Selepas hubby dan anak2 balik dari solat subuh di masjid pagi tadi, hubby telah menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan. Pemergian Wak Sahlan untuk selama2nya! Wak Sahlan ni ialah pemandu van sekolah di sini. Beliau cukup dikenali dan disenangi oleh semua orang sebab peribadinya yang macam kebapa2an. Beliau amat mengambil berat dan menjaga setiap anak yang menaiki vannya. Kalau sebut aje nama Wak Sahlan, semua orang mengenalinya. Bayangkan bagaimana beliau sanggup turun dari van dan mendukung seorang anak yang enggan ke sekolah dan meletakkannya di dalam van sebelum meneruskan pemanduan. Kalau ada anak2 yang terlambat, sanggup beliau menunggu sehingga anak2 tersebut menaiki vannya. Memang seorang yang amat perihatin! Kalau ada kelas tambahan atau apa2 aktiviti sekolah, beliau sanggup mengambil dan menghantar balik. Anak2 saya adalah diantara anak2 yang menaiki van beliau.
Tapi hari ini beliau telah kembali menemui PenciptaNya...untuk selama-lamanya! Al-Fatihah untuk Wak Sahlan, pemandu van T1. Moga roh beliau berada disisi orang2 yang beriman dan istimewa di sisiNya. Amin...!
5 comments:
Kita betul2 kehilangan seorang ikon pemandu van berhemah tinggi. Terasa benar kehilangannya. Beliau sempat meninggalkan pesan yg paling berharga...antara lain ketika kali pertama bertemu dgnnya...CIKGU KENA BERANI BAWA KERETA...TIAP HARI KERETA MAKIN BANYAK...kerana pesanannya itulah saya melupakan ketakutan saya...Dia menolak pemberian saya ketika ingin membayar tambang...malah selalu pula bersedekah apabila bertemu dgn anak2. Kali akhir menziarahinya 2 minggu lepas, dia menyatakan ingin sekali bertemu Tuhan dgn bersih tanpa dosa.mudah-mudahan impiannya dimakbulkan allah.
alfatihah.......
al-fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan soleh, amin...
Alfatihah...
berdiri juga bulu roma seluruh tubuh saya ni...tapi rasa bersyukur kerana beliau pergi menemui illahi dalam bulan ramadhan yg mulia ini lebih lagi.. semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman dan disyurga firdaus yg kekal..aminn
K.Izan :
mmg amat terkejut bila hubby bagi tau subuh tadi. mmg x sangka lansung beliau akan pergi dlm bulan yg mulia ini. beliau mmg amat pemurah dan penyayang. ada je jajan yg dibekalkan utk anak2 yg naik vannya. kejap2 belanja pau le, aiskrim le... mmg sedih sbb x dpt jumpa beliau lg! moga2 impiannya ingin bertemu Tuhan dgn bersih tanpa dosa akan dimakbulkan olehNya. Amin!
Hana :
Al-Fatihah...
Fiza :
Al-Fatihah...sama2 kita berdoa utk semua umat Islam yg telah kembali menemuiNya moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn orang2 yg beriman...Amin!
NJ :
Al-Fatihah...sama2 kita berdoa utk beliau...
Post a Comment