Sunday, December 28, 2008

Udang Goreng Kunyit


Petang tadi masa Adik tengah tidur, saja jenjalan kat rumah Hana. Saja jenguk2 kot kot dia dah balik dari Cuti-Cuti Tokyonya. Tapi tak balik lagi. Nampak pulak udang tergolek kat rumah dia. Saya pun tengah memikirkan nak masak apa untuk dinner. Since memang ada stock udang dalam petiais resepi ini dijadikan pilihan. Maka "terjadi"lah Udang Goreng Kunyit ni.... Macam Hana jugak, saya masukkan apa jua sayur yang ada dalam petiais tu. Kebetulan pulak lebihan sawi + taugeh untuk goreng bihun pagi tadi masih ada, saya campakkan sekali ke dalam kuali. Resepinya senang jer...yang ni ikut cara saya masak tadi yer...

Bahan-bahan :
Udang + garam + kunyit - gaulkan
Bawang besar - dipotong bulat2
Bawang putih - diketuk
Sayur2an ikut citarasa sendiri

Cara-cara :
Panaskan minyak. Goreng bawang2 hingga layu. Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sayur2an dan goreng lagi hingga sayur layu dan udang masak. Tambah sikit air jika perlu.


Saya makan udang ni dengan lebihan bihun pagi tadi. Hari ni cuti makan nasi. Nasi dah ready sebenarnya tapi tak ada siapa yang nak makan. Actually saya tinggal bertiga aje kat rumah hari ni - Ayong, Adik dan saya. Hubby dan Abang Yang gi balik kampung Atok, ambik Abang Ngah balik. Minggu lepas dia tak nak balik lagi so minggu ni hubby kena balik lagi untuk ambik dia pulak. Malam semalam dah hubby balik ke sana. Malam ni sampailah semula ke sini. Mungkin mereka sampai nanti nak makan nasi lagi. Tu yang standby kan nasi dan lauk sikit.... Esok (Isnin) hubby kerja. Kilang dia tak ambik cuti Maal Hijrah tapi ambik cuti tahun baru masihi. So 1hb nanti tak le kecoh sangat nak berkejar kesana-sini uruskan anak2 sekolah sebab hubby boleh tolong... My shoulder to cry!!!!

No comments: