Sunday, December 21, 2008

My First Cupcake Deco Class

Baru aje sampai dari kampung. Lepas tidurkan Adik dan mengemas apa yang patut dan membersihkan diri, terus duduk depan PC...nak update entry semalam. Hmmm... semalam saya kembali menjadi seorang "murid" kepada seorang "guru" membuat kek. Siapa lagi kalau bukan si Nina Sweetlilly tu... Saya attend kelas yang dia buat untuk student2 kat lama blog ni. Actually, that was my first time attending this kind of cupcake deco class. Saya suka sangat tengok cupcake2 yang Nina deco kat blog dia. Once she offered the class, saya pun terus berminat nak join. So, semalam kelas tu diadakan di rumah dia kat Taman Bukit Dahlia.

Mula2 saya diajar cara2 membuat cupcake tu dulu....dari memukul butter sampai le ke membakar. Sementara nak tunggu cupcake tu masak, saya diajar cara2 untuk buat buttercream icing. Hmmm... senang aje nak buat buttercream icing tu rupanya! Bahan2nya pun senang sangat. Ingatkan susah sangat le nak membuatnya..... Sementara tunggu mixer tu memproses icing tu, dia ajar cara2 nak menempa gumpaste jadi bunga2 dan rama2. Syok pulak main ngan gumpaste tu. Macam budak2 main dengan plastesin tu....!

Inilah hasil dari gumpaste tu yang akan diletakkan kat atas cupcake nanti...

Inilah hasil moist chocolate cake selepas dibakar dan selepas ditutup dgn icing...

Antara hasil2 kerastangan ku bermain dengan buttercream icing tu. Cantikkan??

Ada spiral roses, red roses, shells and clowns as well....

It's me and my 20 pcs decorated cupcakes!!!!

And this is Kak Wati yang belajar buat basketweave saing2 dengan saya semalam. Cantik kek yang Kak Wati buat sendiri tu.....

InsyaAllah...dengan ilmu yang saya dapat semalam akan saya gunakan dengan sebaik2nya. Terima kasih untuk Sifu!!!

p/s : nanti nak join kelas lain pulak....


2 comments:

Azie said...

kawaii kak...nice..kawaii sgt..mcm pro plak..pas ni leh amek order ya :D tahniah kak..kita je tak berkesempatan join...:( lenkali ler

Azita Zain said...

ari ni dah tau kawaii tu apa... mmg kawaii...mcm akak yg buatnya!! kahkahkah... ingat nak baling sebiji otw balik tu tapi x sempat lak....