Tuesday, December 9, 2008

Aktiviti Korban di Taman Pasir Putih

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung!!

Selepas mintak pendapat hubby nak masak apa pada Hari Raya Aidil Adha kali ini, inilah hasilnya!! Masak pulut kuning, gengnya rendang pedas daging. Ada jugak kek African Marble hasil resepi tulip77 @ MyResipi tapi aku gunakan strawberry emulco dan sedikit pewarna merah. Ada kek marie koko dan jugak triffle yang diisi dalam bekas kecik2. Hubby nak bagi pada orang bawahan dia yang bertugas pada hari raya ni, so aku masukkan ke dalam bekas transparent yang sedang2 tu. Adalah pulut kuning + rendang, marble cake + kurma, dan jugak triffle. Dia hantar pun selepas selesai acara korban.

Yang dalam bekas sedang2 tu lah dihantar oleh hubby untuk pekerja2 dia. Yang kat sudut kanan bawah tu pulak, bawak ke tempat sembelihan tu..

Pagi ini, awal2 pagi lagi dah hujan. Cam mana lah korban hari ni...risau jugak. Tapi korban tetap akan diadakan. Hubby dan Abang Ngah gi solat sunat Aidil Adha dalam 8:10 pagi. Masa mereka di masjid, aku kat rumah menyediakan bekalan untuk di hantar kepada pekerja2 hubby dan jugak yang akan dibawa ke tempat sembelihan nanti. Tapi disebabkan oleh hujan, aktiviti makan telah dipindahakan ke Jalan Selayang 12, ada khemah kat situ. Aku pergi pun selepas selesai kerja2 rumah mana yang patut. Si Adik menangis nak ikut tengok lembu katanya. Tapi aku tak bawak dia sebab hari hujan. Dia pulak kena cengkering, mana boleh kena air hujan. Pantang...!! Hubby tak bawak kamera sebab dia akan terlibat semasa sembelihan. Itu sebab tak sempat nak snap gambar lembu 2 ekor tu. Gambar masa sembelih pun tak ada. Masa aku sampai kat tempat sembelihan tu, mereka dah hampir siap melapah mana yang patut. Dalam hujan pulak tu...!!! Kesian pulak aku tengok. Hubby dah abis lenjun. Dia tak pakai baju hujan pun. Orang lain tu ada jugak yang pakai baju hujan. Ada 3,4 orang orang Nepal (ke Bangladesh??) yang menolong sama. Tak diundang pun, saja menyerahkan diri mereka.

Proses melapah bahagian kaki, memotong tulang2 dan menimbang dilakukan di bawah kemah yang disediakan. Adalah 8 kaki lembu tergantung kat khemah tu. Shidah dan Liza try nak melapah kaki lembu tu tapi tak dibenarkan oleh hubby Shidah. Tak tau le aku apa pantangnya. Tapi selama hari ni pun aku tak pernah tengok lagi orang perempuan melapah! Tapi sempat jugak la Liza dan Shidah melepaskan kempunan melapah!!!

Tak berapa ramai yang datang menolong sebab hujan agaknya. Yang ada masuk nama tu, adalah datang nampaknya tapi ada jugak yang balik kampung. Yang sekadar datang menolong pun ada jugak walaupun tak masuk nama dalam korban tu.
2 ekor lembu dikorbankan kali ini. Lembu pertama tu (lembu hitam kata mereka) dagingnya dapat le 52kg dan lembu kedua (lembu kelabu) dapat 58kg. Boleh le tahan kalau nak dibandingkan dengan saiz lembunya. Sebelum Zohor semua daging habis diagihkan. Mana penama yang tak datang tu, daging dan tulang disimpankan untuk mereka. Manakala yang lain2 dah setuju untuk tulang2 tu dimasak di situ (kat rumah Kak Jah) dan akan dimakan bersama2 petang nanti.
Inilah antara mereka2 yang datang untuk makan sup tulang kat bawah khemah tu. Memasaknya kat rumah Kak Jah, khemah ni pulak kat depan rumah Maslin. Sesiapa yang tak dapat datang, mereka hantar wakil dan hantar bekas untuk tapau balik.... Aku pun tapau jugak untuk Ayong yang tak nak datang. Tapi tupperware kecik je la, untuk sorang makan!!! Anak2 yang lain semua ikut.

Yang paling gumbira kali ini ialah Kak Jah sebab hubby dia baru aje balik dari Madinah petang Jumaat lepas. Hubby Kak Jah kerja kat sana, sekarang cuti 2 minggu. Masa ni lah Kak Jah nak lepaskan rindu!!! Jangan marah ye.....!

Lagi gambar2 masa korban ada kat sini..... Gi la tengok!!


4 comments:

AiE bAhRi said...

meriahnya sambutan di taman pasir putih..seronok je tgk..tak macam di sini taman megah ria..
salam perkenalan kak..

Papa-Itam said...

seronok nya rumah taman ada suasana kampung....

Azita Zain said...

salam perkenalan jugak utk aiebahri. alhamdulillah, kat sini semuanya gotong royong..

Azita Zain said...

papa, kat sini kump yassin nya aktif gak. majlis yassin dan doa selamat diadakan sebulan sekali, ada jugak marhaban dan sambutan hari raya aidil fitri. bila hari raya haji, ada aktiviti korban pulak.