Monday, December 22, 2008

Persoalan Akhirnya Terjawab...


First time nampak bangunan ini, dengan mulut terlopong, kami begitu kagum dengan kecantikan dan keindahan design dan strukturnya. Dengan pintu gerbang bagaikan pintu gerbang sebuah istana... seolah2 bersalutkan emas, dengan Surah Dua Kalimah Syahadah tertera di atasnya. Dengan sebuah kubah berupa kubah sebuah masjid terletak teguh di atas bangunan utamanya.... Setiap kali melalui jalan ini, tak habis2 kami memuji, "Cantiknya masjid ni...". Tapi yang peliknya, setiap kali kami lalu di sini, tak pernah pulak nampak para jemaah menunaikan solat di situ. Kenapa ya??? Mereka tetap menggunakan surau/masjid yang dah agak tua yang terletak tidak jauh dari situ. Dari pandangan anda, apakah kekurangan masjid ini??? Tiap kali lalu kat sini memang teringin nak snap gambar tapi tak kesampaian sebab selalunya kami lalu kat sini waktu malam. On the way balik ke & dari kampung... Dan baru semalam sempat snap gambar ni sebab kami balik dari kampung awal, lebih kurang 6:30 petang.




Segala persoalan telah terjawab minggu lepas semasa hubby, MIL, FIL dan BIL pergi ke Parit Sulong. Semasa melalui jalan tersebut, hubby bertanya kepada mereka kenapa masjid tu tak ada pun orang yang datang sembahyang? Then BIL kata, "Itu bukan masjid, itu rumah orang.!". Astaghafirullah..... mati2 kami ingatkan masjid. Patut le tak pernah nampak orang pergi sembahyang kat situ. Rupa2nya rumah orang.....!


Dan semalam (Ahad), bila sampai kat depan kawasan rumah tu, kami memberhentikan kereta untuk "meneliti" rumah tersebut. Memang cantik!!!! Kawasan halamannya luas, keretanya besar, pintu gerbangnya tinggi.... Kata mereka rumah YB. Siapa YB tu?? Wallahhualam.... Kalaulah kos pembinaannya disalurkan ke masjid sebelah tu, mesti lebih berkat, kan???


4 comments:

Azie said...

ha ah nmpk mcm mesjid..ishh..ish..ish...org kaye makin kayooo yg kureng makin kebulur huhuhuhuhu

Papa-Itam said...

cantik memang cantik ...tapi aku sokong kalu dia amik kubah tu lotak kat surau sebelah ..dan make up sikit surau tu...kan elok....harta dunia semata2

Azita Zain said...

azie, papa-itam : saya pun rasa mcm tertipu dek design umah tu...

Unknown said...

ni rmh saiful bahri die baik ngan kerabat raja johor sbb tu rmh mcm istana..die bkn YB..cma nk tau parit sulong kat sblh mne yer rmhnye