Monday, August 17, 2009

Ketam

Hari Sabtu lepas, saya ke Pasar Tani bersama hubby dan Adik. Selepas beli kuih, jalan2 kat kawasan menjual lauk2 dan sayur2. Nampak ketam ni...besar2! Geram pulak tengok. Teringatkan hubby tak boleh makan seafood tapi dalam masa yang sama teringat jugak anak2 memang amat sukakan ketam. Selalu juga mereka mengajak ke Kg. Tg. Langsat untuk makan ketam tapi jarang sekali kami ke sana. So, saya tanya hubby samada nak beli ataupun tidak. Demi anak2....hubby beli jugak. RM15 sekilo yang merah ni. Yang satu lagi tu RM20 sekilo. Hubby beli 7 ekor...besar2. Yang paling suka tengok (dan makan) ialah sepit2nya yang besar2 tu. Mesti banyak isi dan cuma kawasan itu yang senang untuk dimakan.

Semalam, hubby ambil alih tugas memasak untuk makan tengahari sebab saya tak berapa sihat. Lepas saya telan sebiji pil selesema, saya terus zzzzzzzzzz...... Kadang2 aje terkejut, lepas tu lelap semula. Hubby kejutkan waktu nak makan tengahari. Semuanya dah siap terhidang di atas meja. Alhamdulillah...!!! Biasanya, kalau bab ketam ni, memang hubby yang selalu masak. Dia suka Ketam Masak Lemak Cili Api. Walaupun gunakan cili apai tapi tak le pedas sangat sebab anak2 (dan saya jugak...) tak suka pedas2. Kuahnya memang sedap untuk dihirup...kena pulak dengan manis2 isi ketam tu. Perrgggghhhhh......hingga meleleh ke siku!!!!


Segak dan bergaya ketam ni bergaya depan kamera...



Ketam lemak cili padi yang siap untuk dijamah...



Lengan2 ketam yang penuh berisi....



Ini bahagian saya...


No comments: