Tinggal berapa hari saja lagi sekolah akan dibuka semula. Sekejap je rasanya dah nak ke penghujung tahun 2008. Minggu2 terakhir cuti sekolah ni biasanya ibubapa mula sibuk ke sekolah untuk membeli buku2 tulis & keperluan anak2.
Semalam saya diberitahu oleh jiran bahawa pembelian buku2 tulis dan kitab2 untuk Sekolah Agama Taman Pasir Putih (SATPP) telah bermula semalam hingga hari Jumaat ni. Nasib baik dia inform, kalau tak, tentu naik sekolah nanti baru beli buku. Dan Ayong pun dah inform SMK Pasir Gudang 1 cuma open 2 hari untuk pembelian buku iaitu semalam dan hari ini (22hb & 23hb). Saya pun terlupa sebenarnya. Nasib baik bangun aje pagi tadi hubby ingatkan saya.
Nak dijadikan cerita pulak... masa ambil borang pendaftaran untuk Abang Ngah ke SMK Taman Pasir Putih ari tu, ada dilampirkan senarai barang2 yang kena beli dan tarikh pembeliannya bermula 15hb Disember hingga 19hb Disember. Ya Allah!!!! Kenapalah saya tak ingat langsung pasal tarikh itu?? Saya pun terus sms Kak Mai, emak kepada Basyirah, kawan Ayong, yang mengajar di sekolah tersebut. Tanya dia samada koperasi sekolah masih buka atau tidak. Ingatkan nak pergi hari ni. Dia kata koperasi tak buka. Dia pun belum belikan lagi untuk anaknya. Katanya lagi, keperluan2 tu boleh dibeli pada hari pendaftaran nanti, iaitu 3hb. Jan 2009. Nasib baik...!
1030 pagi saya pun keluar untuk ke SATPP dan SMKPG1. Mula2 ke SATPP. Sampai depan pintu pagar, kosong aje tempat letak kereta. Tak le kosong langsung....ada le 2, 3 kereta aje. Mula2 saya ke papan kenyataan, check nama Abang Yang kat kelas mana. Hmmm.... Muhammad Azrai bin Abd. Aziz, Darjah 4 Al-Muslim, Bilik No 6, Ustazah Kalthom Misran, 715 pagi ~ 10:15 pagi. Then baru pergi jumpa sorang ustaz tu bertanyakan pasal pembelian buku. Ustaz tu kata terdapat perubahan tarikh penjualan sebab kitab2 tak ada lagi. Lagipun Darjah 2, 4 dan 5 akan menggunakan kitab baru. Kitab2 yang lama tidak akan digunakan lagi. Maknanya Abang Yang kena beli kitab baru sebab dia Darjah 4. Ustaz tu kata lagi, semua urusan akan dijalankan pada 1hb dan 2hb Januari 2009 - pembelian kitab2, buku2 tulis, pembayaran yuran dan juga pendaftaran kelas dari jam 9:00 pagi - 12:30 thari, 2:00 petang - 5:00 petang.
Nampaknya semua jadual anak2 saya overlap antara satu sama lain. Adik akan mula ke Tadika Pintar Bistari pada 1hb. Januari. Pendaftaran kelas Ayong pun pada 1hb. Januari. Urusan untuk Abang Yang ke SATPP boleh le dibuat pada 2hb Januari.... Pendaftaran Abang Ngah pulak pada 3hb. Januari.
Awal tahun memang sibuk dengan anak2 sekolah....!!!!
2 comments:
wiiiiiii bz nyer heheheheh...ehh yer ker drjh 2,4,5 sek agama tukar kitab..xdpt info lak..setau kita drjh 2 jer..aiseyy kalu tukar abis ler..huhuhuhu kita dh standby nk aja kena cari bahan lain huhuhuhuhuhu..bila plak depa nk tukar ni..br jumaat lps p sek xde plak kerani bgtau nk tukar kitab hishhhhhhh...pjg ler langkah akak start 1 hb nnt :)
itulah yg ustaz tu bagitau pagi tadi. siap catit dlm buku kecik yg mmg sentiasa ada dlm hbag...takut salah kalu dengar aje. nasib baik 1hb hubby cuti... lagi pjg ler langkah akak nti..hehehe
Post a Comment