu (Form 4) dah lebih 2 minggu x sihat2. dah byk kali berulang ke klinik kerajaan, hospital dan klinik swasta. air kelapa dan air badak ntah byk mana dah abis. jiran satu lagi pun sama gak.