Wednesday, December 31, 2008

Ready Nak Ke Sekolah

Esok Adik dah mula sekolah. Lepas balik dari HSBC Taman Molek tadi, singgah kat Edaran Ilmu Didik bookstore di Masai. Beli stationaries untuk anak2 nak sekolah tahun depan (macam lama no lagi bunyinya tapi malam ni 12:01 midnight dah masuk tahun baru...hehehe). Adik dah tak sabo nak pergi sekolah esok. Esok hubby cuti. Dan esok jugalah merupakan hari paling sibuk untuk hubby dan saya. Kenapa??
  1. Adik mula sekolah esok. Pergi kena hantar dan balik kena jemput sebab belum tentukan van mana yang dia akan naik untuk pergi dan balik tadika. Kelas bermula jam 11:45 pagi dan berakhir jam 2:45 petang. 11:30 pagi dah kena ada kat tadika. Biasalah kan... 1st day!
  2. Esok Ayong pun kena register kat sekolah dia - SMKPG1 (Form 3). Dan bayar yuran sekali...
  3. Esok jugak kena register sekolah agama Abang Yang (Tahun 4). Register kelas, beli kitab, beli buku tulis dan bayar yuran.
Adik hari2 dok sandang beg sekolah dan pakai kasut sekolah dia. Tak sabo2 ler tu...

Ini beg sekolah, kasut sekolah dan kotak pensil dia. Dalam beg tu dah ada buku2 dia. Dan stokin ada kat dlam kasut tu...
Ini pulak stationaries yang saya dan hubby beli tadi. Biasanya saya akan beli banyak2 sekali sebab anak2 ni selalu sangat hilang pensil la, pemadam la, sharperner la. Kalau tak ada stock kat rumah susah le nanti kalau mereka punya dah hilang....kan? Kecuali Ayong yang pandai jaga "harta" dia. Calculator dan geometri set tu untuk Abang Ngah (Form 1). Beli stationaries aje dah terbang RM123.00.

2 comments:

Azie said...

hihhihiihhi same ngan kita td smpt li brg2 tuk amin..hb li kayu..kita p rewang kat kedai alat tulis ..mcm tak cukup je kan..li bnyk gak hb dok kata sapa yg skool ni..ibu ke amin kakakakaka..xcited ngalahkan budak nyer..tp amin bawa sket2 je ke skool sbb tau mmg tak lame nyer brg2 tu..napa tak li kat KAHER dpn GIANT tu kak...tgh offer tu..kita borong kat situ gaks :)

Azita said...

akak gi ngan hubby, dia tolong kutipjan skali... knapa tak war2kan awai2...leh gi sana. byk kan blanja utk skolah??