Friday, August 28, 2009

6 Ramadhan 1430H

Semalam berbuka dengan menu ringkas aje. Bercadang untuk buat Kuih Limas (bukan rumah limas kat Danga Bay tu ye...!) tapi tak berapa tau bahan2nya. Dalam pukul 2 petang semalam saya pun telefon emak kat kampung nak bertanyakan macamana nak buat kuih tu. Mak Su (adik bongsu) yang menjawab panggilan. Terkejut juga sebab sepatutnya waktu tu Mak Su berada di pejabat, bukan di rumah. Rupa2nya Mak Su balik sebab nak bawa emak ke klinik. Emak tak sihat. Pening dan sakit kepala yang amat sangat, muntah2, menggigil, demam dan kesejukan. Saya sempat bercakap kejap je dengan emak tapi tak bertanyakan pasal kuih tu pun. Dengar suara emak pun dah sedih...sakit sangat bunyinya. Saya suruh Mak Su cepat2 bawa emak ke klinik. Lepas tu saya telefon Wanie (SIL) kat sebelah rumah emak, dia memang terer buat kuih ni sebab memang dia jual dan selalu buat dalam kuantiti yang banyak. Saya langsung bagi tau pasal emak. Dia pun terkejut jugak.

Tak lama lepas tu, saya dapat sms dari Wanie mengatakan emak kat dalam wad kecemasan. Saya ingatkan kat klinik kerajaan kat simpang nak masuk ke kampung tu aje tapi rupa2nya di Hospital Besar Ipoh. Masuk oksigen dan kencing manisnya meningkat hingga ke angka 19! Emak memang ada kencing manis dan jantung pun ada masalah sikit. Mak Su dan Wanie yang bawak emak ke hospital. On the way ke hospital pun emak muntah2 dalam kereta Mak Su. Kat dalam wat kecemasan tu cuma Mak Su je yang boleh temankan emak. Wanie kena tunggu kat luar. Lepas tu adik saya (suami Wanie) lak sampai, boleh tengok emak sekejap je. Lepas masuk oksigen, mereka bawak emak pergi x-ray lak. Paru2 pulak ada jangkitan kuman sikit. Sikit macam mana tak tau le. Lelahnya dah kurang selepas masuk oksigen tu.
6:15 petang dapat sms dari Mak Su mengatakan emak dah ok sikit. Lelah dah ok, kencing manis dah turun ke angka 14. Emak dah boleh balik ke rumah dan tak perlu masuk wad. Alhamdulillah!

Berbalik kepada Kuih Limas tadi, selepas called Wanie saya terus ke belakang rumah untuk mengambil daun pisang. Selepas dilayur, saya pun membuat bekas untuk Kuih Limas tu. Senang je nak buat bekas tu. Tapi saya tak buat banyak cuma dalam 15 bekas je. Selepas tu saya pun terus mengukus Kuih Limas. Since bekas daripada daun pisang tu tak cukup, saya gantikan dengan clear container yang kecik2 tu pulak... Main course pulak saya cuma masak Nasi Goreng Pattaya. Saya ada juga masak Mayung Cili Padi Bunga Kantan sebagai backup, kot2 ada yang nak akan nasi putih tapi tak laku rupanya. Hmm...jadi hidangan untuk bersahur je la...!



Nasi goreng pattaya tanpa sos tu untuk Adik, jus sirap oren, kuih limau (2 versi) dan nasi goreng pattaya plus sos...

3 comments:

ijayuji said...

salam kak ita!! kuih limas ni kuih tepung pelita ke? glamer jugak kuih ni ya, sbb byk nama!!! ehehe

Zalia said...

kak... Lia doakan mak akak sihat2 ye.... Akak mesti risau kan... kuih limas ni mmg sedap kan kak... teringat2 zaman2 lia skolah kat ipoh dulu. bulan x posa pun dok cari kuih ni kat benteng taman cempaka tu.....

Azita Zain said...

ijayuji :
tak sama! cuba tengok bahan2 yg digunakan. lgpun kat bahagian bawahnya letak gula sbb bhgn atas dan bawah tu tak manis.

lia :
sekolah kat ipoh? sekolah mana? k.ita dulu sek raja chulan. duduk asrama. slalu gi tamn cempakan cari kuih2...