Friday, August 14, 2009

Semalam...

Semalam, anak2 semua dah bersekolah semula. Bila anak2 ke sekolah, tinggallah saya seorang diri sementara menunggu Ayong balik dalam 1:30 tengahari. Semalam Ayong puasa. Mulanya saya pun berpuasa juga tapi disebabkan perut yang tak berapa sihat lagi terpaksa saya batalkan hasrat. Dari tengahari tu dah berfikir2 nak masak apa untuk makan malam nanti. Kebetulan stok epal hijau memang banyak (sebab hari2 buat jus epal hijau + celery dan epal hijau + limau kasturi + asam boi...), saya terfikir untuk mencuba membuat pai epal. Dah lama simpan resepi ni tapi bila tiba masa nak buat, stok epal tak ada pulak. So semalam bahan2 semuanya cukup.

Selepas saya memasak inti pai dan mengadun pastri (pastri kena sejukkan dulu lebih kurang 30 minit), saya memasak Ayam Goreng Pepper dan Masak Lemak Pucuk Ubi. Pucuk ubi tu saya ambil masa balik kampung hujung minggu lepas. Memang anak2 suka makan sayur ni, kadang2 makan sayur ni saja tanpa makan nasi. Emaknya pun sama actually......! Sementara menunggu gulai mendidih, saya mencanai pastri untuk pai. Buat dalam bekas kecil2, buat 9 biji aje. Pastri tu masih berbaki lagi tapi malas nak buat banyak. Kali pertama buat, tak tau macamana rasanya lagi. Kalau dah gerenti sedap, lain kali boleh buat banyak2 dan promosi kat kengkawan dan jiran! Sambil menyelam minum air ler....!!!

Siap terhidang semua atas meja, anak2 pun dah balik dari sekolah. Masing2 dah duduk mengadap meja makan tapi sayangnya tanpa hubby. Hubby ada program Gema Ramadhan kat tempat kerja, balik lambat katanya. Kami 5 beranak aje yang menjamu selera selepas azan Maghrib berkumandang. Jom layan jer gambar2 makan semalam.....







No comments: