Friday, December 12, 2008

Daging Korban

Daging korban.... Daging korban hubby and the gang ari tu dapat 9 kg sorang selepas diberikan kepada mereka2 yang turut menyumbangkan tenaga hari tu. Tulang dan organ dalaman pun ada jugak. Daging korban masa buat korban kat taman hari tu ada dalam 4.5 kg. Then ada jugak orang lain yang berkorban turut berikan daging korbannya kepada kami, ada la 3 kg lagi. Jumlah daging korban aje kat dalam peti ais dah ada 16 kg. Tulang lagi....! Buat sup tulang memang le sedap kan!!!

Malam semalam pergi ke rumah adik hubby di Taman Scientex (Jalan Kijang). Bagi dia 2 kg. Kat taman dia tak ada buat korban. Lagipun hari raya ari tu dia balik kampung ke Muar. Pagi tadi pulak aku pergilah ke rumah2 jran terdekat untuk edarkan daging korban tu. Aku bagi la pada Cikgu Shikin (sebelah rumah je...), Aini (sebelah rumah Cikgu Shikin), Maznah, Zura, Ain, Cikgu Rafidah, Zue dan Wak Kasmuni. Ada balance lagi 6 kg. 1 kg aku dah masak untuk lunch tadi. Aku masak Daging Lada Hitam.


Inilah Daging Lada Hitam untuk lunch hari ni..

Cadang esok nak balik Muar, rumah mertua. Nak bawak le daging korban tu sekali. Tapi Ayong pulak ada latihan pancaragam esok dan hari Ahad pulak ada persembahan di Taman Kota Masai. So camana nak balik ni? Tapi hubby tetap akan balik sebab Abang Ngah dan Abang Yang asyik tanya bila nak hanar mereka balik rumah Atok. Adik pun asyik cakap nak pergi rumah Atok aje. Aku cadangkan Ayong tinggal aje rumah Pak Teh dia kat Taman Scientex tu, dia tak nak pulak. Malu katanya. Tunggu je esok camana....

2 comments:

Azie said...

kalu tak mo daging tu pass je ke rumah kita hahahahahahahah...ceh mukeee tak malu kakakakakaka..xdelah kak gurau yoo 2day blk kg lg ada kazen kawen heheehh

Azita Zain said...

kg azie kat mana?