Tuesday, December 9, 2008

Lost World of Tambun

Again....we went to Lost World of Tambun on Friday (28/11/2008). Biasalah, yang terlebih seronok ialah anak2 sebab dapat main air sepuas-puasnya dan jugak dapat main permainan yang disediakan secara percuma (percuma??? dah termasuk dalam harga tiketlah!!).

Abang Yang, Abang Ngah, Adik, Alang, Mak Su dan Kak Ngah. Yang tak ada dalam gamabr ialah Ayong dan saya...


Ada kucing beso kat pintu masuk, ada boat riding, ada badak air yang mengganas kat atas pasir dan adik sibuk main air...

Antara permainan dan aktiviti yang boleh didapati di sini..


Tapi harga tiket pun dah suku ratus untuk dewasa (RM25 lah!). Kalau dulu2 cuma RM18 untuk dewasa, pas tu naik RM21, pas tu sekarang RM25. Ari tu kami gi 4 dewasa 4 kanak2. Terbang jugak la RM176 untuk tiket aje. Harga makanan pulak jangan citer la. Mahal berdentum! Macam bunyi bom meletup...! Nak bawak bekal sendiri tak boleh bawak masuk pulak. Kalau bawak, kena makan kat luar je. Larat ke tiap kali nak makan kena keluar. Tapi kalau keluar, boleh masuk balik, tak pa. Tapi leceh la kan....!

Hari tu saya ada jugak beli nugget dan balls goreng. Tau tak berapa harganya?? Satu cucuk ada 3 biji nugget @ sotong ball @ ayam ball, harganya RM1.50. Sebiji nugget harganya 50sen. Mahal tu!!!!

Tak lama lepas kami sampai, Mak Andak (my SIL) sekeluarga pulak sampai. Ha...apa lagi, lagi riuh rendah le anak2 bermain. Geng mereka dah sampai!!! Tapi cuaca hari tu tak berapa baik la. Ada hujan renyai2 tengahari tu tapi tak le lama sangat. Aku tak mandi pun sebab semua orang lain dah gi mandi-manda, aku jadi "jaga"...jaga beg2 dan barang berharga. Ada locker utk simpan semua barang tu tapi masing2 malas nak gi simpan.

Abang Yang sebenarnya kena cengkering. Aku takut dia kena hujan je. Aku dah kata ngan dia sebelum bertolak dari rumah lagi, jangan andi. Dia pun dah setuju. Jadi aku tak bawak le baju spare untuk dia. Tup tup...lenjun satu badan! Dia yang lebih2 mandi dan bermainnya. Camana nak balik nanti, nak pakai apa?? Baju dan seluar tak ada!!

Tapi aku sempat gak naik trem di round2 kat keliling area tu. Tu pun setelah semua barang berharga mereka aku kumpulkan dalam satu beg dan beg tu aku bawak sekali. Leceh la. Kalau hubby ada tentu tak boring aku cam gini. At least ada cameraman yang handal. Sebab cameraman tak ada, inilah aje gambar yang ada....

Setelah masing2 kepenatan dan kelaparan, kami pun terus pulang ke rumah. Abang Yang cuma pakai tuala je. Tu lah...gara2 tak bawak baju spare! Sampai aje kat rumah, terus ke kedai Mak Yang (sebelah rumah emak je...). Kat kedai tu laksa baru RM1.80. Kat sana tadi laksa RM4.00. Tak rugi rasanya tahan lapar kejap dan makan kat kedai Mak Yang...

Lepas Maghrib, anak2 lelap kerana keletihan......

No comments: