Siang tadi cuma tinggal bertiga saja kat rumah - Adik, Abang Yang dan saya. So untuk lunch, cuma masak mee hoon sup tanpa sayur sebab dua2 orang tu tak nak sayur. Cuma makan mee hoon dengan sup aje. Untuk dinner, saya prepare sup tulang - semua jenis tulang ada - gear box, tulang belakang, tulang selangka. Tulang2 ni dapat masa korban ari tu. Baru hari ni nak masak tulang2 tu. Tapi tak masak semua pun sebab banyak sangat. Setakat 4 orang nak makan, sikit aje dah cukup.
Saya pun mencuba petua Ummi (Taman Mawar) masa masak sup pada hari korban ari tu. Untuk mempercepatkan tulang dan daging empuk, masak air dulu di dalam periuk. Bila dah mendidih baru masukkan tulang2 dan daging2 tu. Then untuk menumis, kena tumis kat dalam periuk @ kuali lain dulu. Lepas tu baru tuang dalam periuk yang berisi tulang2 tu. Tapi petua tu memang menjadi sebab masa merebus tulang2 tu tadi, tak memerlukan masa yang panjang untuk daging2 tu empuk. Of course le tulang tu kalau tunggu 3 tahun pun tak empuk2 kot....! Unless hempukkan tulang tu ke lantai ke, ke dinding ke, ngan kapak ke.....
Untuk hubby dan Abang Yang, saya sendukkan gear box. Siap ngan straw dan pisau lagi! Dua2 tu letak sambal kicap. Saya punya tak letak apa2, cuma daun sup dan bawang aje. Versi Adik pulak, makan dengan kicap. Hubby aje yang makan dengan nasi, kami bertiga makan sup ajer...
Lagi satu petua yang saya dapat ari tu. Kalau nak pekatkan kuahnya, tambahkan rempah kurma bersama2 rempah sup tu. Portionnya 2:1 (sup:kurma). Tapi saya tak buat pun. Hubby lebih suka yang original....
Jom makan!!!
No comments:
Post a Comment