Pagi Sabtu lepas terima sms dari Mak Su mengatakan dia ke Pahang bersama abang, kakak ipar dan anak2 saudaranya (abang Mak Su ialah adik lelaki saya la...). Dalam perjalanan ke Temerloh, mereka singgah di Genting Highlands dulu. Nak naik kereta kabel. Teringin sangat katanya. Masa kat atas kereta kabel tu, Mak Su ada buat panggilan 3G dengan saya. Menunjukkan muka2 mereka yang kat dalam kereta kabel tu. Mak Su tu sebenarnya takut dan gayat. Sama gak dengan SIL dan anak2 buah. Tak berani nak pandang ke bawah!! Nak termuntah pun ada kata mereka. Hiiii...nail kereta kabel le best...boleh tengok pemandangan yang saujana mata memandang!
Dalam pukul 4:30 petang, saya terima panggilan dari Yanti (SIL yang baru lepas operation ari tu). Dia balik ke kampung bersama adik saya (suami dia la...). Yanti kata emak kena tahan di wad di Hospital Besar Ipoh. Hari Khamis lepas (6 Ramadhan), Mak Su dah bawak emak ke HBI jugak tapi balaik pada hari yang sama selepas masuk oksigen sebab lelah. Lepas tu, pagi Sabtu hari tu Yanti dan Bam (adik lelaki saya tu...) bawak emak ke klinik swasta sebab batuk, demam belum pulih. Doktor bagi surat suruh rujuk ke HBI. Sebelah petang baru mereka bawak emak ke HBI dan terus kena tahan di wad. Berita yang tidak emnggembirakan dan amat merunsingkan ialah emak disyaki menghidapi H1N1. Ya Allah!!! Selamatkanlah ibuku dari penyakit merbahaya tersebut! Bila dengar aje, saya jadi panik. Memang emak ada penyakit2 lain. Dan dari statistik yang selalu disiarkan di TV, orang2 yang senang dijangkiti ialah mereka2 yang telah berumur dan mempunyai masalah kesihatan, kanak2 dan ibu2 yang baru melahirkan. Itu yang membuatkan saya bertambah2 risau. Cumanya...penyakit itu belum confirm lagi...baru disyaki! Jadinya emak telah ditempatkan di wad kuarantin bersama pesakit2 lain yang turut disyaki. Emak ditempat di Wad 8A, Hospital Besar Ipoh.
Semalam, adik saya yang tinggal di Putrajaya tu balik ke kampung tapi sayang sebab tak dapat berjumpa dengan emak. Kanak2 apatah lagi...langsung tidak dibenarkan naik ke wad tersebut. Adik2 dan ipar-duai saya bercakap dengan emak pun cuma boleh nampak emak dari luar tingkap tapi bercakap menggunakan telefon bimbit je. Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam wad tersebut.
Pagi tadi saya telefon emak lagi bertanya khabar. Alhamdulillah! Demam dah hilang, sakit kepala, pening pun dah ok. Cuma batuk tu masih ada. Masa tu ada jururawat sedang memeriksa kandungan oksigen dalam badan emak. Petang tadi saya dapat sms dari Mak Su. Katanya emak dah dipindahkan ke tingkat 2 pulak. Saya telefon Mak Su bertanyakan cerita sebenar. Katanya emak dah bebas dari disyaki H1N1 tapi terpaksa di tahan di tingkat 2 sebab kencing manis emak agak tinggi. Emak tu sebenarnya bukan boleh duduk diam macam gitu tambah2 duduk dalam wad. Selalu tu kalau di rumah ada saja benda dan kerja yang dilakukannya termasuklah mengait kelapa yang tinggi tu menggunakan galah! Walhal, anak2 lelakinya ada 3 orang (masing2 sudah berkeluarga) duduk di keliling rumah. Cucu2 pun ramai keliling pinggang tapi semua benda tetap nak dibuatnya sendiri.
Alhamdulillah! Lepas satu kerisauan yang melanda cumanya emak masih lagi di hospital! Doa saya panjatkan kepadaNya moga emak cepat2 sembuh dan kembali sihat! Kesian emak sorang2 kat hospital....
6 comments:
Kak Ita,
Alhamdulillah lah kan bukan H1N1, takut jugak kan. Semoga Mak Kak Ita cepat sembuh and cepat keluar dr hospital.
Alhamdulillah kak ita bukan penyakit tu,harap2 mak akak cepat sembuh ye kak
salam kak ita..cikmin doakan mak kak ita cepat sembuh ye..mmg susah hati kita klu org tersayang duk lam spital tu kan..
salam k ita,
alhamdulillah mak akak dah dipindahkan wad.moga lekas2 sembuh dan boleh keluar dari hosptal...orang2 tua ni mmg gitulah kan kak ita...tak duduk diam...klu boleh semua kerja nak buat sendiri.kita yg tgk ni yang kesian...
hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com
I hope you can
Best regards,
phalla
LG, Chik Mi, CikMin, Fiza :
terima kasih atas doa semua untuk emak k.ita. alhamdulillah bukan H1N1 tapi still kena tahan kad wad biasa sebab kencing manis. tapi semuanya beransur pulih...
Post a Comment